🥀Capter 1

121 5 0
                                    

   Seseorang gadis berspek hitam berjalan masuk ke dalam bangunan yang mewah di bandar Kuala Lumpur iaitu Royal Base. Semua pekerja di situ menyambut gadis itu apabila masuk ke dalam bangunan itu.

"Selamat pagi, Miss"

"Morning, Miss"

"Selamat pagi"

"Morning, Boss"

Semua pekerja tidak lepas peluang apabila menyambut kedatangan boss
mereka. Maklumlah jarang berjumpa dengan boss.

Gadis itu melangkah kearah lift. Dan menekan pin atas untuk menaik ke tingkat atas. Selepas pintu lift terbuka. Dia masuk ke dalam dan di dalam lift staff di situ tidak melepaskan peluang juga. Mereka pun memberi salam.

"Morning, Miss" kata seorang staff di situ.

Dia cuma menundukkan kepalanya sekali.

Ting!

Pintu lift terbuka dan dia membuka langkah keluar dari lift . Terus menuju ke bilik kerjanya dan meletakkan beg tangannya di atas meja kerja.

Tok! Tok!

"Masuk! " laung Lysa.

"Selamat pagi, Miss Lysa" kata gadis itu yang berjawatan sebagai PA Elysa Elyana. Selepas masuk ke dalam bilik kerja majikannya.

"Ada apa saya hari ini? " mendatar sahaja suara Lysa apabila melontarkan soalan.

"Hari ini, Miss ada perjumpaan dengan wakil dari Syarikat Future Hi pada pukul 11 pagi nanti" kata PA itu yang bernama Mila.

"Nanti saya sediakan bilik mesyuarat untuk Miss dan perwakil itu" kata Mila.

Lysa sekadar membalas dengan menundukkan kepalanya sekali. Selepas itu dia membuka laptop di depannya.

"Hehem" berdehem seseorang.

Lysa mengangkat kepala dan mengjungkitkan keningnya.

"Can I?" Kata Mila.

Lysa mengerutkan dahi sebelum menundukkan kepala sekadar membenarkan.

"Kau pergi mana semalam?, puas kita orang call tahu tak? " suara geram Mila kedengaran. Mila adalah salah seorang best friend Lysa yang bekerja  di bawahnya. Alasan Lysa memberi tawaran kerja kepada Mila disebabkan bak kata Lysa 'I can't trust anyone except you as my PA'.

Lysa tidak membalas hanya mata memandang wajah suci kawannya sahaja.

"Hei! aku tanya kau ini, puas tahu tak kita orang call. Kami risaukan kaulah, Lysa. Bapak kau banyak kali call kita orang". Kata Mila dengan geram kerana kawannya langsung tak balas pertanyaannya.

"Aku okeylah, korang tak payah risau" jawab Lysa.

"Kalau kau okey, kau mesti jawab panggilan telefon. Ini tidak,tak telefon langsung pun, mesej pun kau tak reply" kata Mila dengan nada yang nak dekat merajuk.

"Kau tahu aku macam mana kan, aku kalau nak bersendirian memang aku akan silent phone. Kau faham aku kan" balas Lysa panjang. Itulah salah satu sikap Lysa bila nak bersendirian, akan silent phone .

Mila cuma menganggukkan kepala. Redha dengan sikap kawannya yang seorang itu, Elysa Elyana.

"Okeylah Miss, saya minta diri dulu" Mila meminta izin kepada bossnya. Lysa menundukkan kepala sahaja. Tanda mengizinkan.

Selepas Mila keluar dari bilik, Lysa mengeluh perlahan dan memusingkan kerusinya ke belakang dengan pandangan Bandar Kuala Lumpur yang kesibukan mencari rezeki untuk menyara hidup.

𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓Where stories live. Discover now