***
PULANG ke rumah.
perkara terberat yang harus dihadapi oleh keenam-enam mereka di hari yang penuh gundah itu.lagi lagi, apabila menyedari, tiada lagi sosok Langit di pintu rumah. yang akan menyambut mereka dengan senyuman hangat, tangan yang terbuka luas, elusan di kepala serta tawa yang sangat mesra.
sewaktu mereka kecil, ketika mereka masih belum matang dan dewasa, Langit lah yang selalu bertanyakan khabar mereka. pulang dari sekolah merupakan hal yang paling mereka tunggu, kerana mereka tahu, ada insan yang sedang menunggu dengan sabar kepulangan mereka.
"Bai Langit!" jerit Alam dan Bumi, berlari-lari ke dalam pelukan sang abang. Langit tertawa kecil, mengusap kepala mereka dengan penuh kasih sayang.
"harini, ada apa cerita?" soalnya.
"Bai Bintang kacau Alam lagi. ish, Alam tak suka la dia tu. sikit sikit nak sakat orang." adunya. Bintang yang baru tiba bersama dengan Hujan mencebik.
"HALAH, MENGADU JE KERJA!"
"BIARLAH!" balas Alam semula.
"tulah, orang suruh jalan dengan Bai Hujan taknak. nak ikut lagi Bai Bintang korang." sampuk Hujan dari belakang. dalam hati, ia tertawa lucu. mengenangkan nasib Alam yang tak habis habis disakat oleh abangnya yang satu itu.
mana taknya, si Bintang tadi buat kerja gila. dipanggilnya si Tisya, kekasih lama Alam tadi untuk diberikan tazkirah dua minit. "kenapa Tisya tak suka Alam? Alam baik tau. dia kalau tidur selalu peluk beruang. soft-soft je, kan? Tisya tak suka ke lelaki soft macam Alam?"
sudahnya, Alam berasa malu bukan kepalang. ditariknya Bintang jauh selepas ia meminta maaf secara berterusan kepada Tisya atas keterlanjuran abangnya.
Langit tersenyum. digeleng-geleng kepalanya sekali sebelum memimpin Alam dan Bumi masuk.
"jom! siapa nak Bai Langit buatkan aiskrim?"
"NAK! NAK! NAK!"
"AKU NAK JUGAK!" pekik Awan dari atas. dia pantas berlari ke bawah dengan senyuman senget di bibirnya. Laskar yang sedang menyapu tangga itu hampir hampir jatuh kerana disonggol Awan.
"HISH! AWAN! HATI HATI LAH! JATUH AKU NANTI!" marahnya. Awan hanya tersenyum licik.
"jatuh apa? JATUH CINTAAA~"
"HAHAHAHHAAHHAHAHAHA, BENGAP!" tawa Bintang dari luar. sudahnya, satu keluarga itu gelak besar. semuanya kerana ulah masing masing yang tak habis habis menyakat sesama mereka.
keenam-enam mereka merenung pintu rumah yang tertutup. tiada siapa yang berani membuka, kerana takut realiti yang bakal menghentam. tatapan sayu cukup lama diberikan kepada pintu berwarna coklat tua itu.
"aku tak boleh masuk." ucap Bintang. "aku tak boleh masuk, Bai. aku tak sanggup." katanya, berpaling ke arah lain.
Laskar dan Awan hanya mengeluh, kini mereka mulai mengatur langkah untuk masuk ke dalam perkarangan rumah. dikumpul kekuatan sebelum memulas tombol pintu, membuka luas sehingga menampakkan ruang tamu yang kosong.