2 TAHUN BERLALU...
Ain menghenyak badan di atas sofa empuk miliknya. Mata dipejam seketika, cuba untuk merehatkan diri selepas seharian mengerah tenaga sebagai seorang guru. Nafas ditarik panjang sebelum dihembus lembut.
"Ain, lambat kau balik hari ni. Pergi mana? Aku punyalah risau macam mak ayam hilang anak tahu tak?" Bebelan seorang gadis yang menyapa halwa pendengaran itu, hanya dibalas dengan sengihan comel. Tangan naik mencantum sekali.
"Sorry! Aku duduk kat dalam Masjid Sri Sendayan waktu Zohor tadi. Punyalah termenung sampai tak sedar dah masuk asar. Alang-alang tu, aku solatlah sekali. Sorry ya, sayang saya..." Meleret nada suara Ain bersama sengihan kambing dibibir.
Haina menjeling tajam wajah sahabatnya itu. "Lain kali telefon tu buang aje dalam tong sampah. Bukan ada guna pun. Orang call, tak berangkat. Buat penat aje aku risaukan kau," rungut gadis itu geram.
"Sorry ye, Cik Haina Humaira... Saya janji akan buat lagi," gurau Ain bersama ketawa kecilnya. Jelingan tajam daripada Aina, membuatkan tawanya semakin menjadi-jadi.
Haina menggeleng perlahan sebelum dia mendekati kawan baiknya yang sudah diam membisu bersama mata yang tertutup rapat. Dua gelas mug ditangan diletakkan ke atas meja kopi yang berada di ruang tamu. Wajah cantik Ain ditenung lama.
"Kau ada masalah ke? Ada cikgu mana-mana cuba cari pasal dengan kau ke?" soal Haina dengan nada risau. Bukan sehari dua dia kenal Ain. Gadis itu akan 'bertapa' di masjid-masjid cantik jika ada sesuatu yang membebankan kepalanya.
Berkongsi?
Hmm...hampeh. Bak kata seorang Ainnatul Jannah, "Masalah aku adalah masalah aku tapi masalah kau adalah masalah kau dan aku."
Kelihatan gadis itu menggeleng perlahan. Wajah tenang itu membuatkan Haina sukar menembak apa yang dipendam oleh gadis itu. Sedihkah dia? Gembirakah dia? Sukar, terlampau sukar...
Tiba-tiba terlintas satu nama dibenak fikiran. "Riduan buat hal lagi?" Terpacul keluar soalan itu daripada celahan bibir Haina. Wajah risaunya bertukar bengang tatkala mendengar keluhan berat yang dilepaskan Ain.
"Dia buat apa lagi kat kau? Maki kau depan public lagi? Atau curang dengan betina mana pula kali ini?" Tak bertapis sudah ayat yang keluar. Wajah lembut Haina seperti pemangsa yang ingin menerkam mangsa.
Ain apa lagi? Mengucap panjanglah ustazah itu. Mata dicelik luas sebelum tangannya naik mengurut dada. "Ya Allah, ya habibi... Cuba bawa bertenang sikit. Garang sangat kau ni. Macam manalah tunang kau masih bertahan agaknya," seloroh Ain dengan muncung itik.
Haina mencebik. Ini apa fasal kait dengan aku pula? Lantas, paha Ain ditampar geram, membuatkan gadis itu mengaduh sakit. "Ish apa ni, main tampar-tampar. Aku seligi kau karang."
"Oh memang padan muka kau. Aku tengah serius, kau nak berloyar buruk pula kan? Ha, mendapatlah kau," bidas Haina bersama jelingan maut kepada Ain yang turut menjeling dirinya.
"Ish relakslah beb... Dia tak buat apa pun," ujar Ain tenang. Mug diatas meca dicapai sebelum dia menyisip air koko yang dibancuh oleh Haina. Um, sedap!
"Nur Ainnatul Jannah Binti Mohd Hakim."
"Ya saya, Haina Humaira Binti Razia." Dia menoleh menghadap Haina yang tajam mencerlung dirinya. Senyuman manis terbentuk di bibir nipis Ain.
"Ceritalah, Ain... Kau tak sayangkan aku dah ke? Apa, aku bukan kawan yang baik ke sampaikan masalah kau pun kau tak sudi nak kongsi dengan aku..." Haina mengerdipkan matanya berkali-kali, ingin meraih simpati Si Kepala Batu ni.
Ini adalah cara yang terakhir. Guilt-tripping. Kalau tak menjadi juga, aku tendang keluar sajalah manusia ni. Getus hati Haina.
Ain sudah sebersalah. Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan. "Bukan macam tu lah, Na..."
YOU ARE READING
Cinta Seorang Atheist.
Romance"Memilikimu adalah kesulitanku." Niel Zayder, seorang yang tidak mempunyai agama. Dia bingung tidak tahu yang mana satu tuhan yang sebenar-benarnya. Berbagai cara dia lakukan untuk mencari agama yang harus dianuti. Pertemuannya secara tidak sengaja...