Bab 9

36 0 0
                                    


Artikel yang memaparkan wajahnya dipandang kosong. Tiada reaksi.
"Pelakon wanita, Arissa Al-Bukhary sahkan telah bertunang dengan seorang lelaki biasa, sama dengan orang yang di dalam kereta."

"Apa punya title la ni. Biasa kau kata? Kau ingat senang nak dapat suami askar? Bakal suami aku luar biasa tau! He's an amazing man ever!" Kayla melepaskan amarahnya.

Jari masih ligat scroll isi kandungan artikel. Hampir semua artikel mempersoalkan perkara yang sama. "Adakah Arissa Al-Bukhary akan tetap aktif dalam bidang seni?"

"Nak sangat aku bersara awal ke? Alamak netizen pun mulut macam buaya." Masih lagi marah.

"Kau ni apa masalah kau?" Mia bercekak pinggang pandang Kayla semacam.

"Nak cotton candy dengan kisses weh." Dengar sahaja permintaan Kayla, tahu lah apa puncanya.

"Kau datang bulan kan? Time macam ni je kau akan maki hamun semua benda, semut lalu depan pun kau marah, iklan lama pun kau marah. Tiap kali period mesti minta coklat kisses tu." Coklat Kisses white chocolate diberikan pada Kayla.

"Dah nak jadi bini orang, still tak ubah perangai tu. Kesian Reez nanti." Mia geleng kepalanya.

"Diam sebelum aku pancung kepala kau." Satu keping coklat kisses disuap. Nikmatnya!

Mia sudah lali dengan perangai Kayla jika sedang datang bulan.

"Kejap lagi Reez datang nak bawa kau fitting baju nikah dan resepsi. Bila nak siap?" Tanya Mia lagi.

Kini sudah 2 bulan kami bertunang. Mia juga sudah tinggal bersama Kayla.

"Aku pakai hoodie dengan seluar biasa je pun dia kata aku cantik." Tangan masih bergerak suap coklat Kisses hingga habis.

Plastik yang sudah kosong ditunjuk, "ada lagi?" Mia sudah naik muak dengan perangai Kayla. "Takde!"

Kayla mencebik. Kini mata beralih pada cotton candy. Dicuit sedikit. Sedapnya!

Sekali itu dipandang jam di dinding, 12 tengahari. Farhan ambil Kayla selepas zohor. Jari dijilat dan kembali menutup bekas cotton candy.

Biarpun mulut kata begitu, hati kata lain. Gila ke nak pakai hoodie je pergi dating? Baju kurung moden warna hijau tua diambil. Hm boleh la. Cantik juga.

Kalau pakai dengan tudung corak mesti cantik! Tapi satu tudung pun Kayla tiada. Hanya ada selendang hitam tempoh hari. Tak apalah! Kita makeup soft je hari ni.

Rambut diikat separuh bahagian atas dan bahagian bawah dibiarkan terhurai. Reben putih diambil dan dipakai pada rambut hitamnya. Beg tangan warna putih dan kasut tumit 2 inci diambil dari kotak.

Kayla tersenyum lebar melihat penampilannya hari ini.

Bunyi notifikasi itu membuatkan Kayla terus membuka telefon. "Dah sampai, waiting for my princess." Lagi sekali Kayla tersenyum lebar. Selain Abah, Farhan lah yang memanggilnya Princess.

"Aku gerak dulu, nak apa-apa roger nanti!" Jerit Kayla pada Mia di ruang tamu.

"Haa! Ok-ay?" Terkedu juga tengok penampilan Kayla yang agak berbeza.

Farhan yang menghadap kereta BMW X6 dengan tangan diseluk dalam kocek itu dipandang. Ter-matching pula warna baju. Hehe

"Kapten!" Panggil Kayla. Dengan itu, Farhan memusingkan badannya.
Terkedu melihat penampilan Kayla hari ini.

"Gadis cina mana ni?"

"Ish dia ni. Ni mesti selalu usha amoi kan?" Kaki laju melangkah ke pintu penumpang. Tersedar saja, Farhan laju menbuka pintu untuk Kayla.

Syurga Terakhir Where stories live. Discover now