Bab 7

29 0 0
                                    


Kayla hanya termenung jauh sementara Mia menyusun barangan Kayla. Kayla hanya perlu habiskan drip IV dan dibenarkan pulang.

"Ris." Panggil Mia. Tidak berjawab.

"Rissa," masih sama.

"Kayla—" baru sahaja dia ingin menjerit nama Kayla, bunyi pintu dibuka dari luar.

"Biar saya buat, awak uruskan bil dia, boleh?" Ujar Farhan. Mia hanya ikut sahaja.

Sebaik saja Mia tutup pintu bilik Kayla, Farhan bersuara.

"Belajar lagi ke?" Soalan Farhan itu berjaya membuatkan Kayla berpaling.

Segala memori dari 10 tahun lepas kembali muncul.

"Tak. Dah kerja." Jawab Kayla dingin.

Agak terkejut dengan perwatakan Kayla yang berubah dingin.

"Nak cotton candy?" Cotton candy yang di dalam bekas ditunjuk pada Kayla.

"No. Saya dah besar. Tak makan dah." Sangat dingin. Ini bukan Kayla yang dia kenal.

"Kalau macam tu, biar saya makan la." Bekas gula-gula kapas itu dibuka dan dicuit sedikit. "Hmm sedapnyaa!" Saja mengambil perhatian Kayla.

"Dah baca surat yang Abah bagi?" Soalan kembali serius. Bekas kembali ditutup. Dia bukanlah penggemar makanan manis.

"Belum. Ada kat rumah." Kalau boleh dia tak nak baca surat tu, itu tanda Abah betul-betul dah tinggalkan dia.

"Best tak kerja?"

"Tak best, belajar lagi best. Meletup otak ni lagi best."

"Apa cakap macam tu? Kalau betul-betul meletup macam mana? Saya tahu satu je ubat awak ni."

"Saya nak balik." Kayla potong cakap Farhan.

"Okay boleh. Nanti saya call, jawab. Jangan tak jawab pula. Nanti cotton candy ni saya habiskan seorang." Farhan masih ingin bergurau walaupun tidak diendahkan oleh Kayla.

××

Dari jauh Farhan memerhati Kayla yang dibantu Mia masuk ke dalam rumah. Niatnya hanya ingin memastikan gadis itu selamat, tidak lebih daripada itu.

Kayla membuka lampu dan terasa sangat sunyi. Mia sudah balik, meninggalkan Kayla keseorangan.

Akhirnya Kayla tumbang. Jatuh tersungkur. Masih tidak percaya.
"Abah..."

"Rissa sayang Abah.." Tangisan yang ditahan sekali lagi terhambur.
"Sayang sangat..."

"Sekarang Rissa dah takde sesiapa. Siapa yang nak masakkan ikan keli untuk Rissa? Rissa takut nak masak ikan keli. Siapa lagi nak bergurau dengan Rissa? Siapa lagi Rissa nak bermanja?" Kayla mengeluarkan segala kesedihan yang disimpannya.

Beberapa minit kemudian, Kayla buat keputusan ingin pergi ke bilik kerja Tuan Mohktar. Bilik yang bersih dan buku disusun rapi itu disentuh perlahan. Terasa asing apabila tiada penghuni di bilik ini.

Sampul surat yang sedikit tebal di dalam buatkan Kayla semakin sebak.
Dikeluarkan satu per satu.

Surat wasiat, dua helai kertas tulisan Tuan Mohktar, dan beberapa keping gambar.

Kayla terkejut melihat gambar yang ada. Gambar dirinya dan Farhan yang kelihatan agak mesra. Surat tulisan Tuan Mohktar dibaca terlebih dahulu.

Assalamualaikum anak abah. Princess Abah. Sihat? Cukup makan tak? Sedih lagi ya? Kan Abah kata jangan sedih selalu. Kena banyak senyum. Abah minta maaf abah pergi tak bagitau. Dari kecil Abah jaga awak ni sehingga dah besar panjang. Mesti dah tengok gambar tu kan? Ya Abah tahu kamu cuba nak dekat dengan Reez. Abah tak kisah. Kalau sampai ada artikel itu, Abah minta Reez dan Rissa cepat-cepatlah halalkan apa yang patut. Jika ini bukan apa yang abah fikirkan, terangkan balik lah pada orang ramai. Tak baik biar orang fikir buruk pasal anak Abah ni. Abah tak sanggup. Dah 27 tahun Abah jaga Rissa rupanya. Lama betul kan? Abah minta maaf kalau Abah selalu tak ada di sisi Rissa. Negara lebih memerlukan. Mungkin Rissa takkan faham maksud GGK tu apa, tapi Abah salah seorang anggota group itu. Jadi nyawa Abah bila-bila masa saja boleh tergadai. Alhamdulillah sehingga kini diberi peluang untuk bernafas. Rissa sayang. Jangan sedih lama-lama tau. Abah tengok dari atas nanti sedih. Rissa teruskan berusaha dengan kerjaya Rissa. Abah sokong segala kerjaya yang Rissa ingin lakukan. Kalau Rissa tak nak kerja sekalipun, Abah masih dapat support Rissa. Nanti baca ya surat wasiat tu.

Syurga Terakhir Where stories live. Discover now