🥀Capter 8

24 5 0
                                    

   Sarah memandang setiap keindahan yang ada di pantai itu. Nyaman sekali dengan angin yang meniup-niup. Sarah mendepakan lengannya.

"Best nyaaaa!!! "

Lysa menggelengkan kepalanya berkali-kali. Macam budak-budak.

"Asal tiba-tiba nak healing sama-sama? Sebelum ini bukan main, mesti larang kita orang kalau nak ikut" tanya Iesya.

"Saja" balas Lysa pendek.

Iesya mengangkat bahunya. Suka hati kau lah. Iesya memandang sekeliling dan mengecilkan matanya apabila nampak beberapa orang di sudut bahagian kanan.

"Wei Lysa! Sebelum ini, waktu-waktu macam ini memang ada orang eh? " Lysa mengerutkan dahi.

"Tak ada. Kenapa? "

"Tengok belah sana" balas Iesya sambil menunjukkan sudut bahagian kanan.

Mereka bertiga memandang bahagian yang di tunjuk oleh Iesya.

"Dia orang budak motor jugak lah!! " Mila berkata dengan teruja.

Sarah mengecilkan matanya. Lama dia memandang sudut itu. Sarah bangun dari duduknya.

"Eh!!! "

"Eh kau! "

"Weh! Mamat itu lah yang langgar kau hari itu! " kata Sarah sambil memandang Iesya.

Iesya mengendahkan kata kawannya.

"Weh! "

"Benda dah lepas.....biarlah! " kata Iesya

"Lepas ke tak lepas....masalah sekarang ini, dia langsung tak minta maaf. Eh! Aku pantang betul lah! " bengang Sarah.

"Yang kau emo kenapa. Kau tengok Iesya, ada dia menggelupur? Tak macam kau....bukan kau yang kena pun! " balas Mila sambil memain pasir. Yang dia nak menggelabah kenapa?

"Memang bukan aku yang kena. Tapi....dia dah langgar member aku! "

"Member kau member aku juga! "

"Dah tu! Kau tak sakit hati? "

"Sakit! "

Lysa sekadar menggeleng kepala sahaja. Penat dengan bebelan kawan-kawannya.

"Yakin ke mamat tu langgar Iesya? Ada bukti? " pertanyaan Lysa membuatkan lidah mereka terkedu. Masing-masing mengaru kepala.

"Lain kali fikir dulu sebelum cakap" datar sahaja teguran Lysa lontarkan.

Keadaan selepas itu senyap sahaja. Cuma kedengaran ombak pantai yang mengdayu.

"Hehem!" Mila mahu mulakan

"Hmm Lysa, kau ada dengar cerita pasal Kamelia Qalish? "

Muka Lysa terus berubah apabila mendengar nama itu. Mendatar sahaja mukanya.

"Kenapa tiba-tiba kau mention nama dia? "

"Aaa.... Sebenarnya wakil STAR datang hari semasa Papa jatuh" kata Mila dengan perlahan

"Kenapa kau tak bagitahu aku? "

"Bukan ak....ku tak nak bagitahu, cuma... "

"Apa?! "

"Kamelia wakil dia orang! "

Lysa terkedu. Mukanya berubah tegang. Kamelia adalah orang yang paling membencinya dahulu. Sampai sanggup mencalarkan maruahnya demi kepentingan nya sendiri.

"She don't know me a lot . Berani dia nak main dengan api" Lysa menggenggam penumbuknya. Menahan amarah.

Sarah, Mila dan Iesya saling memandang antara satu sama lain. Masing-masing hanya mendiamkan diri sahaja. Tidak berani mahu membuka mulut.

𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓Where stories live. Discover now