Prolog

1.9K 107 4
                                    

Niel diam menghayati angin sepoi-sepoi bahasa menampar kulit kulit badannya. Rasa tenang saja berada di Pantai Koh Larn, menenangkan fikiran yang kian hari makin serabut. Seperti tiada penghujung!

"Mana Kau?" perlahan saja ayat itu keluar dari celahan bibir delimanya.

"Semua yang aku tatap ni, pasti ada Penciptanya. Tapi siapa Penciptanya?" mulut itu menggumam perlahan. Menyoal dirinya sendiri meskipun tiada jawapan yang dia perolehi.

Untuk seketika, tawa kecil pula terlepas dari bibir munggilnya. Terasa terhibur apabila berasa dirinya sedang dipermainkan oleh Tuhan.

"Kenapa ya? Kenapa aku? Kenapa Kau lahirkan aku tanpa bagi aku mengenali Kau sepertimana mereka yang lain? Kenapa? Aku letih. Aku letih berteka-teki. Aku tahu Kau wujud, aku tahu Kau ada. Tapi kenapa?" Jejaka itu berhenti berkata apabila dadanya terasa sesak. Sakit dadanya apabila dihuni sebak. Dia cuba menahan, tapi hampa. Air matanya mengalir lagi.

"Kau hidupkan aku untuk 23 tahun. Untuk 15 tahun, aku cari Kau. Aku tak pernah jemu walaupun mummy tak izinkan aku ambil tahu tentang Kau. Kenapa kau tak pandang usaha aku? Kenapa kau biar aku rasa sakit macam ni? Kenapa?!"

"Mungkin sebab Allah nak awak lebih mengenali Dia berbanding mereka yang lain."

Niel terkedu. Mengeras tubuh badan dia tidak ubah seperti sebuah patung. Alamak, macam mana boleh ada yang faham pula apa yang dia sedang meluah pula ni?!

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya," sambung gadis itu.

"Saya ada tertinggal buku disini. Maaf saya terdengar luahan awak. Saya pergi dulu. Fi amanillah (Semoga engkau dalam perlindungan Allah SWT)," pamit gadis itu lembut walaupun sedikit tergesa-gesa.

Niel tidak menoleh bahkan tidak membalas sepatah perkataan pun pada gadis itu. Di telinganya terngiang-ngiang ayat yang baru disebut oleh gadis itu. Hatinya yang tadi dilanda kesedihan yang hebat, kini mulai tenang dengan semangat baru. Bibirnya membentuk senyuman tanpa sedar.

"Terima kasih, jannah."

Cinta Seorang Atheist.Where stories live. Discover now