KERETA yang dinaiki oleh mereka , kini telah sampai tempat yang dituju. Ahli keluarga Keylio serentak mula keluar dari perut kereta masing - masing dan berjalan ke arah pintu masuk hotel milik Keylio Santos. Ya mereka mengadakan majlis tersebut di hotel milik Keylio sendiri. Kereta - kereta yang dinaiki oleh mereka tadi mulai beredar apabila semua ahli keluarga Keylio sudah keluar dari perut kereta.
“Selamat datang Tuan Keylio .” Penjaga pintu yang bernama Elya itu menyapa Keylio lalu menundukkan badan nya sedikit tanda hormat.
Keylio Santos hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Mahu lebih - lebih kang tidur luar lerr jawapnya. Ak maklum lah isteri dekat sebelah. Maryam pun begitu cuma dia ukirkan senyuman dibibirnya buat Elya.
Heykarl ? Rayqie ? Arlyne ? Qayn ?
Mereka hanya buat tak endah sahaja pada si Elya itu.Siapa Qayn ? Qayn Amir adalah adik lelaki kepada Arlyne.
“Ikut sini Tuan , Puan .” Seorang lagi pembantu hotel itu membawa mereka ditempat yang patut diduduki oleh keluarga Keylio. Tempat VVIP. Apabila mereka sudah duduk , pengacara majlis mula membuka bicara.
“Keluarga Tuan Keylio kita sudah pun tiba , tapi sebelum kita memulakan pelantikan untuk Tuan Heykarl. Saya menjemput Tuan Keylio untuk memberikan sedikit ucapan terlebih dahulu. Tanpa melengahkan masa dijemput Tuan Keylio Santos naik ke pentas .” Ucap pengacara majlis.
Ceh dah macam pengetua nak bagi ucapan kat pelajar.
Keylio mula bergerak ke arah pentas. Apabila sudah tiba diatas pentas , tangan Keylio mencapai microphone.
“Ehem , assalamualaikum semua.... saya nak ucapkan terima kasih atas segala jasa kamu semua. Kamu semua melakukan kerja tanpa mengeluh sedikit pun dekat saya. Saya berbangga atas sekalian , tidak sia - sia saya menerima kalian menjadi pekerja saya. Saya tidak mahu bercakap banyak cuma ala - ala kadar saja. Lagi pun saya tidak sediakan sebarang ayat untuk diucapkan. Jadi sampai sini saja la saya ucapkan ya. Terima kasih sekali lagi untuk kamu semua .” Ucapan Keylio sebentar tadi mendapatkan ribuan bunyi gemuruh tepukan. Setelah memberi ucapan Keylio turun dari pentas dan menuju ke arah meja tadi.
“Terima kasih ya buat Tuan Keylio kita atas ucapannya sebentar tadi. Kini dijemput pula Tuan Heykarl Afiq untuk memberi sepatah dua kata sebelum menjadi orang penting syarikat .” Laju sahaja kaki Heykarl melangkah ke arah pentas setelah namanya disebut oleh pengacara majlis.
uuu ekshaitedd uuu. Siapa je yang tak excited kan...
“Amboi laju betul Tuan Heykarl ni naik pentas. Tahu - tahu dah ada sebelah saya , tejut boboy .” Sempat pengacara majlis bergurau senda sebelum memberikan mic kepada Heykarl. Gurauan pengacara majlis tadi disambut dengan ketawa tetamu yang hadir.
“Mm maaf ya , teruja tadi hahaha .” Gugup juga dibuatnya apabila tegur sebegitu. Jatuh air muka handsome dia oii!
“Lupakan hal tadi. Buat saja seperti tiada apa yang berlaku. Baiklah disini saya nak cakap sepatah dua sajalah sebab buat apa cakap lama - lama kan ? Benda baik tak elok dilambat - lambatkan.. Saya nak ucapkan terima kasih pada daddy saya kerana memilih saya sebagai orang kanan syarikat. Dengan itu saya amat berbesar hati untuk menerimanya. Kalau ada apa - apa masalah dipejabat sila maklumkan pada saya lah ya jika Arlyne tiada dipejabat. Saya rasa itu saja lah kut untuk disampaikan .” Heykarl memberi semula mic kepada pengacara majlis.
“Kita sudah mendengarkan kedua - dua ucapan jadi marilah kita menikmati pelbagai juadah yang telah disedia. Oleh itu dijemput semua hadirin untuk menikmati makanan sambil mendengar lagu yang didendangkan .” Bagi menambahkan kemeriahan , lagu juga dipasangkan didalam dewan tersebut.
---------------
KETIKA Arlyne sedang leka menikmati makanan tiba - tiba telefon bimbit miliknya berbunyi menandakan ada orang menelefonnya. Lantas panggilan itu dijawap apabila melihat nama yang tertera diskrin telefon miliknya.
Alex.
Baru sahaja Arlyne mengangkat panggilan itu , suara milik Alex menerjah pendengaran nya.
“Cik Arlyne kita dalam masalah sekarang ni !”
“Wait a minute .” Setelah Arlyne berkata begitu pada Alex , dia bangun dari meja kemudian mula menapak keluar dari dewan hotel itu dan dia menuju ke arah lobi. Panggilan dari ahli keluarganya tadi buat tidak endah saja.
“Okay cakap kenapa ?” Soal Arlyne apabila sudah memastikan tidak ada sesiapa disitu.
“Cik ingat tak lelaki yang cik pukul haritu. Dia yang cuba untuk memberi tahu lokasi markas kita kepada bos dia !”
“Budak tu memang tak takut mati agaknya...Sekarang ni dia ada dekat mana ?” Budak macam itu patut diajar. Heh!
“Pasal tu cik tak payah risau , budak - budak yang cik suruh jaga dia tu dah tangkap dia and now lelaki tu kami bawak ke bilik penyeksaan. Cuma tunggu cik je .”
“Budak tu cuma hampir nak cakap aje or dah bagitahu ?”
“Belum , dia cuma hampir je nak bagitahu tapi nasib budak - budak tu dah ambil dia sebelum dia bagitahu .”
“Oh.. Kalau macam tunggu situ , kejap lagi aku sampai .” Panggilan bersama Alex tadi ditekan punat merah. Arlyne kembali ke arah dewan hotel , kakinya dituju pula pada keluarga dia.
“Erm daddy Lyne kena pergi sekarang. Kawan Lyne mintak tolong kejap , Lyne mintak diri dulu ya semua .” Seusai Arlyne kata begitu kakinya melangkah keluar dari hotel tersebut.
Disebabkan dia naik kereta sendiri untuk datang ke sini , jadi mudah lah untuk dia pergi ke markas miliknya. Tidak perlu ke rumah ambil kereta bagai.
----------------------------------------
• waiting for next •
AHAD : 25 DISEMBER 2022
YOU ARE READING
The Devil Arlyne
Action[ SLOW UPDATE ] -- Sebelum memulakan sesuatu, saya mulakan dengan bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum. Saya cuma insan kerdil yang ingin menciptakan sebuah cerita. Saya bukanlah penulis yang terhandal mahupun hebat. Oleh itu saya...