***
KETUJUH beradik akhirnya telah siap, dengan sarung pelikat dan songkok di kepala. lokasi tahajjud mereka berlangsung di ruang tamu, kerana ruangnya cukup luas dan besar. pada sepertiga malam itu, Langit selaku abang sulung yang menjadi imam buat adik adiknya.
suara syahdu milik sang sulung berkumandang, membaca surah surah yang lumayan panjang di setiap rakaat. yang lain khusyuk mendirikan solat sebagai makmum, dan akhirnya, solat sunat tahajjud sebanyak dua rakaat itu berjaya diselesaikan.
selepas memberi salam, Langit mengajak adik adiknya berzikir. memuji nama-nama Allah dengan tawaduk. setelah itu, Langit mengangkat tangan lalu meminta doa.
"Ya Allah, ampunkan dosa dosa kami. ampunkanlah dosa kedua arwah mama dan papa kami. ampunkanlah dosa adik-adik, abang abang kami. ampunkanlah dosa sahabat-sahabat kami, dan seluruh umat Islam tidak kira yang masih hidup atau sudah meninggal dunia. jauhilah kami dari perkara yang melalaikan, zina dan maksiat, serta hati yang penuh dengan hasat dengki. jadikanlah kami hambamu yang soleh. innama amruhu izza arodha syai' an ay yaku lallahu kun..."
senyap.
masing masing mula memejamkan mata, berdoa atas keinginan masing masing di dalam hati.
di antara semua, Langit menitiskan air matanya. doa yang dirapalkan itu telah menjadi doa yang selalu dia pinta sejak kehilangan kedua orang tuanya.
'Ya Allah, kuatkanlah aku untuk menjadi abang yang tarbaik buat adik-adikku. kuatkan aku, ya Allah. kuatkan aku."
"...fayakun." suara itu terdengar bergetar saat dia menghabiskan kalimat itu, dan keenam-enam adiknya menyedari hal itu.
setelah mengaminkan doa, Langit memusingkan badannya. memandang wajah satu persatu keluarga yang ia masih ada.
"Bai menangis lagi?" soal si bongsu. Langit tersenyum hambar.
"adik adik Bai, Bai minta maaf ya kalau Bai ada kurangnya." katanya.
"mana ada! Bai abang terbaik yang Alam pernah ada." potong Alam dengan wajah yang meyakinkan. Bintang mencebik.
"oh, Bai Langit je la. kami yang lain, tak?" soalnya.
"semua abang terbaik Alam. tapi Bai Bintang je tak." balas Bumi polos. si kembar Awan dan Laskar mula mengkekeh.
"tula kau! kacau lagi budak budak ni. kan diorang tak sayang." ejek Awan. Laskar mengangguk setuju.
"tu la tu. Alam dengan Bumi paling sayang siapa lepas Bai Langit?" soal Laskar. Bumi terdiam sejenak, manakala Alam telahpun bangun dan memeluk Hujan di sebelahnya.
"BAI HUJAN!" katanya. Hujan tersenyum, sembari mengelus belakang adiknya perlahan.
"HAHAHAHAHA, DIA TAK SAYANG KORANG PUN BAI! DIA SAYANG HUJAN!!" tawa Bintang pecah. wajah Laskar serta merta jatuh, manakala Awan mengeluh.