Bab 6

25 1 0
                                    


"Abah pergi dulu, ya princess."

"Abah!" Dengan itu, Kayla terjaga daripada tidur. Dada diusap lembut dan peluh di dahi dibiarkan. Hatinya rasa tidak sedap.

Esok adalah hari di mana Tuan Mohktar akan pergi ke bantuan kemanusiaan di Indonesia. Kapten Farhan juga mengikuti misi tersebut.

Selepas mimpi itu, Kayla tidak dapat tidur walaupun dia sangat mengantuk. Belakang tangan Tuan Mohktar dicium lama, terus dipeluk erat tubuh bapanya. Tuan Mokhtar pula mengucup dahi satu-satunya anak perempuan dia.

"Kapten Farhan Hareez," panggil Kayla.

"Ya!" Farhan tabik hormat apabila nama penuh bersama jawatan disebut.

"Tolong jaga syurga saya baik-baik." Pesan Kayla dengan birai mata yang basah. Sejujurnya dia mahu ikut, tetapi dia faham ini kerja bapanya.

Farhan mengangguk faham. Lalu dibiarkan dua beranak.

"Princess Abah kenapa ni?" Birai mata Kayla yang basah diusap lembut. Alahai anak siapa la manja sangat ni?

"Hati Rissa tak sedap la, bah. Abah jaga diri baik-baik. Rissa sayang Abah dunia akhirat. I love you my hero!" Lantas tubuh bapanya dipeluk erat lagi. Seandainya dia juga boleh ikut, dia mahu ikut.

"Abah cakap sikit boleh?" Kayla angguk. "Kalau apa-apa jadi pada Abah, pergi bilik Abah, kat atas meja ada sampul surat. Ya, princess?"

Makin kuat tangisan Kayla apabila Tuan Mohktar berkata seolah-olah akan pergi buat selamanya. "Abah! Tak mau cakap macam tu!"

"Abah sayang anak abah. Jaga diri, ya? Ingat pesan Abah dan Ibu..."

"Sentiasa senyum!" Tawa dilepaskan apabila mereka berdua bercakap serentak.

××

"Rissa! Nak buat macam mana ni? Semua pihak tanya ni. Semua direktor tanya kau ni!" Kusut kepalanya memikirkan hal ini.

Deringan telefon Kayla menyedarkan dia daripada lamunan. Nombor siapa ni?

"Assalamualaikum," jawab Kayla.

"Waalaikumussalam, ni Reez." Hampir pengsan Kayla apabila Farhan menelefonnya.

Jika Farhan sudah balik, maka Abah pun sudah balik. Macam mana kalau Abah dapat tahu?

"Abang Han...Kayla—" belum sempat Kayla bercakap, dipotong oleh Farhan.

"Maaf jika saya potong cakap Kayla. Tapi ada benda saya nak bagitahu," sebak suara Farhan di dalam talian.

Dijadikan persoalan juga dimana Farhan mendapat nombor dia.

"Tuan Mokhtar.."

"Kenapa dengan Abah?" Jantungnya sudah berdegup laju. Memikirkan segala kemungkinan yang bakal terjadi.

"Sorry, Kayla. Tuan Mokhtar tak selamat.." jatuh telefonnya dan dunianya terasa kelam.

"Rissa! Ya Allah Arissa! Bangun! Kayla Arissa!!" Mia menepuk lembut pipi Kayla yang jatuh pengsan.

××

"Ibu? Abah?" Kayla memerhati tempat yang dia berada sekarang.

"Anak ibu! Dah besar sekarang, makin cantik comel anak ibu ni." Suara Ibu jelas kedengaran.

"Ibu.." air mata laju mengalir.

"Maafkan Abah, princess. Tak tunaikan janji kita." Suara Abah makin jelas terdengar. Makin deras mengalir air mata Kayla.

Ibu dan Abah berpelukan memandang Kayla dari jauh.

"Kayla minta maaf, bah. Abah mesti kecewa kan? Apa yang Rissa dah buat." Luah Kayla.

Syurga Terakhir Where stories live. Discover now