Bab 13

3 0 0
                                    



      MENU yang terhidang diatas meja makan membuatkan sesiapa sahaja yang menghidu pasti kecur air liur.

Nasi lemak sambal sotong buatan Maryam.

"Dah lama tak makan berat waktu pagi. Mesti diorang suka kan ?" Soal Maryam kepada pembantu rumahnya bersama senyuman yang tak lekang dibibir.

Walaupun sudah berkeras pembantu rumah mahu menolong , Maryam enggan menerima bantuan. Dia mahu seratus peratus hasil darinya.

"Mestilah mereka suka puan. Masakkan puan membuatkan perut saya berdangdut ." Ujarnya melihat hidangan yang tersedia.

Maryam tersenyum nipis.

"Nanti duduk lah sekali, kita makan bersama ya ?" Ajak Maryam.

"Ehh mana boleh puan! Nanti tuan Keylio marah.. Lagipun saya ni cuma pembantu rumah bukan ahli keluarga puan.." Takut-takut dia menutur, risau ada tersalah faham.

"Em kalau macam tu awak la ambil simpan lauk untuk awak. Ambil cepat-cepat tau ? Saya nak naik panggil diorang kejap ." Sedih pula tidak dapat makan bersamanya.

"Baik puan ."

Usai itu, Maryam melangkah keluar dari tempat ruangan meja makan.

Belum sempat Maryam mendaki tangga, kelibat anak sulungnya sudah kelihatan.

"Eh laju betul, jatuh karang !" Tergeleng kepalanya melihat perangai Heykarl yang tidak menyabar.

"Hehe sorry mummy tapi aroma nasi lemak macam tengah tarik kuat along ke sana ."Wajah comel ditayang serta tangannya menunjuk ke arah meja makan.

"Haih ada ada lah kamu ni. Ni tunggu dulu tau jangan makan lagi ."

"Okeyy tapi cepat sikit tau along dah lapar nii! " Suaranya dinaikkan sedikit takut Maryam tidak mendengar kerana jarak mereka semakin menjauh.

"Iya.. " Sayup sayup Maryam membalas.

Langkah diteruskan lagi. Bilik si bongsu dituju.

Maryam mengetuk perlahan pintu bilik Qayn.

Qayn yang mendengar terus membuka pintu. Wajah Maryam terpapar dihadapannya.

"Yes mummy ?"

"Turun, mummy ada buatkan nasi lemak ."

"Oh okay jum! "Kata Qayn seraya memeluk lengan Maryam.

Lantas Maryam menampar lembut bahu Qayn.

Qayn menayangkan wajah bingung.

"Kenapa mummy ?" Wajah Maryam dipandang heran.

"Yang kamu tak berbaju dah kenapa? Tahulah badan tu berketul, tak usah nak ditayang ."

Oh padanlah dia rasa sejuk. Separuh bogel rupanya.

"Ya Allah myy, kalut nak buka pintu lupa nak pakai baju ."Tersengih Qayn apabila Maryam menegurnya.

Maryam yang melihat tergelak halus. Usia muda sudah terlupa.

"Tak apa, pergi pakai baju lepastu turun ya ?"

"Menurut perintah ." Badannya ditegak, tak lupa tangan ditabik ke atas.

Maryam menuju ke bilik Arlyne pula.

Diketuk perlahan. Tidak dibuka. Maryam mencuba memanggil pula. Tetapi tidak menyahut.

Pintu bilik itu terus dibuka sendiri oleh Maryam. Matanya meliar mencari anaknya tetapi kosong.

The Devil Arlyne Where stories live. Discover now