🥀Capter 10

30 5 0
                                    

   Mereka berempat berkumpul di ruang tamu rumah Zain Nas. Masing-masing berdiam diri. Tiada niat untuk bersuara.

"So! What we want to do now, huh?" Tanya Kasyan kepada kawan-kawannya. Kasyan memulakan perbicaraan. Hilangkan suasana yang janggal.

Daiyyan mengeluh berat. Pelbagai cara dia merancang tapi sedikit pun tak ada perubahan.

"Aku tak sangka kita gagal dalam sebulan. Satu apa pasal dia kita langsung tak tahu! " kata Firaz sambil mengusutkan rambutnya. Sebelum ini , apa-apa tugasan yang diberi oleh Zain Nas dalam beberapa hari sahaja mereka boleh selesaikan.

"Kalau plan A tak jalan. Kita tak ada pilihan lain selain plan B " kata Daiyyan kepada kawan-kawannya

Mereka bertiga terkedu mendengar apa yang keluar dari mulut Daiyyan.

"Kau jangan main-main! Aku tak sanggup eh! " kata Firaz. Luthfi memandang Daiyyan dengan pandangan yang tidak percaya.

"Kau pun tahu kan? Kita tak pernah bersedia nak ikut plan B tu! " berang Kasyan.

"Aku sedia"

"Dai! Kau gila ke? Kau sanggup nak rosakkan hidup kita ke, hah?! " baran Luthfi dengan kawannya. Ikut kepala sendiri bila buat sesuatu keputusan.

"Apa lagi jalan yang kita ada? Elok lah plan B daripada plan C! " Kasyan mengusap muka nya.

Mereka sahaja yang tahu betapa gila nya plan C yang dikatakan oleh Daiyyan.

"Kau orang pun tahu, dalam plan B kita takkan jadi kan dia mangsa " kata Daiyyan dengan nada yang mendatar.

Mereka masing-masing mengangguk kepala. Setuju apa yang dikatakan oleh Daiyyan.

"Jadi? Sapa yang akan jadi mangsa? Aku tak sanggup! " kata Firaz sambil mengangkat kedua-dua tangan nya.

"Aku tak suruh kau orang jadi mangsa"

"Maksud kau... "

Daiyyan memandang kawan-kawannya sambil mempamerkan senyuman yang sinis.

"Jangan bertindak ikut kepala sendiri" tegur Luthfi kepada kawannya. Daiyyan memandang kawannya dengan pandangan yang tidak puas hati.

"Kau pun tahu....kita tak boleh bertindak mengikut plan B tanpa keizinan Daddy. Kalau Daddy tahu kita ikut plan B....kau rasa Daddy akan lepaskan kita ke? " kata-kata yang keluar dari mulut Luthfi langsung tidak diambil kisah oleh Daiyyan.

Daiyyan tetap dengan pendirian diri. Selama dia menjalankan tugas, tidak pernah dalam hidup nya melakukan tugasan melebihi tempoh hari yang ditetapkan oleh mereka berempat. Itu lah yang dididik oleh Zain Nas sejak kecil. Jangan buang masa.

"Kita tak perlu minta keizinan daripada dia. Just follow the plan B! " arah Daiyyan kepada kawan-kawannya.

"Aku harap keputusan kau betul bro" kata Kasyan sambil menepuk bahu Daiyyan beberapa kali.

"Pernah ke keputusan aku rosakkan plan kita? " pertanyaan Daiyyan membuat kan lidah mereka lelah untuk berkata-kata. Kalau bagi nasihat bukan berguna pun. Buat penat air liur je.

"Jadi...."

Daiyyan memandang ke arah Firaz.

"Macam mana nak bawak dia tu masuk dalam perangkap kita? " pertanyaan itu membuat kan bola mata Daiyyan tepat memandang wajah kawannya, Luthfi.

"I have a plan"

    Rissa berlari tanpa menghiraukan sesiapa yang berada di sekeliling universiti itu.

𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓Where stories live. Discover now