***
JIKA mahu diceritakan perihal kejayaan, mungkin, Hujan yang akan paling maju kedepan. kalau tentang hidup dan manusiawi, Langit pasti akan berada di carta paling tertinggi. soal tanggungjawab, kebahagiaan, keadilan sesama insan, Awan dan Laskar, si kembar yang paling mengerti. tentang dunia dan hidup, Bumi dan Alam yang bahkan masih kecil itu mungkin akan menyebut diri mereka paling jago hal hal sebegitu, meskipun apa yang mereka tahu, asalkan kita satu keluarga, apapun bakal direntangi dengan mudah.tetapi soal percintaan, semuanya bakal kalah dengan Bintang Arasyah. ya, mungkin, Langit punya kasih sayang, Awan dan Laskar punya gengsi diri yang mampu diluluh kalaupun seorang perempuan berbuat baik dengan mereka, mungkin juga kerana Hujan punya segala yang wanita idamkan. bahkan, Alam juga tidak mampu membuktikan cintanya kepada Tasya sehingga gadis itu berjaya direbut oleh sang putera yang lain. Bumi, budak kecil yang masih begitu awal untuk mengenali hal hal berkaitan dengan percintaan.
kerana apa? Bintang yang paling jauh berjuang, paling teguh berdiri di bawah nama cinta, paling setia di antara semua.
kalaupun ditanya kepadanya, "oit, Bintang. apa yang menarik dekat kau ek?" mungkin, lelaki itu hanya akan tertawa kecil sebelum bergurau senda dengan temannya.
tetapi kalau disebut, "Puteri Alishai," di hadapannya, automatis bakal dibetulkan kedudukan malasnya, senyuman selebar hingga ke telinga sebelum bibirnya mula bercerita tanpa henti tentang gadis itu.
tentang cantiknya dia, bijaknya dia, lucunya dia. tidak ada satupun kata negatif yang berjaya lolos dari mulut sang lelaki bucin itu. semua perihal baik tentang Puteri bakal disebut dan dibanggakan kepada mereka semua.
cuma yang sadis, hati gadis itu sama sekali tidak pernah jatuh kepada pesonanya. kalau Bintang mahukan kesederhanaan tetapi bahagia, Puteri mahukan yang lebih. jika Bintang ingin memberinya dunia, dia mahukan semesta. tidak pernah cukup, apapun yang Bintang lakukan tidak akan nampak setara di mata gadis itu.
lahir dari keluarga yang berprestij, sama taraf dengan bangsawan, membuatkan Bintang kelihatan jauh lebih kecil. seperti langit dan bumi. yang tinggi dan yang rendah. yang paling dewasa dan yang paling tidak mengerti dunia.
Bintang tidak pernah mengeluh, setiap kali Puteri inginkan dirinya membelikan sehelai baju berjenama yang harganya mencecah puluhan ringgit.
"Bintang, Puteri nak baju yang tu boleh?"
"lah, kalau Puteri nak satu kedai ni pun, Bintang boleh beli. tapi kena sabar dulu la. lepas lima tahun, siapa tahu, Bintang jadi Perdana Menteri. dah kaya kaya baru boleh bina istana macam dalam cerita Beauty and the Beast tu untuk Puteri." balasnya dengan bangga. Puteri merasakan hal itu lucu, lalu dipukulnya lembut bahu lelaki itu dengan beg sekolahnya. Bintang hanya tertawa geli.