Naik buntu Ain tika ini. Serabut kepalanya memikirkan di mana dia ingin tinggal untuk malam ini? Masih terngiang-ngiang sahaja di telinga kata-kata Fei di dalam panggilan tadi.
"Hello Ain. Where are you?" Soal Fei dengan nada serius.
"Fei! I'm on my way home. Why?" Kening Ain bertaut hairan apabila mendengar keluhan berat terlepas di dalam talian.
"Listen here. You have to leave my house today, Ain. My brother came back home today." Terhenti langkah Ain. Tubuh mengeras kaku di situ.
"I'm not driving you away, okay? I just don't want him to do anything bad to you. You understand it, right?" Suara Fei jelas kedengaran resah. Mungkin takut kawan baiknya salah faham.
Ain hanya tergelak palsu.
"Yeah sure."
Dia memandang beg-beg ditangannya. Serupa kena halau rumah pula aku ni. Kepala yang tidak gatal digaru.
Bukan dia tak nak menempah hotel di sini tetapi di kawasannya tika ini terlampau banyak hotel yang tidak sesuai untuknya.
Ya Allah bantu hambaMu ini. Esok aku ada kelas...
Seperti rintihan hati didengar Sang Penciptanya, elok sahaja kepala diangkat, matanya dihiasi dengan satu hotel yang tinggi.
NZ Hotel.
Terus bibir menarik senyuman lebar. Siapa sahaja tidak kenal dengan hotel mewah itu? Hotel yang sangat mementingkan kepada pelancong-pelancong yang beragama Islam.
Dia hela nafas lega. Terima kasih Ya Allah!
Mata jatuh memandang jam yang melilit tangan. Dia perlu menempah bilik hotel secepat yang mungkin. Terus kaki kecil itu berlari masuk ke dalam hotel gah itu.
Setelah seharian menghabiskan masa diluar, akhirnya dia melabuhkan punggung di atas katil empuk.
Nasib dia sempat menempah bilik hotel ini. VIP pun, VIP lah. Nak buat macam mana kan?
"Nasiblah aku nak tinggal sehari je lagi dekat Bangkok ni. Kalau tak, memang jadi gelendangan lah aku dekat negara orang." Monolognya seorang diri.
Laptop dibukanya. Niatnya ingin menghabiskan assignment yang diberi oleh Puan Anya, lecture di kolejnya.
Tetapi hanya untuk sesaat, laptop riba ditutup Ain kasar. Mulut berdecit geram. Hilang semua mood rajinnya ingin menyiapkan assignment yang serupa Gunung Kinabalu.
"Apa masalah orang bilik sebelah ni? Pukul 12 tengah malam buka lagu rock metal dah kenapa?! Kalau ya pun, pakai lah earphone. Ini tak, buka kuat-kuat bagi semua penghuni hotel dengar sekali!" Omel Ain geram.
Badan direbahkan dikatil empuk hotel itu. Kedua belah telinganya ditekup dengan bantal tidur.
Mata dipaksa tutup serapat yang mungkin.
Selama 15 minit berkeadaan begitu, Ain bangun dari pembaringannya. Tak boleh jadi ni.
Makin lama, makin kuat.
Tudung sarung berwarna hitam disarung menutup rambut ikal mayang miliknya. Tidak dilupakan juga handsock berwarna putih disarung di bahagian dalam lengan baju tidurnya.
Diri sudah membuat keputusan ingin berjumpa tuan punya badan. Berani betul dia mengganggu masa tidur Ainnatul Jannah.
Kaki melangkah kearah bilik yang memasang lagu tersebut. Mulut ternganga sedikit apabila melihat arah bunyi lagu itu.
"Mak ai! Patutlah kuat sangat. Sebelah bilik aku saja!" Tanpa ragu-ragu, tangan Ain naik mengetuk pintu bilik yang bernombor 555. Dahi berkerut apabila pintu bilik itu masih tertutup rapat. Telinga tak function ke tuan bilik ni?
YOU ARE READING
Cinta Seorang Atheist.
Romance"Memilikimu adalah kesulitanku." Niel Zayder, seorang yang tidak mempunyai agama. Dia bingung tidak tahu yang mana satu tuhan yang sebenar-benarnya. Berbagai cara dia lakukan untuk mencari agama yang harus dianuti. Pertemuannya secara tidak sengaja...