🥀Capter 14

35 3 0
                                    

   Zain Nas duduk di sofa ditemani isterinya di sebelah manakala Daiyyan duduk dihadapan orange tua nya.

"Kamu ni sudah hilang waras ke?" Daiyyan hanya mengabaikan sahaja pertanyaan bapanya. Kepala nya sekarang serabut

"Daddy tanya ini!!"

Daiyyan pejamkan mata. Tidak pedulikan teriakan daddy nya. Dalam fikiran nya hanya memikirkan pandangan mata Lysa. Mata itu dia tidak boleh ditafsirkan.

"Daiyyan Daniel!!! Kamu jangan buat pekak ya... Dan kamu bertiga, berapa kali daddy bagitahu. Kalau kamu nak jalankan plan B just inform me! Yang kalut sangat ikut cakap Daiyyan kenapa!!"

Luthfi, Kasyan dan Firaz hanya menundukkan kepala sahaja. Tidak melawan, hanya menadahkan telinga sahaja.

"Tak semestinya dia ketua dalam kumpulan... kamu semua ikut arahan dia. Let me remain you guys... I'm your master! Remember. I'm your MASTER!" Puan Kalisya yang berada di sebelah cuba menenagkan kemarahan suaminya. Tidak berani dia masuk campur hal pekerjaan suaminya dan anak nya. Dia sekadar mendiamkan diri sahaja.

"Arahan daddy senang. Buatkan dia percayakan kamu, selesa dengan kamu. Bukan menambahkan lagi keraguan diri sendiri!! Daddy kenal dia itu siapa, sikap dia macam mana, keluarga dia siapa. Tapi senang-senang kamu hancurkan semuanya!!" berang Zain Nas dengan sikap anak lelaki nya seorang itu. Selama ini dia yang mencari di mana Elysa Elyana berada. Apabila sudah ditemui, dia cuma memberi tugasan kepada anak-anak untuk merapatkan hubungan dengan gadis itu. Tetapi musnah begitu sahaja dek kerana perbuatan tidak masuk akal anak nya itu.

"What do you mean, daddy? Daddy dah kenal dengan dia lama? Who is she?" pertanyaan Daiyyan tidak dibalas oleh Zain Nas. Pandangan matanya menoleh ke tempat lain.

"Answer me"

"Perempuan tu.....yang kita cari selama ini" luah Zain Nas sambil matanya menatap air muka isterinya. Luahan yang baru keluar dari bibir suaminya mengejutkan nya terus mata memandang ke arah suaminya.

"What? Kenapa daddy tak bagitahu kami? Kenapa daddy rahsia kan? Kami tak penting ke? Mommy tak penting ke dalam hidup daddy? Layakkah mommy tanggung beban apabila rindu anaknya sendiri" bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut anak lelakinya. Apabila Puan Kalisya mendengar soalan terakhir anak nya dia berasa kesal.

"Mommy memang layak tanggung beban rindu. Mommy sia-sia kan hidup orang yang sayangkan mommy selama ini. Mommy rasa kesal sangat apabila mengingatkan perbuatan mommy terhadap bekas suami dan anak-anak mommy. Mommy lukakan hati Lysa" luah Puan Kalisya. Dia tidak akan memaafkan perbuatannya terhadap keluarga nya dahulu. Hidup nya selama ini dibelenggu rasa bersalah.

Daiyyan memicitkan kepala nya. Kepalanya pening memikirkan luahan daripada mommy nya. Jadi selama ini yang tanggung beban sakit adalah Lysa. Bukan mommy nya. Elysa Elyana adalah mangsa selama ini.

"Daiyyan nak kahwin dengan dia"

Mereka berlima terkedu bila mendengar perkataan kahwin dari mulut Daiyyan. Betul-betul cari nahas mamat ni

"Kamu bergurau ke? Kamu tak dengar ke luahan mommy kamu tadi, perempuan yang  kamu perangkap itu adalah anak perempuan mommy kamu dan sekaligus sudah jadi adik tiri kamu!! Jangan nak tambah masalah boleh tak?!"

"Daiyyan yang rancang semua ni... Daiyyan patut bertanggungjawab. Lagipun ini soal maruah daddy... Daddy sepatutnya suruh anak lelaki daddy ni bertanggungjawab bukan lepas tangan" Zain Nas hanya mendiamkan diri. Dada nya sahaja memainkan peranan, menurun menaik.

Daiyyan terus mencapai kunci motor. Ingin meninggalkan rumah agam itu.

"Kamu nak pergi mana? Daddy tak habis cakap lagi!"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 06, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓Where stories live. Discover now