Part 5 ~ Hocus Pocus

22 6 0
                                    

MOTOR dibersit laju. Angin ganas menampar-nampar wajah dan menyelerakkan rambut. Arghh... lupa pula nak menyarung helmet. Habis rambut kusut masai. Mujur rambutku pendek. Tapi rasa semak jugalah bila hujung rambut mencucuk mata.

Bunyi sayap di belakang semakin dekat. Crap! Di mana pula aku nak bersembunyi? Kiri kanan tanah lapang. Baru nak mencilok masuk ke dalam semak, tiba-tiba kurasa bahu dicengkam dan tubuh terapung ke udara.

Damn Tohru! Aku cuba memaling kepala ke belakang mahu memandang ke wajah Tohru, mahu mengubah dia menjadi naga kecil itu lagi. Tapi tak boleh. Kenapa aku perlu memandang dia kalau nak mengubah dia menjadi sesuatu yang lain? Haish... menyusahkan pula kebolehan pelik itu. Dalam keadaan cemas begini, langsung tak berguna.

Tohru menerbangkan aku pulang ke istana. Tiba di belakang istana, dia melepaskan aku ke bawah. Mujur tak tinggi. Tapi tergolek jugalah badanku dua tiga kali pusingan sebelum terlentang menadah langit biru.

Dan dia... lelaki yang paling aku tak boleh pandang sekarang ini sedang berdiri di sebelahku. Rupa-rupanya aku terbaring di hujung kaki dia. 'Pandai' Tohru lemparkan aku di kaki lelaki ini.

Nasib baik Keir memakai balaclava di kepala. Kalau tak, aku akan tukar dia menjadi labu Cinderella. Biar padan muka dimakan dek gagak.

"Stand up!" Suara Keir keras memberikan arahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




"Stand up!" Suara Keir keras memberikan arahan.

Dia siapa nak mengarahkan aku? Tapi aku bangun juga sebab nampak lemah saja terbaring seperti itu.

"You have to control your thoughts, young lady." Suara Keir bertukar nada. Lebih kepada menasihati daripada memarahi.

Dahiku berkerut. Sikap Keir boleh berubah-ubah dalam sekelip mata. Sekejap sinis. Sekejap garang. Sekejap caring. Mental!

Kuberpaling dengan niat mahu memasuki istana dan menenangkan diri di dalam bilik. Selepas apa yang dah kubuat semenjak mendapat kebolehan itu, tentu ayah pun ada sejuta patah perkataan mahu dibebelkan.

"Siapa kata kau boleh pergi?" Suara itu bertukar sinis kembali.

Langkah kakiku mati. Tanpa menoleh, aku menjawab kata-kata dia. "Siapa yang beri kau kuasa untuk arah aku macam-macam?"

Keir diam tak jawab apa-apa. Aku pun teruskan langkah. Aku perlu sendirian untuk menganalisis semua perasaan. Belum pernah dalam sejarah hidup, fikiranku haywire seperti belon terlepas. Aku bukan jenis orang yang tak fokus. Bukan jenis yang suka fikirkan yang bukan-bukan sebagaimana yang kubuat semenjak ada kebolehan bodoh itu. Tapi entah kenapa, tiba-tiba saja aku menjadi seperti itu.

That is not me! That is not Rose Hayla!



"MOMMY... I want to ride the big dragon!" Azalea menuding tepat ke arah Tohru.

"Macam mana Lea tahu dia naga?" Sengaja aku bertanya padahal hari itu ayah sudah menyatakan yang Azalea pun mengenali Tohru.

Azalea pandai-pandai pergi ke belakang istana. Padahal amat jarang aku membawa dia pulang ke istana. Seingatku belum pernah lagi aku bawa Azalea berjalan-jalan di sekitar istana. Kalau ada pun dulu semasa Azalea masih bayi. Itu pun aku menyorongnya dengan stroller. Semasa Azalea masih bayi, aku memang fobia mahu memegang dia. Risau terpicit ataupun terlepaskan dia ke tanah. Bila umur Azalea setahun, baru aku berani dukung. Badan dia pun ketika itu tegap. Tak lembik seperti zaman bayi.

Heks-Kalibur ~ Que Sera Sera [Published]Where stories live. Discover now