7

9.2K 817 79
                                    

Tergesa-gesa Ain mendandan dirinya dihadapan sebuah cermin meja solek. Matanya tidak lepas daripada memandang jam yang tergantung elok di dinding.

8.50 malam.

Ain mengigit bibir bawahnya. Aduh, macam manalah dia boleh terlelap pula ni?! Tak pasal si budak Haina itu pergi sendiri. Confirm merajuk teruk ni. Ain melepaskan keluhan berat. Pantulan dirinya di cermin itu dipandang.

Blouse berwarna putih dipadankan pula dengan skirt labuh hingga buku lali yang berwarna biru lembut. Untuk tudung pula, dia hanya mengenakan tudung bawal yang sama warna dengan skirt-nya. Wajahnya hanya ditempek bedak silky white dan bibirnya di oles dengan lip balm supaya tidak kelihatan pucat.

Okey, cukuplah dia berdandan sikit-sikit. Lagipun dia temankan Haina saja. Lantas tas tangan berwarna kuning air disambar sebelum kedua belah kaki itu berlari anak menuju ke kereta Myvi-nya.

AIN rasa seperti hendak naik angin saja tika ini. Sudah tiga kali dia berpusing dalam kawasan parkir kereta itu tapi malangnya dia langsung tak jumpa kotak parkir yang masih kosong. Semuanya penuh!

Ain mendengus geram. "Nak kata gaji, baru 19 hari bulan. Nak kata dapat apa-apa duit bantuan dari pihak kerajaan pun tidak. Sudah tu, kenapa semua orang keluar makan hari ini! Ugh," leternya seorang diri.

Kepala tertoleh kiri dan kanan, masih lagi mencuba nasib. Tapi kalau pusingan keempat pun fail, pigi dah! Ana balik rumah terus. Huh!

Sibuk diri dia mengomel sendiri, tiba-tiba matanya bersinar bahagia. Bibir yang tadinya mencebik, sudah tersenyum hingga menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.

Bingo! Jumpa parking! Laju dia menekan pedal minyak ingin menuju ke kotak parkir tersebut. Tetapi kelajuan keretanya diperlahankan apabila sebuah kereta Honda Civic hitam berhenti beberapa meter di depan keretanya.

Cermin kereta itu ber-tinted gelap, menyukarkan dia melihat wajah gerangan pemandu. Tapi dia yakin 99.9 peratus, tuan pemilik kereta itu ingin 'mencuri' kotak parkirnya. Oh, jangan harap!

Sedikit demi sedikit, dia cuba merapat dengan kotak parkir itu dan semestinya pemandu kereta Honda itu juga melakukan perkara yang sama. Ain melepas helaan nafas geram Aish, tak boleh jadi ni...

Ting!

Satu idea bernas terlintas di benak fikirannya. Ain tersenyum sumbing. Main gunting batu kain! Siapa menang, dialah dapat parking tu kan? See, fair and triangle!

Lantas tingkap cermin keretanya diturunkan. Tangan dibawa keluar dari tingkap keretanya. Ain memberi isyrat tangan, di dalam hati dia berharap jejaka itu faham dengan apa yang dia maksudkan.

'Gunting.' Isyarat tangan yang pertama.

'Batu.' Isyarat yang kedua.

Dan...

'Kertas.' Isyarat yang ketiga.

Dan seterusnya dia membuat isyarat tangan 'thumb up or thumb down?'

Lama dia menunggu jawapan dari empunya kereta itu. Ain mencebik bibir. "Apa yang lama sangat fikir ni? Orang dah lah lambat, dia lengahkan masa pula." Ini yang membuatkan dia nak mengamuk ni.

Selepas beberapa minit dia 'menyidai' Ain disitu, akhirnya dia membawa keluar tangan dari cermin keretanya dan mengisyaratkan 'thumb up'.

"Yes! Terima pun. Buat keputusan simple pun lambat," omel Ain dengan nada tidak semarah tadi.

Tidak melengahkan lagi masa, kedua-dua manusia itu membawa keluar tangan masing-masing dari cermin tingkap mereka. Tangan mula digoncangkan...

"Gunting batu kain!" Ain memilih untuk membuat 'kain' manakala empunya kereta itu pula...

Ain memandang kearah tangan kaku pemilik kereta itu. Semakin melebar senyuman dibibirnya apabila melihat isyarat 'batu'. "YES! MENANG!" Bersorak gembiralah wanita itu.

Stereng kereta dipusingkan dan keretanya sudah terparkir elok di dalam kotak putih itu. Kereta Honda itu? Ah, mestilah sudah pergi. Dengan muka bangga, dia melangkah keluar dari kereta Myvi-nya itu.

SEMENTARA itu, Niel sudah keluar dari tempat parkir itu. Bengang, sentap, semua adalah! Dia meramas rambutnya yang menutup bagian dahinya ke belakang. "Argh, parking aku! Tak adil langsung main game tah pape." Sudah kalah tak mahu mengaku pula...

Telefon yang terletak di tempat penumpang disebelahnya diambil sebelum dia mendail nombor telefon seseorang. Pembesar suara ditekan.tak lama dia menunggu sebelum panggilan dijawab oleh pihak sana.

"Weh Niel, kau kat mana ni? Kawan Haina pun dah on the way. Yang kau setengah jam lepas kata on the way, batang hidung pun tak menjelma lagi." Terkedip-kedip mata sepet lelaki itu.

Wah, dengan salam apa tak ada terus serang ek? Bertubi-tubi pula tu! Niel berdehem ringkas. Sabo kojap... Bia raku 'ajar' sikit.

"Assalamualaikum. Cantik adab kau. Angkat telefon terus serang ya? Patutlah mak mentua berkenan." Ha ambil kau. Sekali bagi, memang boleh makan hati setahun. Mulut berbisa Niel Zayder, siapa berani lawan?

Kedengaran suara tawa kekok daripada Arjuna. Tak payah tengok muka pun dia sudah tahu, Arjuna sedang tersengih kambing. Mungkin kambing lagi elok.

"Waalaikumussalam... Taklah, aku nervous jumpa Haina. Yang kau tak sampai-sampai lagi dah kenapa?" soal arjuna dengan nada tertanya-tanya.

"Cancel. Kasi tahu Haina, aku tak boleh join malam ni. Ada toyol curi tempat parking aku." Tenang dan padat. Tiada rasa-rasa sebersalah langsung.

"What? Toyol? Kau mabuk ketum ke, Ni..."

Tut. Tut. Tut.

Selamat. Selamat dia sudah matikan panggilan itu. Buang masa saja bercakap dengan Arjuna sengal tu. Hatinya masih terbakar dengan insiden tadi.Ugh, siapa pun pemandu tu, Niel sumpah dia tersedak minum air! Ah, geram!

TBC.
5/6/24.
Selawat sayang, jangan lupa.

Cinta Seorang Atheist.Where stories live. Discover now