Sepanjang Farah tinggal dan juga menjaga Rayyan selama seminggu ini dia sangat gembira dan juga hati nya seperti terisi dengan sesuatu yang membuat kan dia tak tahu apa itu.
Flash back
"Macam mana awak boleh buta?.
"Cerita ni beberapa tahun lepas masa saya berumur 17 tahun , masa ayah saya menjemput saya daripada sekolah dan kami ingin meluahkan masa bersama sebelum ayah saya pergi ke Amerika.
"Dia ajak saya pergi mall dan taman permainan tapi malangnya masa kami dalam perjalanan kereta ayah saya di langgar lari dari belakang dan menyebabkan saya jadi buta sebab termasuk sepihan kaca kecil.
"Dan ayah saya, dia dah tak bernafas di tempat kejadian " terang Rayyan menurun nadanya.
End flash back...
*****************************
Sedih juga kisah hidup Rayyan tapi itu semua sudah ketentuan Allah, tapi setiap orang mesti akan ada kisah silam mereka sendiri.
Hari ni merupakan hari Rayyan telah mengajak makan malam bersama di suatu hotel ternampak.
Farah dan Rayyan memasuki sebuah hotel yang mewah serta lengkap dengan kemudahan.
"Awak ni ke tempat yang awak nak bawak ni cantik tapi macam mahal je" ujar Farah berjalan di sebelah Rayyan.
Rayyan hanya diam dan senyum mereka jalan masuk di sambut dengan perkerja disana.
"Wow cantiknya tempat ni awak ke yang buat ni?, Mesti lah saya buat khas untuk awak hari ni.
Mereka duduk secara berhadapan makan telah di hidang di hadapan mereka, " Farah kita makan dulu ok nanti saya ada nak bagitahu sesuatu dengan awak.
"Ok kita makan dulu saya pun dah lapar ni terima kasih untuk semua ni, sama sama anything for you.
"Farah saya nak cakap ni ikhlas dari hati saya dan jujur yang saya nak..
Nak melamar awak jadi isteri saya.
Farah agak terkejut dengan ucapan Rayyan baru tadi dia tak sangka akan di lamar tapi dia tidak bersedia untuk semua ni.
"Rayyan saya... Minta maaf sebab saya kena tolak lamaran awak.
"Tapi kenapa apa kurang saya Farah tolong saya dah lama suka dan cintakan awak sejak kita pertama kali jumpa lagi walaupun saya tak nampak muka awak tapi saya terima awak seadanya.
Farah terus mendiamkan diri, Rayyan yang sedar dengan Farah yang diam terus dia membaran.
"Ok saya faham awak tak terima saya sebab saya buta kan ialah mana ada orang yang nak suami cacat macam saya ni kan" bentak Rayyan dia dah hilang sabar diperlakukan sebegini.
Sejak dari kecil lagi dia dipinggir oleh semua orang selepas dia buta dia sedar yang dia ini cacat tapi dia ada hati dan perasaan.
Dulu orang rapat dengan dia kerana harta dan juga pangkat tapi selepas mereka mempergunakan Rayyan mereka buang nya seperti sampah.
Selepas kejadian hari Farah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan berjanji tidak akan berjumpa dengan Rayyan lagi.
"Maafkan saya Rayyan saya sedang menunggu seseorang yang saya pernah menaruh hati maaf sekali lagi" ujar Farah terus keluar dari perkarangan rumah Rayyan.
YOU ARE READING
BLIND LOVE [C]✅
RomanceBOOK 3 COMPLETED Kisah seorang wanita yang berkerja sebagai nurse pelatih di suatu hospital. Suatu hari dia ditugaskan untuk menjaga pesakit VVIP yang bernama Tengku Rayyan Rizqin bin tengku Sulaiman, dia seorang anak CEO yang menghidap penyakit but...