5

6.9K 734 41
                                    

"Huft... Huft... Mana kau Jannah...?" Terbongkok-bongkok badan jejaka itu dek kerana letih berlari. Tercungap-cungap dia cuba mencari oksigen yang hilang. Jam di tangan di kerling. Jarum pendek sudah tepat berada di angka tiga.

"Miss Ain's flight is at 3.30, Mr Niel."

Terngiang-ngiang di telinga suara Lisa memaklumkan perkara tersebut. Dengusan nafas kasar dilepaskan. Telefon yang berada di dalam saku seluar diambil. Nombor yang tertulis nama Arjuna ditekan. Telefon automatik dilekap ke telinga.

"Hello?"

"Arjun, kau dah jumpa dia?"

"Belum lagi tuan." Niel lepas dengusan kasar mendengar balasan dari kawan baiknya. Dalam hati sudah sumpah seranah dek kerana tidak berpuas hati.

"Lembablah kau buat kerja! Aku pecat kau!" bentak jejaka itu penuh geram sebelum jarinya mematikan panggilan. Buang masa saja bercakap dengan manusia tu. Tak membantu.

"Jannah, where you are? Kau dah blah ke?" monolognya sendirian. Mata masih melilau mencari kelibat insan istimewa itu dibalik ribuan orang di lapangan terbang. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia masih lagi tercari-cari sosok tubuh gadis itu. Sedangkan gadis itu tiada keistimewaannya pun. Hanya... hadir dalam tempoh yang sangat singkat.

Tempoh yang singkat. Tapi menyimpan perasaan yang pasti akan berkekalan selamanya.

"Ya Allah..." Satu kalam agung itu keluar dari celahan bibir delima Niel. Kalimat itu secara tiba-tiba saja terlintas di fikirannya tika dia buntu saat ini. Niel sendiri terkedu dengan ayat yang baru dia sebut sebentar tadi.

"Apa aku merepek ni?" Bibir ditampar berkali-kali. Kau tak layak sebut nama suci itu, Niel...

"Encik?" Sapaan secara tiba-tiba itu buatkan Niel tercengang sesaat. Sepantas kilat, dia menoleh memandang ke arah empunya suara lembut itu. Seorang gadis yang menyarungkan kaftan hitam bersama tudung shawl yang dililit labuh hingga ke paras pusat itu menghiasi iris Niel.

"Jannah..." Perkataan itu terkeluar spontan. Hati berasa lega apabila melihat wajah tenang gadis di hadapannya. Ain yang tidak pandai membaca situasi itu masih lagi terkebil-kebil memandang Niel dihadapannya. Dia toleh kiri dan seterusnya menoleh ke arah kanan. Wajah gadis itu seperti selalu... penuh dengan tanda tanya.

"Encik ni dah kenapa? Nampak hantu ke? Ada anak toyol ke sebelah saya ni?" sembur Ain senafas. Pelik juga dia dengan Niel ini. Pandang dirinya seperti hendak makan saja. Pandangan redup Niel sebentar tadi secara drastik berubah kepada pandangan sinis. Bibir juga naik menyenget.

"Apa? Kau ingat aku datang sini semata-mata nak cari kau ke hah?" soal jejaka itu dengan sinis sekali. Tangan kemas memeluk badan sendiri. Ain dihadapannya hanya mempamerkan wajah tenangnya.

"Saya tak kata pun awak datang sini cari saya. Tiber," bidas gadis itu selamba. Niel ketap bibir. Sendiri cari pasal, sendiri tanggung malu. Tak semena-mena telinga jejaka itu berubah merah. Sabar Niel, hilang macho kau nanti. Bisik pada dirinya.

"Flight kau pukul berapa?" Sengaja cuba mencari topik ingin berbual dengan Ain. Walaupun hakikatnya dia tahu Ain sejenis manusia yang....

"3:30 petang." Simple jawapan yang diberi. Tanya sepatah, jawapannya pun wajib sepatah. Lainlah kalau cari fasal dengan dirinya. Niel hanya menganggukan kepala. Wajah gadis itu direnungnya dalam. Tenang saja hatinya melihat wajah gadis itu.

"Er, Jan-" ayatnya tergantung dek pengumuman di lapangan terbang itu.

"Attention to all the passengers of Don Mueang Flight AK5303, AK5303 bound to Malaysia, is ready for departure from gate J13, gate J13. Thank You."

Cinta Seorang Atheist.Where stories live. Discover now