3

6.8K 658 20
                                    

Kepala jatuh memandang jam yang melilit pergelangan tangannya itu. Muka itu ketat sahaja, secalit senyuman pun tidak terukir di bibir. Dia mendengus kasar. Tangan disilang ke dada. Jari mengetuk-ngetuk lengan kekar miliknya.

“Apahal lambat sangat perempuan ni? Dia tolong cuci bangunan universiti tu sekali ke apa?” Bengang Niel dibuatnya. Sudah sejam setengah dia disidai di lobi hotel mewah itu.

“Aku pun pandai sangat tak minta nombor telefon dia. Sekarang, ambil kau. Kena sidai dekat bawah aircond,” ejeknya pada diri sendiri. Derapan kasut yang kedengaran kuat itu, membuatkan Niel berdecit geram. Ingatkan lama lagi nak kena tunggu.

“Awak! Maaflah lambat sikit,” kata Ain dengan nafas yang tercungap-cungap mencari oksigen. Niel bangun dari duduknya sebelum badan menoleh memandang Ain.

“Panjang umur kau. Lambat lagilah kau nak mati.” Ain ternganga kecil mendengar sebaris ayat terakhir Niel.

“What? Encik minta saya mati awal ke apa ni ha?” Niel jungkitkan bahunya.

“Maybe?” Ain terlopong kecil. Kejam punya mamat kerek! Ain segera mengejar langkah Niel yang sudah jauh darinya.

“Kita nak pergi mana ni?” Soal Ain sebaik saja dia sudah berada disebelah Niel. Niel mengerling sekilas kepada Ain sebelum dia menjeling gadis itu.

“Masuk kubur.” Ain menggulingkan bebola mata ke atas. Ya Allah, ini baru beberapa minit bersama jejaka ini tapi rasa macam nak tampar saja kepala jejaka ini.

“Ha, encik pergilah kubur sorang-sorang. Saya nak pergi jalan-jalan. Bye!” Ain terus melajukan langkah kaki. Menyakitkan hati sahaja apabila bercakap dengan Niel. Niel hanya pandang kosong pada gadis yang sudah beberapa tapak dihadapan. Tanpa sedar, bibir itu tersenyum senget.

“Kena usik sikit pun dah mengamuk. Kalau kena usik tiap-tiap hari ni, agaknya menangis tak?” Gumam Niel seorang diri. Kepalanya tergeleng-geleng kecil. Dah kenapa aku ni? Niel tergelak seorang diri. Lantas langkah Ain dikejarnya.

“Woi! Tunggu lah kejap…”

“Tak nak! Awak nak lepak kubur kan?”

“Melawak pun tak boleh.”


SELAMA sejam berjalan tanpa hala tuju, kaki mula terasa lenguh. Tekak sudah kering berborak dengan Niel tentang agama Islam. Leka betul Ain berborak, mungkin terlampau teruja menceritakan tentang agama yang dianutinya. Meskipun begitu, perut mereka tidak henti-henti meminta untuk diisi.

“Awak, saya lapar. Jom makan dulu. Letih lah seharian berjalan…” rungut Ain seraya mata memandang Niel yang berada 2 meter darinya.

“Ha bolehlah. Aku pun lapar. Kau pilih lah nak makan dekat mana.” Pantas kepala Ain menggeleng laju.

“Weh, tak mau lah! Awak lah pilih. Saya mana familiar dengan tempat area sini.” Balas Ain sambil matanya melilau memandang papan signboard setiap restoran di tepi jalan. Semuanya tidak kena dengan seleranya. Rasa was-was juga semakin meluap di dalam dirinya. Risau jikalau restoran yang dipilihnya tidak halal. Niel hela nafas berat.

“Kalau aku pilih, kau ikut je eh. Kau banyak bunyi, aku jual kau,” ugut Niel tenang. Mulut Ain terlopong kecil.The fish? Nak jual aku? Gila punya manusia!

“So, kau ok makan apa-apa saja?” Soal Niel. Mata meliar memilih restoran yang sesuai untuk mereka. Ain mengangguk kepalanya.

“Ye, saya ok saja makan apa-apa pun. But, tolong cari kedai makan yang halal, boleh?” Pinta gadis itu dengan senyuman dibibir. Niel memandang Ain dengan senyuman kecil terlakar dibibir.

“Halal tu apa? Kenapa nak kena cari kedai makan yang halal?” Soal Niel. Dia berasa berminat ingin tahu.

“Halal tu adalah salah satu daripada hukum dalam Islam,” terang Ain. Niel mengangguk kepala tanda faham dengan keterangan dari Ain.

“So dalam Islam kita kena makan makanan yang halal lah?”

“Exactly! Senang cerita, setiap yang kita buat mestilah yang diizinkan Allah saja.” Keluhan berat yang dilepaskan Niel membuatkan dahi Ain berkerut.

