ISKANDAR menarik nafas sedalam mungkin kemudian dilepaskan.
"Umi.. Akak.. Is dah buat keputusan. Is kahwin dengan Arlyne ."
"Betul ke ni Is? Alhamdulillah, syukur Is dapat terima Arlyne ." Datin Rozyna tersenyum gembira.
"Wah Is kau dah pikir betul-betul ni? Tak nak fikirkan lagi? Ni hal hidup dan mati tau. Pasangan hidup seumur semati. Lagipun masih ada masa ." Tanya Irdina.
Walaupun dia suka akan jawapan Iskandar namun perlu ditanya lagi. Bukan niatnya nak halang ,tapi ingin kepastian.
"Is dah fikir dah. Is terima Lyne sebagai pasangan hidup, tapi mungkin kekok sikit lah kut. Kitorang kan kawan ."
"Tak apa , nanti lepas kahwin okey la tu ." Datin Rozyna cuba menyakinkan Iskandar.
"Kalau umi cakap macam tu, okey lah. Eh ni cakap pasal Is je , Lyne dah tahu ke ?" Iskandar bertanya.
Tak kan lah Lyne senang-lenang menerima aku sebagai suami? Lagipun dia asyik kata aku lembik macam sotong aje. Hm. Getus kata hatinya.
"Belum lagi. Kami nak kepastian dari Is dulu ."
"Oh.. "
"Kejap lagi umi nak pergi rumah diorang. Is kena ikut. Kita bincang sama-sama ya ." Datin Rozyna mengajak Iskandar ke rumah Maryam dan Keylio.
Iskandar mengangguk setuju.
Kalau itu permintaan semua, dia sudah bersedia menerima.
"Tak payah tunggu jap gi. Kita pergi sekarang lah umi! " Teruja Irdina mengatakan hal tersebut.
Buat apa perlu menunggu sedangkan boleh saja sekarang.
"Eh kamu ni! Yang nak kahwin tu Is, kamu nak beria lebih tu dah kenapa ?" Datin Rozyna menampar lembut peha Irdina memandangkan mereka bersebelahan saja.
"Ish umi ni! Kita kena la teruja, gembira sebab ada ahli baruu! " Semakin melebar senyuman Irdina.
Iskandar masih diam terkutik. Mahu sampuk pun dia tak tahu nak cakap apa.
"Macam-macam lah kamu ni. Pergi siap, kita pergi sekarang. Is okey kan ?"
Datin Rozyna menegur Iskandar yang jauh termenung.
"Ha? Ha ya ya okey je. Bila-bila pun boleh, sama je ." Dia tersenyum nipis.
"Pergi lah siap dulu. Dina, kamu nak ikut ?" Tanya Datin Rozyna kepada Irdina.
Uwish satu tawaran menarik tu!
"Mestilah Dina nak ikut. Excited dah nii !" Bertambah seronok Irdina dibuatnya.
"Pergi lah siap, dah siap turun ye. Yang penting jangan lama sangat, lambat umi tinggal !." Datin Rozyna menaikkan sedikit suaranya kerana Irdina sudahpun mendaki anak tangga.
Bukan dia tidak kenal anak daranya seorang itu. Bersiap bukan main lama , mengalahkan orang bersiap nak pergi nikah. Orang nak bernikah pun tak lama macam dia.
Usai itu, Datin Rozyna juga turut bersiap untuk pergi ke rumah bakal besannya.
Setiap langkahnya diiringi dengan senyuman tak lekang dibibir. Gembira tak terkata.
Syukur. Doa yang dia pinta menjadi kenyataan.
---
"IS setuju uncle ."
"Alhamdulillah. Kita ikut adat tunang dulu ya ." Keylio mengucap syukur atas Iskandar.
"Uncle.. Macam mana Is nak kahwin dengan Lyne kalau Lyne tak tahu. Walaupun dia belum buat keputusan, Is tahu dia mesti tak nak kahwin bukan ?" Iskandar sudah dapat meneka.
YOU ARE READING
The Devil Arlyne
Action[ SLOW UPDATE ] -- Sebelum memulakan sesuatu, saya mulakan dengan bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum. Saya cuma insan kerdil yang ingin menciptakan sebuah cerita. Saya bukanlah penulis yang terhandal mahupun hebat. Oleh itu saya...