Bab 5

33 2 0
                                    


Tersenyum puas Kayla apabila dipujuk untuk menampal patung perempuan comel itu di kereta milik Farhan. Kayla menilik balik rupa patung askar itu dan bandingkan dengan rupa Farhan di sebelah yang sedang memandu.

"Sama sama.." kata Kayla puas. Farhan yang sedari dari tadi patung askar itu dibelek berasa pelik. Apa yang sama?

"Nanti kalau Abang Han rindu Kayla, tengok la patung ni," Kayla menunjuk patung perempuan yang comel digantung pada cermin kereta. "Nanti Kayla rindu Abang Han, Kayla tengok ni!" Patung askar ditunjuk.

Farhan hanya menggeleng perlahan melihat karenah anak tunggal Tuan Mohktar. Macam ni ke yang dipuji sangat tu?

"Abang Han nak nombor Kayla, tak?" Tanya Kayla tiba-tiba. Tanpa ragu-ragu, Farhan geleng. Terus masam muka Kayla apabila ditolak.

"It's okay nanti minta kat Abah!" Kata Kayla selamba. Haih macam-macam.

"Abang Han," panggil Kayla.

Kening Farhan dinaik, bagi Kayla bercakap. Tapi Kayla masih berdiam diri. Signal diberi dan sudah sampai di kem tadi. Handbrake ditarik.

"Kenapa diam?" Farhan bertanya apabila sedari Kayla diam. "Abang tak nak cakap dengan Kayla ke?"

"Cakap je, telinga ni selagi boleh dengar, selagi tu saya dengar. Saya bukan pekak." Balas Farhan lembut. Masalah perempuan, tak bercakap je boleh ajak gaduh.

"Abang nanti tak rindu Kayla?"

"Buat apa nak rindu yang bukan mahram? Kayla ada kehidupan sendiri, saya pun ada. Kayla mesti faham tugas sebagai seorang tentera ni macam mana kan,"

Kayla angguk, mestilah sebab Abah pun sama. Ada masa seminggu Abah tak balik sebab kerja terlampau banyak. Sudah lama Abah tak ikut ops sejak Kayla sudah habis belajar degree dulu.

"Saya mungkin tak faham skop kerja Kayla sebagai pelakon, tapi Kayla faham kerja saya kan? Kita baru kenal dua hari, nak rindu macam mana? Ada rezeki, ada jodoh, ada hari, berjumpa lagi la kita."

"Kalau hari itu kita berjumpa semula, boleh Kayla mengorat Abang Han?" Kata Kayla lagi. Entah kenapa dia tertarik sangat dengan jejaka di sebelahnya itu.

"Saya tak boleh halang, jika Tuan Mohktar benarkan, itu hak awak. Kalau saya marah sekalipun, masih hak awak nak mengorat sesiapa pun. dan hak saya untuk beri hati saya pada sesiapa sahaja. Tapi saya beri amaran siap-siap. Jika satu hari nanti, saya tidak terpaut hati dengan awak juga, tolong jangan terlalu beri harapan pada saya. Saya bukan melayan awak ni sebab saya beri harapan palsu. Saya dah anggap awak macam adik saya, dan tak lebih daripada anak tuan atasan saya. Lagi satu apa kata orang bila artis macam awak berlegar di kawasan macam ni?"

"Saya dah lali dengan kata-kata orang. Kata itu ini. Tapi Abah yang kata buat apa nak dengar cakap orang? Selagi itu bukan salah kita, kita tak perlu takut. Kalau Kayla buat salah, minta maaf. Kalau orang buat salah, beri peluang kepada mereka untuk minta maaf. Jadi saya bukan buat salah pun." Balas Kayla dengan kata-kata Abah sewaktu dia mula bekerja di dalam industri ini.

"Saya dah ingatkan ya, jangan berharap sangat. Saya tak nak lukakan hati perempuan." Farhan menolak pintu kereta dan keluar daripada perut kereta. Dituruti oleh Kayla.

"Abang Han rasa Kayla cantik tak pakai baju kurung ni?" Secara random Kayla bertanya.

Dipusing seluruh badan buat Farhan lihat. Bagaikan ada suatu cahaya menyinari wajah Kayla apabila berpusing menunjukkan baju kurungnya. Dengan wangian gadis itu. Terpana seketika Farhan dibuatnya.

"So? Cantik tak?"

"Ha? Oh biasa je saya tengok." Kayla bermasam muka. Penat orang pusing sekali dia kata biasa je? Sudah la!

Syurga Terakhir Where stories live. Discover now