Part 4 ~ Disaster

29 5 1
                                    

TOHRU sedang bantu Keir duduk di atas sofa di dalam biliknya. Aku tak tunggu. Sambil keluar dari bilik, aku seluk handphone dalam saku jaket.

Ada dua missed call daripada ayah. Lantas nombor ayah aku dail.

"Rose... ayah dan Lea tak dapat balik hari ni. Laut bergelora. Feri tak jalan. Tiket flight pula habis."

Bibirku terkatup kembali. Tak jadi nak beritahu ayah tentang kejadian ini.

"Perbicaraan tadi okey?"

"Ermm... okey... okey." Aku angguk laju macamlah ayah ada di depan mata. Tak perlu nak ceritakan kejadian tadi. Saksi tak sempat datang ke mahkamah kerana diserang hendap.

Dan aku tak mahu ayah risau kalau dia tahu menantu kesayangan dia cedera ditembak. Nanti kalut pula dia balik dengan Azalea.

"Okeylah ayah. Rose ada kerja sikit ni." Telingaku menangkap bunyi sayap. Lalu pantas kaki melangkah ke arah tingkap.

Tohru baru terbang tinggalkan istana. Nak ke mana pula si naga? Tuan dia cedera. Apakah? Tohru suruh aku settle kan lelaki itu?

Dengan rasa geram, aku berpatah balik ke bilik Keir. Dia sedang belek luka. Dan ada sebutir peluru yang berdarah dalam tray keluli. Keir sedang terkial-kial menjahit luka.

Biar betul? Nak jahit luka hidup-hidup tanpa bius? Hanya orang tertentu saja yang tahan kesakitan dan biasa buat seperti itu. Dan lelaki ini kelihatan biasa jahit luka sendiri.

"Kau bukan doktor." Aku rampas jarum bengkok dari tangannya. "Biar doktor yang buat. Aku akan call..."

"No need. Aku boleh buat sendiri." Keir cuba rampas jarum dari tangan aku.

Entah kenapa, aku jadi degil. Jarum kularikan. Tanpa kata apa-apa, aku melutut di tepi sofa.

"Biar aku buat. Baring!" Nada suara aku keras.

Walaupun aku belum terima dia sebagai ahli keluarga, aku masih ada perikemanusiaan. Lagipun Dahlia sayang dia. Kalau aku tak tolong dia, mesti Dahlia sedih. Aku tak mahu Dahlia sedih walaupun dia dah tak boleh rasakan apa-apa. Dahlia kan dah mati.

Dengan cermat, luka di bahagian abdomen kiri lelaki itu aku jahit. Luka setakat sebesar peluru dan pendarahan minimum. Selepas siap luka dijahit, kesan darah dibersihkan dengan cecair antiseptik. Sepanjang masa, aku tak dengar pun Keir mengeluh atau mengaduh sakit.

Memang dia kebal. Rileks saja. Riak muka tak ada perasaan. Seolah-olah luka ditembak ibarat terkena pisau semasa potong bawang saja. Lelaki ini bukan orang biasa-biasa.

Tengok tubuh badan dia aku tahu yang dia sering workout. Otot dia keras. Tak sengaja aku terpegang tadi semasa menjahit luka. Body fit to fight. Kalau anak gadis tengok, mesti cair. Mujur aku bukan anak gadis biasa-biasa. Badan lelaki seperti dia, aku biasa tengok. Dah tak hadap sangat.

Hairannya, bagaimana dia boleh ditembak tadi? Body fit seperti ini semestinya tangkas. Melainkan dia berlagak bodoh-bodoh alang. Undercover mungkin. Yalah... dia muncul sebagai pengemis. Selepas itu tiba-tiba bertukar menjadi prince charming. Semasa ke mahkamah tadi, raut wajah dia inesen. Tak nampak berbahaya.

Tapi aku tahu lelaki ini sangat berbahaya sebenarnya. Aura dia lain macam. Renungan dia dalam dan tajam. Anehnya, bila dia dibawa ke mahkamah tadi, dia seolah-olah nampak vulnerable. Siapa dia sebenarnya?

Malas aku nak ambil tahu. Tak ada kena-mengena dalam hidup aku. Dia termasuk dalam hidup aku pun sebab dia bapa Azalea. Selepas ayah ambil keputusan untuk jaga semula Azalea yang sebelum ini dijaga oleh Mak Su, nampaknya kami akan berkongsi jagaan.

Heks-Kalibur ~ Que Sera Sera [Published]Where stories live. Discover now