***
BINTANG mungkin tidak dapat menterjemahkan maksud kehidupan lewat kata, kerana Bintang tidaklah sepuitis Langit. tidaklah secerah Awan, sekuat Laskar, selembut Hujan, sepintar Alam, dan seriang Bumi. sungguhpun begitu, Bintang punya cara yang lain untuk menggambarkan kehidupan—yakni dengan melukis.kata kata memang berguna, tetapi hakikinya, kata pada akhirnya hanyalah tinggal kata. manusia pada zaman dasawarsa ini terlalu egois untuk memahami maksud sebuah ungkapan, namun begitu, hati mereka tidak dapat menipu kalau sesuatu yang sentimental dapat mencuit akal dan jiwa halus mereka. lukisan punya seribu satu cara untuk dipandang dan dilihat, namun, melalui perspektif berbeza, maksud yang sama dapat ditafsir oleh setiap insan di dunia.
selain itu,
lukisan juga bakal berkekalan selamanya.sejak awal, Bintang menjanjikan gambaran hidup yang jauh lebih keren, kerana takut kalah saing dengan adik beradiknya yang lain. Bintang dan sifatnya yang sangat kompetetif, selalu ingin kedepan dalam segala perkara. namun anak itu sendiri tau, tidak semua perkara mampu seorang manusia lakukan.
suatu hari, Bintang duduk bersimpuh di sebelah Langit, membawa lukisan pertama yang ia lukis lalu menunjukkannya kepada si sulung dengan bangga.
"Bai! tengok!"
Langit tersenyum tipis, membelai suraian lambut Bintang perlahan."wah. cantiknya Bintang lukis." ungkapnya, ikhlas. Bintang tersengih.
"Bai, bila Bintang dah besar, Bintang nak jadi pelukis terkenal di dunia. Bintang nak lukis banyak banyak, lepastu Bintang nak bukak muzium, nak tunjuk lukisan Bintang dekat seluruh alam semestaaa!!" katanya, mata Bintang berbinar dengan terang sementara tangannya mendepa ke atas. Langit tertawa gemas.
"hm, Bai besar nanti nak jadi apa?" soal anak polos itu. Langit terdiam sebentar, lalu termangu di ruang tamu yang sederhana besar itu.
untuk budak kecil yang baru berumur lapan tahun seperti Bintang, hal itu mungkin dikira sepele buatnya. tetapi aneh, untuk seseorang remaja berumur 14 tahun seperti Langit, dia tidak punya sebarang jawapan buat pertanyaan itu.