Bab 1

13 4 3
                                    


ARLYNE  berdecit apabila orang yang dihadapnya tidak mahu menjawap soalannya.

"Kau tu cuma perlu jawap soalan aku aje ." Arlyne cuba menahan untuk membunuh lelaki dihadapannya ini.

Jikalau dia dibunuh dimana lagi mahu mendapatkan maklumat. Damn it!

"Kau tu lembik! Kau perempuan lemah! Ada hati nak takutkan aku dengan bawa tempat macam ni ." Jawapan sinis yang diberikan membuatkan Arlyne bertambah panas.

Sorry sikit , Arlyne bukan seperti gadis diluar sana . heh!

"Oh really ? " Soal Arlyne sambil mencekam rambut lelaki tersebut.

Arlyne mula menumbuk wajah lelaki itu. Tak cukup dengan itu , ditendang lagi pada wajah tersebut. Itulah lain kali jangan cepat menilai , kan dah merasa!

"I think this not enough for you ." Bibir Arlyne mulai menyenget. Jeritan dan erangan lelaki itu bagai irama muzik yang enak beralun pada telinga Arlyne.

heh tadi bukan main cakap lemah. Sekarang ni siapa yang lemah .

"Ergh... A-aku ta-tak tahu. Aku betul-betul...tak tahu ." Lelaki tadi mula merayu. Sakit. Ya itulah yang dia rasakan pada saat ini. Sungguh kuat tumbukan yang diberikan pada dia. Sudahlah dia diikat dengan kuat malah dilayan pula sebegini memang sakit.

"Kalau macam tu... ." Mata Arlyne melirik kepada lelaki tadi dan berhenti seketika sebelum menyambung ayatnya.

"Kau dah tak berguna untuk aku. Jadi untuk apa aku simpan kau kan ? " Otaknya mula ligat berfikir , seksaan apa yang dia perlu lakukan terlebih dahulu ya ? .

"T-tolong aku mohon jangan bunuh aku ." Erangan bercampur rayuan lelaki itu hanya didengar.

Arlyne hanya tersenyum sinis. Dia suka melihat mangsanya dalam keadaan sebegini. Muka mangsa yang sedang merayu padanya. Bukan dia yang mahu menjadi kejam akan tetapi  dah mangsa dia melawan , terpaksa lah dia bagi sedikit 'belaian' syaitan .

"Sakit sangat ke ? Alolo hahaha ." Kata Arlyne sebelum dia hemburkan tawa dihadapan lelaki tersebut.

Arlyne mula melangkah ke hadapan ke arah lelaki tadi dan mula berbisik sesuatu.

"Kau tak nak mati ? Boleh.. Tapi dengan syarat ." Arlyne berdiri tegak selepas mengatakan ayat itu.

"Apa syarat dia! Tolong bagitau aku , aku tak nak matii! ." Laju sahaja lelaki itu menjawap. Dia tidak mahu mati , dia sanggup buat apa pun asalkan jangan bunuh dia.

"Senang je kerja kau. Kau cuma perlu balik ke tempat kau dan jadi orang kami untuk tahu setiap langkah diorang ." Kata Arlyne melirik pada tubuh yang sudah tidak bermaya itu.

"Ba-baik... " Lelaki itu berfikir sejenak. Heh ingat aku akan dengar cakap kau orang ke ? Aku cuma mahu lari dari sini aje lah! getus lelaki tersebut.

"Apa yang kau cuba fikir kan tu ? Aku tak kan mudah lepaskan mangsa aku macam tu saja.. Kau kena ingat nyawa kau dalam tangan aku ya ." Setelah berkata demikian , Arlyne menuju ke pintu untuk keluar. Sebelum keluar , dia sempat memesan sesuatu kepada anak buahnya.

"Lepaskan dia kemudian suruh dua bedebah tu tengokan dia bila dah sampai tempat dia and make sure jangan terlepas pandang dari ekori dia. Lagi satu jangan jadi bodoh sangat , buat kerja tu bagi clean ." Pesan Arlyne pada Alex kemudian menunding jarinya pada dua orang lagi anak buahnya untuk mereka memerhati lelaki itu tidak membelot.

"Baik ." Setelah kelibat Arlyne sudah keluar , Alex mulai menuju ke arah lelaki yang sudah terkulai itu.

Ikatan pada tangan lelaki itu dibukakan. Tangan lelaki itu kemerahan bercampur kebiruan itu jelas menunjukkan bahawa tangannya betul - betul sakit.

"Dah kau boleh blah dari sini ." Alex menarik lalu menolak lelaki tersebut untuk pergi dari sini.

"Dan kau orang pergi tengok dia , jangan sampai terlepas pandang kalau tak nak mati katak kat sini ." Sejurus saja Alex mengatakan hal itu , laju sahaja kaki mereka mengekori lelaki tadi untuk memastikan benar - benar bahawa dia akan jadi mata untuk Arlyne.








          ------------------------------------------

Waiting for next •



                        Rabu : 21 Disember 2022



The Devil Arlyne Where stories live. Discover now