“Susah lah kalau macam tu.” Gumam Niel perlahan. Kepala Ain pantas menggeleng dengan laju.

“No lah! Islam tu indah. Banyak benda yang Allah larang kita lakukan sebab Allah tahu benda tu akan mendatangkan kemudaratan untuk kita. Trust me, awak akan jatuh cinta dengan Islam lepas awak lebih mengenali Islam secara lebih dalam,” pujuk Ain dengan senyuman manis dipamerkan dibibir munggilnya. Iris hazelnya bertemu dengan iris amber Niel. Kedua-duanya mengukirkan senyuman manis kepada sesama sendiri. Terasa tenang saja apabila bersama.

“I hope so… Actually, aku rasa aku dah ada tempat yang sesuai untuk kita makan,” kata Niel yakin. Kening Ain terjungkit sebelah.

“Really?”

“Yeah. Jom, ikut aku.” Tak banyak songeh, Ain hanya mengikut langkah kaki Niel.


AWAK, ini rumah siapa?” Soal Ain. Mata tidak berkedip memandang rumah agam yang besar dihadapan matanya. Mulut terlopong kecil.
Besar gila macam dalam movie!

“Kalau ye pun terpegun, tutup sikit mulut tu. Karang kau makan lalat aje.” Terus tertutup laju mulut Ain mendengar ejekan Niel. Dia memincingkan mata memandang Niel yang tersenyum sinis memandang dirinya. Kejap-kejap baik macam Malaikat. Tapi dalam sekelip mata saja terus bertukar kejam macam Firaun!

“Tak payah nak pandang aku macam tu. Cepat masuk. Aku tinggal dekat luar karang,” ugut Niel seraya kaki sudah melangkah meninggalkan gadis itu terpinga-pinga dibelakangnya. Ain teragak-agak ingin melangkah masuk ke dalam pekarangan rumah bak istana itu. Pelbagai fikiran negatif berlegar di minda. Niel hela nafas pendek.

“Ada 50 orang bibik dalam rumah ni. Semua perempuan. Masih tak cukup, hm?” Sekali lagi mulut Ain terlopong luas. Lima puluh?! Gilalah.

“Banyaknya pembantu rumah awak! Awak ni pemalas lah!” seloroh Ain. Niel hanya pamerkan senyuman yang langsung tidak kelihatan ikhlas kepadanya.

“Baru tahu?” ejek Niel. Lantas, dia meninggalkan gadis itu seorang diri. Lantak kaulah nak tercongok kat situ lagi. Aku nak masuk, boleh makan!

Lambat-lambat Ain melangkah juga. Bagaikan mimpi pula melangkah masuk ke dalam rumah agam ini. Sepuluh langkah besar Niel sudah bertemu dengan pintu utama rumah itu. Tapi tidak bagi Ain. Dua puluh langkah pun belum tentu sampai di depan pintu rumah itu.

“Kenapa lah buat pagar dengan pintu rumah jauh sangat? Social distancing ke apa?” bebel gadis itu seorang diri. Niel yang sudah sampai di hadapan pintu utama, menyandarkan badan di dinding seraya tangannya kemas memeluk tubuh. Mata menatap Ain yang terkedek-kedek menghampiri dengan mulut yang tak berhenti mengomel.

“Ha, bebel lagi. Kaki pendek tapi mulut kalah burung murai.” Terangkat kepala gadis itu memandang Niel dihadapan. Dia sudah berjaya tiba di hadapan pintu utama tetapi ayat jejaka itu pula menyakitkan hati. Ain menjeling si jejaka. Bukannya ada guna bergaduh mulut dengan jejaka itu. Niel ni asyik nak menang saja. Macamlah dapat trofi!

“Hm, saya tunggu dekat luar sajalah. Saya nak—”

“Kau ni karang kena humban, sia-sia saja. Masuk cepat.” Senada Niel berkata. Ain mengecilkan mata, kecil besar saja dia pandang mamat kerek ini.

Suka hati saja paksa-paksa orang!

Niel menekan suis loceng yang tersedia di luar. Gagang pintu hitam yang besar itu ditolaknya. Ternganga Ain dibuatnya apabila pekerja-pekerja di rumah Niel elok membuat barisan panjang sambil badan menunduk hormat. Kaki menjadi kaku. Mata terkedip-kedip tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
Serupa mafia bhai…

“Kau memang nak tercegat dekat situ je ke Ainnatul Jannah?” Ain kembali ke dunia realiti. Wajah Niel dipandang sebelum air liur diteguk susah.

“Siapa awak ni sebenarnya Niel?”


TBC.
28/5/23.
Selawat cumils🤍.

Cinta Seorang Atheist.Where stories live. Discover now