Kechekak!
Butang kamera Sony a7 miliknya ditekan. Ternganga kecil gadis itu melihat hasil gambar yang ditangkapnya sebentar tadi. Hidung sudah kembang kempis, bangga.
"Wah, cantik! Well, macam tuan dia lah kan? Ahaks!" Sempat mulut memuji dirinya sendiri. Angkat bakul sendiri tak salahkan? Sedang dia leka menikmati permandangan di pantai itu, Azan yang berkumandang di dalam telefonnya menandakan masuknya waktu solat fardhu zohor.
Pantas semua yang dilakukannya tika ini diberhentikan dengan segera. Kaki terus melangkah mencari masjid yang berdekatan. Maklumlah, di Bangkok susah ingin mencari masjid. Ya benar, dia seorang mahasiswi yang dihantar ke Bangkok selama dua bulan untuk mengkaji agama disini.
Baru kaki ingin melangkah masuk ke dalam masjid, mata terlihat satu sosok tubuh seorang jejaka yang sedang berbaring di bangku berhadapan dengan masjid itu.
Nur Ainnatul Jannah, seorang yang sudah diterapkan dengan ilmu agama sejak kecil lagi. Pantang nampak orang yang melambatkan solat, pantas dia akan menegur. Kaki diaturkan ke arah jejaka yang sedang tertidur itu.
"Encik, bangun. Dah masuk waktu solat." Hanya suara sahaja yang digunakan untuk membangunkan jejaka itu.
"Hm." Balas jejaka itu disebalik cap hitam yang menutupi wajahnya.
Ain memincingkan matanya melihat jejaka itu. Sakit pula hatinya apabila mengejut seseorang tetapi memberi respond begitu. Sama seperti Adam, adik lelakinya."ASSALAMUALAIKUM ENCIK! BANGUN, DAH MASUK WAKTU SOLAT ZOHOR! TAK BAIK MELEWAT- LEWATKAN SOLAT!" Jerit Ain kuat di telinga jejaka itu. Pantas badan yang tadi baring kini tegak duduk di bangku itu. Tajam mata mencerlung Ain yang hanya memasang raut wajah tidak bersalah.
"Kau apahal perempuan?" Dingin jejaka itu menyoal. Mata digosok-gosok lembut apabila cahaya matahari menerpa masuk ke dalam anak mata.
"Saya nak kejutkan encik. Nyenyak betul tidur sampaikan waktu zohor dah masuk pun tak sedar," perli Ain pedas. Jejaka itu melipatkan tangannya ke dada.
"Then? Apa kena mengena dengan aku?" Terbeliak biji mata Ain mendengar. Sebelah tangan naik menutup mulut.
"Astaghfirullah encik! Semua umat Islam wajib menunaikan solat fardhu!" Balas Ain dengan nada yang agak tinggi. Jejaka itu masih lagi kekal dengan wajah kelat tanpa secalit senyuman dibibir.
"But I'm not Islam. I'm an Atheist, idiot." Tangan menunjukkan rantai hitam yang bercorak simbol Atheist. Hampir sahaja biji mata Ain terkeluar apabila melihat rantai yang dipakai jejaka itu. Ops!
"Oh sorry encik. Saya ingatkan encik Islam sebab..."
"Apa, melayu sangat ke muka aku ni?" Seperti dapat mengagak apa yang bermain dikepala Ain. Pantas terangguk-angguk kepala yang bertudung itu.
Niel Zayder, seorang jejaka berkacukan melayu dan cina. Wajah lelaki itu langsung tidak kelihatan seperti seorang Chinese. Tetapi kalau pandang untuk kali kedua, rasanya adalah iras-iras Minghao.
"Encik tipu kan?" Nakal nada suara gadis itu menyoal. Jari telunjuk bermain-main di hadapan wajah dingin Niel. Niel menjeling.
"Niel Zayder. Ada dengar macam nama melayu ke?" Ain tersengih sebelum kepala digeleng berkali-kali.
"Hehe takde." Balas Ain dengan nada biasa.
"Hm encik ni ada mix ke?" Soal Ain ingin tahu. Niel mengangguk malas. Barangnya yang bersepah di atas bangku itu disimpan ke dalam sling bag berwarna hitam miliknya.
"Kenapa encik datang sini?" soal Ain lagi.
"Encik pun pelajar university macam-"
"Eh, kau tutup mulut longkang kau boleh tak? Bingit telinga aku," cantas jejaka itu kasar. Tajam mata sepetnya menikam iris hazel milik Ain. Ain juihkan bibir.
YOU ARE READING
Cinta Seorang Atheist.
Romantik"Memilikimu adalah kesulitanku." Niel Zayder, seorang yang tidak mempunyai agama. Dia bingung tidak tahu yang mana satu tuhan yang sebenar-benarnya. Berbagai cara dia lakukan untuk mencari agama yang harus dianuti. Pertemuannya secara tidak sengaja...