•Bab 3•

166 15 0
                                    

ATISHA AUFA melangkah masuk ke dalam bangunan yang gah meninggi itu dengan senyuman mekar di bibir. Dia melebarkan senyumannya kepada security guard yang berada di pintu utama.

Entah security guard ke apa entah. Pakaian serba hitam. Tapi, dari first day aku tengok dia selalu tercegat kat depan ni. Kiranya security lah, kan? Sempat dia bermonolog dalam hati.

Dia masih belum habis 'teroka' lagi dalam bangunan ni. Soal selok-belok syarikat pun dia masih tak tahu-menahu semuanya lagi.

Punya besar bangunan ni aku nak jalan beramah mesra dengan staf-staf lain pun penat.

Pelik syarikat ni. Security guard dia pakai serba hitam siap berkot lagi. Biasanya baju putih macam pakcik guard sekolah tu. Lepas tu, tak ramai staf perempuan dekat sini. Kebanyakkannya lelaki.

Pelik? Tapi, benar.

"Good morning, Tisha." Sapa satu suara dari tepi. Suara perempuan.

Atisha Aufa toleh ke sisi. Matanya bersinar apabila melihat sepasang mata biru gelap itu. Siapa lagi kalau bukan Miss Hot Eleanor kitaaaa...

Girl crush!

"Good morning, Lea! Awalnya awak sampai." Balas Atisha Aufa ceria.

"You, too." Ucap suara dingin itu. Memang suara dia selalu dingin dengan semua orang.

Eleanor menghampirinya dengan langkah segaknya. Hari ini wanita ini mengenakan kot biru gelap dengan baju t-shirt plain berwarna putih di dalam. Sesuai dengan anak matanya yang berwarna biru gelap itu.

Mereka beriringan ke arah lift bersama-sama.

"So, how's your first week here? Does it good to you?" Eleanor bertanya senada. Saja ingin memecah kesunyian antara mereka berdua sementara menunggu lift.

"Yes! Very very good! Semua dekat sini best. Mungkin bagi orang lain dia rasa macam biashe-biashe je. But, not for me. Saya rasa luar biasa kerja dekat sini. Semuanya cukup lengkap. Full package!" Atisha Aufa membuat thumbs up dengan senyuman lebar.

Eleanor mengangguk kecil sambil tersenyum nipis. Baguslah karyawan baru ini suka dan selesa bekerja di sini. Mungkin?

"Tapi, boleh saya nak tanya sikit dekat awak?" Soal Atisha Aufa tiba-tiba.

Eleanor menoleh. Hujungnya keningnya terangkat.

Atisha Aufa merapatkan jurang antara mereka. Matanya sempat melilau kiri kanan agar tiada sesiapa di situ yang dengar akan soalannya yang akan diajukan. Padahal tak orang pun. Hanya mereka berdua saja.

Eleanor memandang pelik gadis itu. Dah kenapa?

"Kenapa dekat sini kebanyakkannya ramai staf lelaki, erk? Saya perasan dari first saya masuk lagi. Dekat separuh hari saya dalam bangunan ni, baru saya jumpa awak dan Farah dengan yang lain. Itu pun dekat pantry je.

Lepas tu, dah tak ada staf perempuan yang saya terserempak. Memang syarikat ni ambil lelaki je, ke?" Penuh berhati-hati Atisha Aufa mengajukan soalannya. Nadanya turut diperlahankan.

Eleanor terkebil-kebil. Dia diam. Membisu. Manakala Atisha Aufa memandangnya dengan pandangan menunggu jawapan.

"Ss.. sebab.."

TING!

Pintu lift terbuka. Mereka berdua memandang serentak ke arah lift. Dengan sepantas kilat, Eleanor membuka langkah membolos masuk ke dalam lift.

"I need to go! Lain kali kita borak lagi. Lunch nanti jangan lupa! Kita makan sama-sama!" Laung Eleanor sedikit kuat memandangkan pintu lift itu mula menutup.

DAMIEN KARL: HER GUARDIAN Where stories live. Discover now