Bab 2

41 3 0
                                    


"Kau ni bila nak kahwin"

Farhan Hareez mengeluh. Takde benda lain ke nak di borakkan? Kat rumah perkara yang sama kat sini pun sama. Berdarah telinga asyik dengar soalan yang sama je.

"Sampai masa nanti datang la bidadari syurga aku tu." Ayden menjeling Farhan yang bagi dia cliche.

"Tapi sampai bila? Kau dah 33 tahun, Farhan. Kau patut dah ada dua orang anak sekarang." Ayden masih tidak putus asa dengan pencarian 'bidadari' kawan sehidup semati dia.

"Ha nanti aku dah kahwin aku bagi satu team bola sepak kat kau ya?" Ayden siku perut Farhan yang main-main dengan soalan dia. Kau ingat bakal bini kau tu kilang?

"Kan ramai pegawai kat sini cuba ngorat kau asal tak tertarik ke?" Ayden angkat kening sebelah dengan senyuman sinis. Ingat dia tak tau yang hampir pegawai wanita kat sini tergila-gilakan Kapten Farhan kita ni.

"Entah. Aku tak suka pasangan aku tu kerja dalam bidang yang sama dengan aku. Nanti takde masa." kata Farhan selamba. Dari awal dia jejak langkah dalam bidang tentera ni, dia hanya tumpu pada latihannya saja. Dan memang dia tidak mahu bakal isteri dia memiliki skop kerja yang sama.

"Si anak Tuan Mokhtar tu bidang lain dengan kau, asal kau tak try?"

"Siapa?"

"Entah aku tak ingat nama dia...tapi aku selalu dengar Tuan Mokhtar panggil anak dia tu Rissa."

Farhan angguk faham.

"Tak silap aku Tuan Mokhtar selalu mention anak dia depan kau, entah entah dia nak kau jadi menantu dia takkk!"

Farhan tepuk peha Ayden kuat. "Aduh! Kau apasal pukul aku!?" Ayden menggosok peha dia yang habis dipukul oleh Farhan. Padu mat pukulan Kapten kita ni.

"Tuan Mokhtar tu terlalu manja dan sayangkan anak dia. Takde nya dia nak aku. Lagipun aku tak kenal anak dia. Dan aku tak suka kahwin kahwin paksa ni."

"Best apa...bercinta lepas kahwin tu lagi indah tau, Farhan. Macam aku dengan Syaza"

"Tak habis-habis Syaza ni Syaza tu. Dah la balik pergi jumpa Syaza kau tu meluat aku dengar." Farhan menolak badan Ayden kuat hingga terbangun dari duduk.

"Haa dengar cakap aku ni. Cinta lepas kahwin lebih indah dan cantik, Farhan. Lepas muncul bidadari kau tu, terus tangkap jangan bagi lepas. Merana seumur hidup kau nanti."

Sempat Ayden pesan Farhan sebelum berlalu tinggalkan diri dia sendiri. Memandang prebet-prebet yang sedang lakukan push up.

Termenung memikirkan kata-kata Ayden tadi. Perlu ke dia mula mencari bidadari dia? Tapi bidadari ni hanya ada di syurga Allah. Jadi di mana dia mahu mencari kepunyaannya?

Kusut kepala memikirkan hal ni. Terkenang semula dengan segala pujian Tuan Mokhtar yang diberikan pada anak tunggalnya. Hebat sungguh ke gadis itu hingga setiap hari dipuji oleh ayahnya sendiri?

Wait...yang kau dah terfikir anak Tuan Mokhtar dah kenapa? Ni kau punya pasal Ayden Saaqib!!

××

Kayla Arissa mengeluh perlahan apabila jadual shooting ditunda dua hari. Sekarang dia berbaring malas di katil biliknya memandang siling bilik.

Abah pula kerja selalu keluar sebelum subuh balik lepas Isyak. Jadi dia memang jarang ada masa dengan bapanya. Kayla Arissa bangun mengejut apabila terfikir satu idea.

"Ha..boleh juga kan.. dapat aku cuci mata hahaha." Kayla Arissa mengusap dagu perlahan. Memikirkan idea yang dia akan lakukan esok hari.

Syurga Terakhir Where stories live. Discover now