Bab 19

5 0 0
                                    

    
    AIR  sebening kaca itu dipandang kosong. Fikirannya melayang entah ke mana.

“Huh.” Keluhnya kasar. Matanya mula melihat ke langit.

Cantik pula bintang malam ini.

Dia melabuhkan punggung di meja santai yang terdapat ditepi kolam itu.

“Daddy nak kamu kahwin dengan dia. Berilah alasan apa pun , kamu dengan dia tetap akan berkahwin. Muktamad!”

“Tapi Lyne belum bersedia lah daddy. How could you do this on your daughter?”

“You have two choices. Choose which one. I do what I said.” Ugutnya.

“Fine! Tapi jangan harap perkahwinan Lyne macam orang luar sana.” Ujarnya kasar.

Dia tak suka , kenapa perlu paksa?

“Good.”

“Jauh termenung.”

Teguran itu membuat Arlyne tersentak. Bayang-bayang suara tadi pun sudah hilang.

“Apa?”

“Kau masih teringat lagi pasal tadi?” Soalnya lembut. Dia tahu keadaan adiknya, sudah tentu serabut memikirkan hal itu.

“Hm.” Balasnya ringkas.

Heykarl melabuhkan punggung berhadapan Arlyne. Matanya tidak lepas memandang raut wajah adiknya, kusut.

“Kenapa? Tak suka? Daddy takkan buat sesuatu tanpa sebab. Terima jelah Is tu, Along tengok budak tu baik orangnya. Along yakin dia mampu bahagiakan Lyne. Daddy pun bukannya masih muda nak menjaga Lyne, sudah dimamah usia. Along ni sebagai anak sulung nak nasihat sikit dekat Lyne, terima takdir yang jodoh Lyne tu adalah Is. Along pun sibuk tak sempat nak tengok Lyne. Lagipun suatu hari nanti along pun nak berumah tangga juga. Along bukan apa, Lyne satu-satunya adik beradik perempuan yang kami ada. Seeloknya kami mahukan yang terbaik untuk puteri tercinta kami.” Panjang lebar Heykarl menasihatkan Arlyne. Dengan harapan Arlyne akan mendengar nasihatnya.

Lidah Arlyne sudah kelu. Dia buntu. Kenapa orang suka mendesak tanpa mendengar rintihan suaranya? Dia juga berhak dalam hal ini.

“Lyne bukan tak suka. Lyne tak bersedia lah along. Lagi satu, dia dengan Lyne cuma sekadar kawan bukan sebagai pasangan.” Jelasnya. Semoga Along menerima jawapannya.

“Sebab itu je? Lyne... Cinta boleh dipupuk. Cinta selepas berkahwin seronok tau. Lagi erat hubungan.”

“Tapi along--” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya Heykarl sudah mencantas.

“Tak ada tapi tapi. Mummy berharap sangat Lyne terima. Lyne sanggup ke tengok mummy daddy kecewa?”  Kini dia gunakan nama mummy pula. Dia tahu Arlyne lemah bab mummy ni, cepat saja dia mengalah.

“Along... ” Entah kenapa malam ini dia rasa tidak ingin berkasar pula. Dia sudah serabut memikirkan hal ini.

“Terima dia. Terima takdir yang dia jodoh Lyne.” Pintasnya laju.

“Along tahu kan Lyne ni siapa? Kalau dia tahu dan tak nak terima Lyne macam mana?” Soalnya.

Ya. Itulah yang dia fikirkan dari tadi. Kalau Iskandar tahu siapa dirinya yang sebenar, sudah tentu dia tidak mahu berkahwin apatah lagi berkawan dengannya. Dia tahu Iskandar seorang lelaki yang baik, sepatutnya mendapat pasangan yang baik juga untuknya. Bukan seperti dirinya. Serba serbi kekurangan dan seorang pengganas. Mana mungkin Iskandar menerima nya.

“Sebenarnya Along pun fikir benda yang sama. Tapi tak apa selagi tak ada yang buka mulut, selagi tulah dia tak akan tahu. Jangan risau, along boleh cover nanti. Ray pun ada boleh tolong.” Ujarnya.

The Devil Arlyne Where stories live. Discover now