Bab 8

30 1 0
                                    


Malam yang sudah melabuh tirai, langit yang dipenuhi dengan bintang dipandang lama. Pelbagai perasaan dirasai sekarang. Mendapat berita kematian bapanya, berita pertunangan secara tiba-tiba, serangan Aunty Amilia dan wartawan.

Deringan di meja kopi itu diambil laju. Terkejut tiba-tiba ada bunyi kuat yang ganggu malam harinya. Nombor tidak dikenali. Siapa ya?

"Hello? Siapa ni?" Jawab Kayla.

"Oh dia tak simpan nombor orang ya?" Suara garau jejaka itu membuatkan Kayla terkejut.

Dahi ditepuk laju. Macam mana dia ke lupa nak save nombor lelaki ini. Mana tak nya, first time dia call itu pun dapat berita buruk. Mana sempat.

"Alaa mana sempat, lagipun first time awak call pun.." suara Kayla makin perlahan.

Farhan tetap tenang. "Kayla?"

"Hm?"

"Jenazah Abah sampai esok," kata Farhan perlahan. Berhati-hati, dia tahu Kayla masih bersedih.

"Saya bawa Mia boleh? Saya takut saya tak kuat.." hujung baju tidur Disney Aurora ditarik perlahan.

"Kalau dah halal, boleh saya peluk bagi semangat kat awak, sayang."

Merah muka Kayla setiap kali Farhan memanggilnya begitu.

"Kayla, sayang?" Lagi sekali Kayla merah padam mukanya.

Dalam diam, Farhan tersenyum sebab dia tahu Kayla mungkin sedang malu.

"Sejak bila awak pandai berkasih sayang ni?"

"Hm...sejak saya jadi tunang awak? I don't know. Mulut saya sendiri yang nak keluarkan perkataan tu." Farhan juga tidak sedar sejak bila.

"Kalau Abah tak amanahkan pada awak, awak mesti tak akan jadi tunang saya, kan?"

Farhan diam di hujung talian. Kayla mula memikirkan segala kemungkinan.

"Nak saya bagitau something tak?"

"Nak! Cerita ke?"

"Dengar je dulu. Waktu saya umur 10 tahun, papa dan mama pernah gaduh besar. Segala benda pecah dibaling oleh papa. Ni..parut yang ada di rahang sebab saya cuba lindung mama. Mama masa tu tengah mengandung adik saya. Saya tak tau kenapa mereka gaduh, tapi yang pasti saya nak mama saya selamat. Bawa pada soalan Kayla, saya tak tahu apa yang Kayla takutkan, apa yang Kayla fikirkan sehingga bertanya soalan begitu. Jikalau tiada amanah itu, adakah saya tak akan bertunang dengan Kayla? Itu saya serah pada takdir Tuhan. Jika benar Kayla adalah jodoh saya, lari jauh mana pun awak, saya tetap jodoh awak. Jikalau kita bukan jodoh masing-masing, saya mohon kita bertindak secara baik,"

Kayla yang cuba bersuara terhenti apabila Farhan ingin sambung.

"Terima kasih pada surat Abah, saya mula fikir setiap hari, setiap masa, setiap saat. Bolehkah saya lindung awak dari jauh? Bolehkah saya jaga awak macam mana Abah jaga awak? Walaupun kita tiada ikatan sah. Dan bila saya terdengar tangisan Kayla, ketika itu juga saya ingin masuk dan peluk awak. Pujuk awak, tenangkan awak. Sebab awak masih ada Mia, Erhan dan saya. Keluarga saya kecil saja tapi insyaallah mama akan terima awak. Berbalik pada soalan Kayla, walaupun Abah tak amanahkan atau Abah masih hidup, kita juga masih dapat berjumpa, bertukar kasih. Jawapannya, tidak. Kerana? Sebab masa saya luangkan masa yang singkat dengan awak, kan..saya rasa wah comelnya lah dia ni macam nak culik masuk dalam poket je. Masa awak pakai baju kurung, cantik sangat."

Terdiam Kayla mendengar jawapan daripada tunangnya. Sesekali juga dia tersenyum, dan ada masa dia terkejut.

"Awak ni buat esei ke? Panjang betul, saya tanya soalan simple je."

Syurga Terakhir Where stories live. Discover now