***
AWAN punya personaliti yang sangat tenang dan ceria. anak itu tumbuh dengan sempurna, dengan tunjuk ajar Langit, serta memori indah bersama adik dan abangnya yang lain, Awan membesar dengan penuh disiplin dan kasih sayang. Awan sentiasa berpandangan jauh, memisahkan keburukan dan hanya melihat kebaikan. sentiasa cerah. Awan sentiasa cerah.
Awan punya satu abiliti, ataupun keistimewaan yang tidak semua ada. Awan boleh berhubung dengan haiwan, atau memahami bahasa mereka. aneh, tetapi benar. sejak kecil, Awan kerap kali berkomunikasi dengan binatang. terutama sekali kucing.
hari itu, langit cukup biru, awan berarak dengan cukup selari. bahkan, hembusan angin pada pagi itu juga terasa sangat menenangkan. Awan keluar dari kafenya, membawa plastik sampah di tangan sembari mendongak ke arah langit. senyuman nipis terbit di bibir, Awan sukakan cuaca yang baik. padanya, cuaca yang baik melambangkan hari yang baik.
Awan menuju ke arah tempat bungkusan sampah di belakang kafe, lalu membuang sampah itu. dia menepuk-nepuk tangannya, menghilangkan debu si tangan. sebelum masuk ke dalam, tiba tiba, ia dihampiri dengan seekor kucing hitam.
kucing itu tampaknya bertuan, ia punya loceng di lehernya dan struktur wajah yang sangat comel. matanya biru, dan bulunya sangat bersih. Awan mematikan hasratnya untuk masuk ke dalam, lalu menunduk sedikit. membelai kepala kucing itu.
"comelnya. kau sesat ke, meow?" soalnya. kucing itu mengiau perlahan. Awan tersenyum. tidak mengerti maksud kucing itu.
kerana Awan hanya faham bahasa haiwan yang telah mati. ya, selama ia hidup, Awan mampu memahami bahasa haiwan, tetapi bukan binatang yang masih hidup di atas muka bumi ini. kadangkala, Awan tidak suka akan perkara itu. hatinya yang sensetif sangat membenci melihat atau mendengar perkara yang menyedihkan. tetapi semakin lama, Awan telahpun lali dengan perkara itu.
"meow..." kucing itu mengiau lagi.
Awan menoleh ke kiri dan kanan.
"aduh, meow. sorrylah. aku takboleh tolong. aku kena masuk kafe balik, kerja. nanti Laskar ingat aku curi tulang pulak." ujar Awan penuh kesal. kucing itu hanya menatap penuh hairan, lalu terus mengiau dengan sedikit kuat. Awan menggaru tengkuknya yang sedikit berkeringat.
lalu, Awan menyeluk sakunya yang terisi plastik terkandung biskut kering. dibuka plastik itu perlahan-lahan, lalu digapainya biskut kering lalu mematahkannya menjadi cebisan cebisan kecil. Awan menabur biskut itu ke atas jalan, di hadapan kucing hitam itu.
"kau makan biskut tak ek..." soalnya sendirian. pada mulanya ia ragu, namun setelah kucing itu datang menghampiri dan mula memakan, Awan menghela nafas lega. senyuman yang sama terbit di bibir sambil tangannya mengelus-elus kepala kucing itu.
"meow........"
"terima kasih..."Awan mengetap bibir. elusan di kepala kucing itu terhenti, dan perlahan-lahan, ia merenung kucing itu dalam diam. lidahnya terasa kering, dia tidak mampu mengucapkan kata apa apa. sebelum akhirnya suara pekikan di hadapan kafe, di atas jalan raya terdengar, menyentakkan lamunannya.