Part 6 ~ Daddy's girl

28 5 1
                                    

DAHIKU terasa perit. Berdenyut-denyut hingga mata naik kelabu sebagaimana pemandangan alam di luar sana menerusi tingkap kaca yang dibasahi hujan.

Kata-kata ayah amat menusuk. Mencincang jantung. Selama ini aku dengan ayah ibarat kawan baik. Jarang kami bertelagah pendapat. Kami partner in crime sejak zaman ibu dan Dahlia hidup lagi. Berbanding Dahlia, aku lebih serasi dengan ayah. Dahlia pula anak ibu.

Seringkali aku + ayah vs Dahlia + ibu. Kami tag team yang ampuh. Selalu saja menang kalau berlaku perdebatan pendapat.

Tapi kali ni... bukan! Semenjak kebelakangan ini... semenjak suami Dahlia muncul dan kemudian ayah berhasrat mengambil semula Azalea, hubungan aku dengan ayah perlahan-lahan renggang. Kini hampir putus berpunca dengan permintaan ayah yang kuanggap bukan-bukan.

Seperti ayah tak pernah fahami aku. Tapi entah kenapa dia sanggup lukakan hatiku dengan permintaan janggal. Ini semua lelaki itu punya pasal. Kalau dia tak muncul antara aku dengan ayah, tentu aku tak akan bermasam muka dengan bapa sendiri.

"Rose fikir baik-baik. Permintaan ayah tak salah. Seorang ayah tak akan mahukan yang tak baik untuk anaknya."

Ayah tinggalkan aku terkebil-kebil di meja makan di dapur. Walaupun ayah suruh aku fikir, aku tahu dia akan anggap aku setuju. Sebelum ini putih kata ayah, putihlah yang aku buat. Tak ada bantahan.

Tapi bila berkait rapat dengan tubuh badan aku sendiri, perlukah aku akur?

Bunyi kerusi ditarik membuat aku mengangkat kepala. Lelaki itu dengan muka tenang duduk di depanku. Riak langsung tak bersalah. Spontan kuturunkan hijab.

Tenuk.

Cipan.

Badak air.

dan akhir sekali... cicak tokek.

Terus aku bangun sepantas kilat, sengetkan kerusi yang dia duduki tadi supaya cicak tokek jatuh ke lantai. Dengan tak ada rasa bersalah, aku mengangkat kaki dan memijak cicak tokek yang terpinga-pinga. Mujur dia cepat lari. Malas aku nak kejar.

Sebelum tinggalkan dapur, aku tukar balik lelaki itu menjadi dirinya semula.

"Kalau kau setuju, aku sumpah kau jadi Myvi putih!"

Aku tinggalkan dia tanpa toleh ke belakang. Aku masih berperikemanusiaan sebab tak tukar dia menjadi ba alif ba ya.


TOCANG? Aigooo... aku mana tahu mengikat tocang. Ada-ada sajalah si Azalea mahu menderaku. Sepanjang hidup, manalah pernah aku berambut panjang. Jadi kalau aku tak reti ikat tocang, memang bukan satu perkara pelik.

Bila Azalea merengek-rengek manja, aku mula berasa rimas. Tentu Mak Su selalu manjakan dia. Semua kehendak dia Mak Su turutkan.

"Okey... kejap... kejap mommy gugel cara nak ikat tocang." Aku pun menyeluk saku seluar dan mula menggugel tutorial menocang rambut budak. Okey... jumpa satu video. Nampak senang saja. Aku letak handphone di atas meja dan tarik lembut lengan Azalea supaya membelakangiku yang duduk di atas kerusi meja makan.

Rambut Azalea yang panjang mencecah pinggang lembut dan tak kusut. Pandai dia menjaga rambut. Dengan gunakan jari, aku membahagi dua rambut dia yang berwarna coklat gelap itu. Kemudian sambil berpandukan video, aku mula menocang.

Lima minit kemudian...

"Tocang ke two half hitches?" Suara itu menegurku dari belakang.

"Tocang ke two half hitches?" Suara itu menegurku dari belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Heks-Kalibur ~ Que Sera Sera [Published]Where stories live. Discover now