"KAU ni tak habis lagi ke nak beli ? Kebas dah kaki aku ni ! " Mendengus kasar melihat perangai Iskandar yang mengalahkan perempuan!
"Alaa tak kan dah kebas kut? Baru dua jam aje kita shopping ." Mula dah perangai 'keayuan jadian' dia ni.
"Dua jam aje kau cakap ? Heh kaki ni dah rasa macam nak patah kau cakap dua jam aje? Wahh , nice !"
Kaki yang sudah terkulai ditunjuk Arlyne kepada Iskandar. Menunjukkan tinggal masa nak terputus aje!
"Hurmm okeyyy kita balik... Tapi sebelum tu kita gi makan dulu jum! " Hujung baju Arlyne ditarik Iskandar menuju ke lift untuk pergi ke food section.
"Grr besarla baju aku camni huh! Dahla baru sekarang nak ajak makan " Bentak Arlyne namun apakah daya Iskandar hanya mengendahkan saja Arlyne.
Dasar pondan tak bertauliah!
"Have a sit princess ."
Nak pujuk aku lah tu! Ingat aku heran sangat?
Macam nak sumpah seranah je hamba Allah depan ni tapi berkat kesabaran senipis tisu mujur tak dihembur.
"Have a sit konon heh! " Perlahan Arlyne berkata seraya memberi jeling maut.
Bombastic side eyes! hahaha.
"Jangan marah marah lah bebi ini saiya sudah mau pujuk kau lah bebi ." Iskandar menayang wajah kecomelan nak mampus yang tercekik kayu balak!
"Bebi bebi , kepala hotak kau la babi! " Bengang pula dia dengan sikap Iskandar yang tah apa apa dah.
Itula terpengaruh sangat dengan media sosial sampai gila dibuatnya. Lagi lagi aplikasi apa tuh yang tiktik toktok ke ketok tah.
"Astaghfirullah al'azim Arlyne tak baik kau mencarut nanti masuk api neraka baru kau tahu Allahu Akbar.. " Tergeleng kepalanya kiri ke kanan.
"Tch ." Arlyne mengetap rahangnya.
Elok elok krok krok je yang keluar kejap lagi ada segala jenis keturunan jugak dihembur!
"Okey okey sorry babe. Sembang punya sembang lupa pulak nak order. Waiter! " Panggil Iskandar.
Terus saja seorang gadis menghampiri kami. Tangannya sedia menunggu untuk menulis.
"Um nak spagetti carbonara satu plus jus strawberi satu and kau nak makan apa? "
Arlyne masih ligat menilik menu.
"Ais kacang , ada tak? "
"Mestilah ada cik. " Lembut gadis itu menjawap.
"Aik tak kan tu je? Tak nak makan ke? " Tak lapar ke Arlyne ni?
"Tetiba tekak aku nak makan ais kacang ."
"Oh okey , so itu je thanks! "Kata Iskandar kepada pelayan itu.
Pelayan itu hanya menganggukkan kepalanya sedikit kemudian pergi ke arah kaunter untuk membuat pesanan.
-------
ARLYNE mengerling sekilas jam tangannya , jarum jam sudah pun menunjukkan pukul 8:43 malam.
Tut..tut...tut
Panggilan berjaya disambungkan. Dihujung talian kedengaran suara sedikit serak.
"Hello siapa ni ?" Serak serak basah suara itu bertanya.
"Hai.. tak kan tak kenal kot ?" Arlyne bertanya.
Lantas si dia cepat cepat melihat skrin telefon sebelum berbicara.
"Ehh miss! Sorry sorry , saya baru bangun tidur itu yang mamai sikit hahaha ." Kalut Alex menjawap.
Fuhh mujur dia tak cakap bukan bukan lagi! Kalau tidak mampus dia esok tak nampak dunia dah.
"Hm sediakan flight aku malam ni. I wanna go there right now! No excuse ."
Aduh! Alex menggaru kepala yang tidak gatal. Baru bangun sudah disuruh carikan tiket penerbangan. Dengan mamainya yang belum habis digagahkan juga untuk bangun.
"Miss bukan nak pergi lusa ni ke? Kenapa tiba tiba pulak ni ?" Alex bertanya perlahan kerana takut dimaki pula.
"Ada aku suruh kau tanya ?"
Gulp!
Tetiba Alex rasa seram sejuk pula.
"Er okey okey ,nanti saya call miss ya. Miss nak pergi dengan siapa ya ?"
"Alone ."
Tut!
Punat merah ditekan Arlyne usai menjawap.
Bagasi yang sudah dia sediakan ditarik keluar dari bilik.
Nice line clear.
"Ehem! "
"Daddy ?" Sedikit pun Arlyne tidak menunjukkan wajah terkejut bahkan dingin.
"Nak pergi mana bawa bagasi bagai ni ?!"
Perlahan namun tegas.
"Itali ." sepatah perkataan yang keluar membuatkan Keylio menghela nafas berat.
"Kenapa nak pergi sana? Ada benda yang daddy tak tahu ke ?"
Anak mata Keylio menikam tepat ke dalam anak mata Arlyne.
Sungguh dia tidak gentar akan pandangan sebegitu rupa.
"Huh! Ikut Lyne kejap ." Tangan kekar Keylio ditarik menuju ke ruang tamu.
"Diorang dah mula ." Cukup hanya ayat itu membuatkan Keylio faham.
Urat mula jelas timbul di tangan apabila Keylio menggenggam erat tangannya.
"Apa rancangan diorang kali ni ?!" Amarah Keylio sudah tidak dapat ditahan lagi.
"Setakat ni diorang rancang nak musnahkan sesuatu. Lyne rasa tempat simpanan senjata api sebab haritu kita dah bakar kelab diorang ." Tenang Arlyne berbicara.
"Oh nak balas pula? Tapi kenapa Lyne dekat sana , penyimpan besar dekat Singapura ."
"Malangnya diorang hanya tahu di Itali saja hahaha ." Tergelak kecil mengenangkan musuhnya.
"Bagus! Daddy tahu Lyne tak pernah mengecewakan daddy ." Keylio menepuk tangan berasa bangga memiliki Arlyne.
"Don't worry daddy , diorang tu tak ada lah hebat mana ."
smirk.
"So , flight pukul berapa ?" Tangannya ligat menilik jam tangan sudah pukul 9:00 malam.
"Entah. Kejap lagi Alex call ."
Baru saja Arlyne menghabiskan ayatnya telefonnya berdering diminta untuk diangkat.
Alex.
"Okay daddy I have to go. Alex already get my flight, see you next time ." Tangan kekar itu disalam.
Punat hijau diseret. Panggilan bersambung.
"Miss, flight ke sana saya dah dapatkan. Pukul 9:40 akan berlepas ."
Kadang Alex hairan juga dengan si Arlyne ni. Boleh saja dia naik kapal terbang milik keluarganya tanpa menunggu. Ini tidak nak juga naik yang lain.
"Okay. " Punat merah ditekan.
Kereta BMW itu meluncur ke jalan raya. Destinasi lapangan terbang dituju. Masih sempat untuk dia pergi.
---------------------------
waiting for next.
YOU ARE READING
The Devil Arlyne
Action[ SLOW UPDATE ] -- Sebelum memulakan sesuatu, saya mulakan dengan bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum. Saya cuma insan kerdil yang ingin menciptakan sebuah cerita. Saya bukanlah penulis yang terhandal mahupun hebat. Oleh itu saya...