Bab 20

0 0 0
                                    

   

            “MUMMY... ”

“Ye sayang? Sinilah mummy ada buat cupcake. Nak rasa?” Disua cupcake berperisa coklat itu kepada Qayn.

Qayn mengatur langkah mendekati Maryam. Kerusi dihadapan Maryam itu ditarik.

Cupcake yang disua Maryam dibiarkan.

“Ambillah. Ni untuk anak mummy.” Cupcake itu masih disua kepada Qayn.

Qayn menggeleng kepalanya.

“Nak mummy suap.” Mulutnya terus dibuka. Menunggu Maryam menyuapnya.

“Amboi. Dah besar pun nak mengada ke?”  Maryam menyoal.

Cupcake itu dicubit kecil lalu disuap ke dalam mulut Qayn.

Nyam nyam nyam. Sedap!

“Mana ada. Belum lagilah. Qayn tak habis sekolah lagi tau. Jadi tak salah kan nak mengada?” Qayn membangkang ayat mummy nya.

Baru 17 tahun. Jadi belum dewasa lah kan?

“Besar dah tu. Dah nak SPM kan?” Sengaja Maryam menambah. Senyuman itu ditahan dari tadi sudah tidak boleh disembunyikan lagi terus melebar senyuman Maryam.

Mummy ni...” Mencebik bibir Qayn.

Maryam tertawa halus.

“Tak adalah. Mummy gurau je.”

“Mana daddy?” Soal Qayn. Dari tadi lagi dia tidak nampak batang hidung Keylio. Sibuk ke?

“Ada tu ha dalam bilik. Mengantuk katanya.” Penat baru balik kerja terus tidur. Sebab itulah dia belum keluar lagi.

Qayn yang mendengar jawapan Maryam terangguk-angguk kepalanya berkali-kali. Sudah tentu daddy nya penat. Tambah pula usia sudah meningkat mesti bertambah penatnya itu.

“Oh. Mummy... Qayn nak keluar boleh tak?” Soalnya meleret. Tersengih meminta izin. Nak dapatkan keizinan mummy dulu.

“Qayn datang sini sebab itu jelah? Nak pergi mana?” Soalan dibalas soalan. Mata bundar itu merenung tepat pada wajah anak bongsunya itu.

“Nak buat study group dekat rumah kawan Qayn. Boleh kan mummy?” Pintanya lagi. Cuma kali ini bersama kerdipan mata agar Maryam memberi izin.

“Sengaja lah tu buat buat comel. Ya boleh. Pergilah tapi jangan balik lewat sangat. ” Maryam memberi keizinan kepada Qayn.

Qayn mengangguk kepalanya berkali-kali seperti burung belatuk. Faham dengan ayat mummynya.

“Okey myy tapi Qayn tak janji eh?” Katanya sambil tersengih lagi. Bukan apa, dia takut nanti sudah berjanji pulang awal tup tup pulang lewat. Lagipun nanti kalau sudah belajar dia akan mematikan telefonnya. Tidak mahu sebarang gangguan.

“Yelah. Pergilah nanti lewat pula sampai.”

Yes! Mummy bagi hihi.

“Ye ye orang nak pergi dah ni. Assalamualaikum.” Tangan lembut Maryam itu dicapai sebelum menyalami tangan itu. Tak lupa juga dikucup lembut dibelakang tapak tangan Maryam.

Usai itu Qayn melambai ke arah Maryam  apabila sudah berjauhan dengannya.

“Haih anak sorang ni bertuah sungguh.” Tergeleng-geleng kepala Maryam mengingatkan perangai Qayn.

“Assalamulaikum...” Sayup-sayup suara itu kedengaran dari jauh arah pintu.

Laju sahaja kepala Maryam menoleh ke arah suara tersebut sebelum tersenyum nipis. Anak keduanya sudah pulang. Tadi anak bongsunya keluar kini anak keduanya pula pulang ke rumah.

The Devil Arlyne Where stories live. Discover now