Bab 4

30 2 0
                                    


Keesokan harinya, barulah Kayla memakai baju kurung bercorak bunga kuning cair dan rambut diikat tocang. Kalau orang site tengok, mesti akan kata buang tabiat tiba-tiba pakai baju kurung. Tapi entah lah firasat suruh pakai saja.

Kayla melihat pantulan diri sendiri di cermin yang ada di koridor kem itu. Hari kedua berada di kem ini. Hari ini juga Abah tak boleh teman selalu kerana ada perbincangan bantuan kemanusiaan di Indonesia. Ada apa entah, tapi tidak mahu lah masuk campur hal negara.

Sedang dia membetulkan kain baju kurungnya, ternampak wajah yang ingin dia jumpai. Tersenyum lebar apabila jejaka itu memakai pakaian uniform TDM yang segak. Ingatkan Abah je yang hensem, ni kalau Abah tahu, mahu kena bebel.

"Hai Tuan! Tuan nampak hensem la hari ini!" Sergah aku tiba-tiba. Farhan yang sibuk berbual dengan Khairul terkejut dengan kehadiran Kayla. "Waalaikumussalam, saya tahu." Kayla mencebik. Mesti dah ramai cakap macam tu kan kat dia?

Bila teringat kawan baiknya, Khairul meminati pelakon ini, Farhan memandang sekilas wajah lelaki itu. Terkejut dengan kehadiran Kayla Arissa. Farhan sudah naik mata ke atas. Kalau boleh mulut tu luas lagi.

"Abang Han teman Kayla harini boleh? Abah kata harini sibuk sikit." Soal Kayla. Kalau tak nak pun takpe. Kita balik rumah je. Packing untuk ke Penang pun boleh ni.

"Bila?" Bukan niat nak tolak, tapi Tuan Mohktar sudah meminta bantuan daripada Farhan sendiri untuk menemani anak gadisnya. Memandangkan hanya Farhan yang dipercayai.

Bersinar mata Kayla seperti tidak percaya. "Kat sini ada tempat menarik tak?" Farhan berkerut dahi. Angguk kepala dengan soalan Kayla. "Mana mana?" Semakin teruja Kayla dibuatnya.

"Tu," jari telunjuk kanan Farhan menunjuk padang yang dibasahi air hujan malam semalam. Disebabkan basah, tiada latihan dijalankan. Hilang senyuman Kayla. Orang tanya betul-betul dia main-main pulak. Pulas telinga tu karang.

"Hari ini Abang Han, sibuk?" Lagi sekali Farhan ditanya. Sejujurnya dia mahu angguk tapi jadualnya agak lapang harini. Jadi dia menggeleng.

Bersorak riang Kayla menerima respon Farhan. "Lepak dengan Kayla, nak?" Reaksi terkejut jelas di muka Farhan. Biasanya perempuan akan ajak pergi Mall, pergi jalan-jalan. Ni lepak?

Khairul dipanggil oleh beberapa anggota membuat mereka berdua sahaja yang tinggal. "Boleh tak,bang? Hm?" Farhan diam. "Abang Han," panggil Kayla.

"Ya?"

"Saya nak ngorat Abang Han ni. Boleh?" Farhan menutup mata menahan sabar. Sabar Reez, sabar. Kecomelan itu hanya sementara.

"Ke dah berpunya? Kalau dah, saya-" belum sempat Kayla habiskan ayat dia, satu panggilan dari Mia memotong percakapan mereka. Aku potong gaji kau nanti, Mia.

"Assalamualaikum, weh. Macam mana ni?" Suara cemas Mia Liana merubah riak wajah Kayla dari menyampah ke risau. Dah kenapa pulak ni?

"Waalaikumussalam, Mia. Kenapa ni? Apa jadi?" Soal Kayla berhati-hati. Mana tahu dah ada gosip dia dengan Abang Han ni boleh terus ajak kahwin.

"Erhan masuk hospital, weh!"

"Hah?! Dah kenapa pulak, gaduh dengan siapa pulak mamat tu?"

"Aku tak tau la weh. Aku tengah on the way pergi hospital ni. Dah nak sampai pun, nak datang tak?"

"Eh mesti lah aku pergi juga. Sedegil Erhan, degil lagi aku. Kau luka sikit pun aku balut satu tangan, inikan si Erhan tu. Bagi nama hospital, no bilik dia, aku gerak sekarang." Terus Kayla berlari ke arah kereta yang dia letak di parking lot.

Farhan yang dari tadi hanya memerhati, pergi ke suatu tempat. "Weh aku pinjam sekejap." Khairul yang sedang berbual dengan rakannya terkejut dengan tindakan Farhan.

Syurga Terakhir Where stories live. Discover now