No. 34

15 4 0
                                    

Selepas bertengkar, Qaisha nak taknak terpaksa akur dengan ajakan Fawwaz ke hospital kerana Nuryn sempat singgah ke office nya.

Tepat pukul 5 jenazah ayah Qaisha selamat dikebumikan berdekatan dengan kubur ibu Nadia.

"salam takziah untuk keluarga kau" kata Elma.

"hm"

"Sha~ aku nak cakap ngan kau jap" kata Nuryn lalu dia menyerahkan bayi nya pada Uwais.

"ada apa?"

"aku sebagai seorang kawan, aku kena tegur kau"

"pasal apa pulak ni?" soal Qaisha seperti malas melayan Nuryn.

"Sha, aku terdengar tadi perbualan kau ngan Fawwaz"

"then?"

"Sha ini bukan diri kau Sha. Qaisha yang aku kenal lemah lembut orang nya bercakap pon ada sopan santun"

"tapi lepas apa yang aku dengar tadi~ Aku cuma nampak Qaisha yang seorang ego, selfish, takder hati perasaan bila bercakap"

"bukan tu je, bila sebut je pasal arwah ayah kau ngan Nadia terus kau jadi perempuan yang kurang ajar. Sorry lah aku bukan a-"

"so kau nak sampai kan apa dekat aku"

"Qaisha~ Tolong lah aku tak suka diri kau yang ni jangan disebabkan masa lalu kau yang dah berlalu. Kau pupuk jadi satu rasa benci, dendam yang besar"

"kau tau semua ni dan kau expect aku jadi apa? Pemurah? Baik hati? Ke nak aku menangis dengan semua yang jadi ni?"

"bukan tu maksud aku-"

"kau dengan aku dari kita kecik lagi. Kau tau bertapa berat dugaan aku, struggle aku. Kau tau semua tu. Lepas apa yang jadi kau still nak aku buat baik dengan diorang lagi-lagi bapak aku"

"tapi itu antara dosa dia dengan Allah lepas apa yang dia buat kat korang" kata Nuryn.

"then aku ni sebagai seorang hamba takder hati perasaan, apa aku ni robot ke sesuka hati diorang je boleh buat aku macam tu"

"iya aku faham~"

"dah lah Nuryn, aku malas nak cakap pasal ni lagi"

Qaisha pergi meninggalkan Nuryn sendiri. Dia terus pandu kereta keluar dari tanah perkuburan menuju ke rumah ummi.

"assalamualaikum" salam diberi sebaik sahaja ummi membuka pintu rumah.

"waalaikumsalam" sahut Qaisha yang sudah pon berada didalam rumah.

"akak~"

"iya ummi"

"ummi nak cakap sikit ni boleh"

"apa dia?"

"ummi nak n-"

"assalamualaikum" salam diberi oleh Fawwaz bersama Nadia di atas kerusi roda.

Qaisha memandang pelik ke arah mereka lalu beralih pandangan ke ummi.

"ummi nak Nadia tinggal ngan kita"

Qaisha langsung berdiri tanpa berkata-kata dengan riak wajah nya terkejut.

"kak~ ummi minta kali ni je akak berlembut hati dengan Nadia" kata ummi sambil memaut lengan anak sulung nya itu.

"Nadia dah takder sesiapa dah kak~ dia cuma ada kita. Walaupun dia bukan anak ummi tapi dia adik-beradik akak sendiri"

Qaisha hanya terdiam memandang ummi dihadapan nya.

Tangan Qaisha mula mengeletar tanda dia diserang anxiety dadanya mula sesak.

Qaisha meleraikan pautan ummi ditangan lalu terus naik ke atas. Fawwaz terus naik ke atas mengejar Qaisha.

𝐃𝐈𝐍𝐈 𝐐𝐀𝐈𝐒𝐇𝐀 𝐌𝐘 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now