1. perihal kehidupan.

22.4K 1.2K 313
                                    

***

HIDUP bukan sekadar untuk berkata, makan, minum, mandi, membaca, atau apa apa sahaja yang bisa dilakukan manusia untuk kekal bernafas di dunia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


HIDUP bukan sekadar untuk berkata, makan, minum, mandi, membaca, atau apa apa sahaja yang bisa dilakukan manusia untuk kekal bernafas di dunia. hidup untuk mengajar diri erti sebuah keikhlasan, tanggungjawab dan cinta. untuk mendidik kesabaran dalam jiwa. untuk melalui segala fasa kehidupan dengan tabah dan rela.

itu, kalau ditanya kepada Bai Langit. ya, Bai. keluarga ini tidak menyebut Abang, tetapi Bai. semuanya bermula kerana Awan dan Laskar yang tidak bisa menyebut panggilan "Abang," tetapi asyik menyebut "Bai, Bai." hah, sampai ke sudah, Bai la jadinya. berbalik kepada Langit, ya, itu merupakan definisi hidup bagi beliau yang berjiwa puitis dan sastra.

tapi, kalau ditanya kepada Awan, Laskar, Bintang, Hujan, Alam, dan Bumi, lain jawapannya.

bagi Awan dan Laskar, hidup hanya sekali. makanya, harus diisi dengan perkara perkara yang membahagiakan. atau kata Laskar, "no galau galau." dih, entah anaknya dirasuk setan apa yang membuatkan anak itu dengan senang hati menolak kata sedih dari hidupnya. Awan, selaku adik yang lahir seminit lambat darinya cuma mengiyakan, kerana kata Laskar lagi, kembar itu harus selari cara pemikirannya. oleh kerana takut Laskar tidak akan membelanjanya aiskrim magnum perisa Red Velvet lagi, maka dia hanya menurut. menjadi adik kembar yang selalu mengalah dengan abang manjanya.

nah, kalau ditanya kepada Bintang, jawapannya mungkin yang paling keren. tapi, nanti dulu lah. soalnya Bintang takut kalah saing dengan abang serta adiknya yang lain.

Hujan menganggap hidup itu satu perkara yang sangat berat. katanya, untuk hidup itu mudah, sekadar tarik nafas, buang nafas, sudah. tetapi untuk meneruskan hidup itu yang payah, yang memerlukan perjuangan yang kuat tanpa lelah.  Hujan kurang enak kalau diajak bicara tentang tiga hal, yakni hidup, cinta, dan hati. soalnya dia cepat sensitif dengan perkara sebegitu.

bagi si adik kedua terakhir, Alam, hidup harus punya cita cita yang tinggi. supaya senang dan tidak susah untuk hidup di masa depannya. dengan cara dia mendiskripsikan kata hidup juga telah terbukti, Alam merupakan yang paling bijak dan berwibawa dalam keluarga. kedua selepas Hujan, kalau harus diberi penerangan lebih. soalnya Hujan itu ibarat sepupu kembar Albert Einstein. alias, PANDAI GILA NAK MAMPUS. jadinya, Alam selalu ingin menjadi seperti abangnya itu. yang punya segalanya, yang handal dalam semua perkara. jadi, Hujan layak mendapat anugerah Abang Paling Berguna dalam salasiah keluarga Semesta, kata Alam.

dan yang terakhir, Bumi, si bungsu. hidup? mudah. mau tau apa pendapatnya tentang hidup?

"hah? ini serius Bai Bintang tanya Bumi maksud hidup? lah. senang je. TALIA!! TALIA HIDUPNYA BUMI!!!!!" jeritnya sambil menyedut aiskrim soda di tangannya. Bintang memandang adiknya yang baru berumur 8 tahun itu jengkel.

"kenapa Talia?"

"ya lah, takkan nak jawab orang lain. Talia tu kan girlfriend Bumi. mestilah Talia tu segala galanya untuk Bumi. ya kan, Alam?" balasnya, menyiku lengan abangnya yang tua dua tahun darinya di sebelah.

di bawah langit Where stories live. Discover now