Bab 3

29 3 0
                                    


Bingung kepalanya membuat pilihan dari jam 10 pagi tadi. Pakai blouse ke pakai baju kurung? Memang mood tiba-tiba nak pakai baju kurung, tapi tengok cuaca hari ni panas semacam. Blouse warna hijau tua diambil dan dipadan dengan skirt labuh warna hitam. Memang tak berani la nak pakai putih waktu datang bulan. Dipadankan dengan kasut sneakers warna putih. Entah kenapa rasa ada yang kurang.

Tanpa Kayla melengahkan masa, dia terus bersiap-siap untuk berjumpa bapa kesayangan Kayla! Eee tak sabarnya nak lunch sama-sama, jalan-jalan tengok suasana kem, kalau boleh nak berkepit dengan Abah dalam office. Nanti lusa dah kena pergi Penang, shooting untuk drama. Jadi sementara ada masa, baik dia luangkan masa dengan Abah.

Sebaik saja Kayla sudah berada di dalam kereta, sekali lagi dipastikan makeup nya sempurna, style rambut cantik, dan tidak dilupakan! Of course kena selfie! Beberapa keping gambar diambil dari pelbagai sudut. Dipilih dua tiga gambar yang cantik untuk di upload di sosial media yang memiliki followers seramai 1.1M. Kayla bukan lah seorang yang suka dengan pengikut yang ramai, tetapi itu semua rezeki Allah.

"Abah! Rissa dah on the way! Nanti kita lunch sama-sama tau! Kalau tak, tak nak kawan!" Mesej itu dihantar pada Tuan Mohktar dan enjin kereta dihidupkan lalu terus Kayla pergi ke lokasi kem Tuan Mohktar.

××

"Reez, tolong ambilkan barang kat pejabat kejap! Aku tengah membuang ni! Urgent!"

Farhan menahan sabar dengan mesej kawannya seorang ini. Tengah membuang pun, sibuk fikir pasal barang. Dah ada kat luar ni, baik terus pergi ke kafeteria terus. Jam pun sudah menunjukkan waktu makan tengahari. Terbayang ayam masak ungkep yang mama masak pun sedap! Ini tak boleh jadi ni, kena request ni.

Dalam perjalanan Farhan hendak ke kafeteria, dia perasaan beberapa anggota yang seakan berkumpul sambil berbisik. Sekarang bukan waktu kerja, jadi dia tidak boleh gunakan kuasa dia sebagai kapten. Jadi Farhan hanya ikut mendengar apa yang anggota bisikkan.

"Subhanallah cantiknya! Memang patut dia menang anugerah tu lima tahun lepas!" Salah seorang mula bercakap.

"Aku rasakan tahun ni dia menang pelakon wanita terbaik pula. Hebat gila kot lakonan dia tahun ni!" Kawan kepada anggota tersebut turut setuju dengan kecantikan yang disebut.

Farhan jadi tertanya, siapa gerangannya?

"Mana Abah ni...di call tak jawab. Mesej tak balas. Dah la ramai ni..orang lapar, bah." Mahu menangis Kayla apabila dirinya dijadikan bualan hangat di kem bapanya.

"Cik ni Aisyah kan?!" Salah seorang anggota lelaki mula bertindak memegang lengan Kayla. Ditepis lembut, "ya saya, Arissa. Kita kenal ke?"

"Tak tak saya peminat cik! Boleh saya minta tandatangan cik?" Sejujurnya aku agak takut dengan keadaan sekarang. Mana Abah ni..memang la dia bersyukur orang mula kenal dirinya tapi bukan macam ni. Hari ni hari cuti dia bersama bapa kesayangan.

"Aku bagi tandatangan atas kepala kau, nak?" Satu suara yang cukup maskulin tiba-tiba mencelah. "Siapa pulak nak kau punya-" kecut perut anggota itu melihat gerangan milik suara tadi.

"Eh tak tak Tuan. Saya minta diri dulu." Setelah lelaki yang berbadan tegap itu muncul, semua anggota yang berkumpul terus berlari lintang pukang. Tertawa kecil Kayla dibuatnya. Kelakar rupanya Tentera Darat Malaysia kita ni.

"Cik cari siapa, ya?" Soal lelaki itu. Kayla terus mati tawanya. "Saya cari Tuan Mohktar, ada?"

Farhan berkerut keningnya. Gadis ini mencari tuan atasannya? Agak pelik. Biasanya perempuan macam ni akan cari teman lelaki atau suami. Ini cari pakcik tua yang dah ada anak.

Syurga Terakhir Where stories live. Discover now