🥀Capter 4

25 3 0
                                    

  Lysa sibuk menaip punat laptop kepunyaanya. Matanya tidak lepas dari memandang screen itu. Kerjanya terganggu apabila seseorang mengetuk pintu.

Tok! Tok!

"Come in! " sahut Lysa.

Mila membuka pintu bilik itu dan melangkah masuk. Mukanya cuma menayangkan senyuman sahaja.

"Sorry ganggu...aku nak ajak kau lunch lah, jom! " ajak Mila. Bukannya apa, sejak kebelakangan ini Royal Base mengalami kemelesotan kewangan jadi semua pekerja tidak cukup rehat termasuklah majikan mereka. Lysa memandang Mila sambil merenggangkan badannya.

"Okay" balas Lysa. Mila menarik senyuman. Lysa bangun dari duduk dan mencapai beg tangannya yang berada di meja kerja.

"Jom!! " Lysa cuma menggelengkan kepala sahaja. Macam budak-budak.

"Nak makan kat mana? " tanya Lysa sambil mengorak langkah.

"Aku malas nak keluar sebenarnya" jelas Mila

"Kita makan kat lobby restoran jelah, boleh? " cadang Mila.

"Ok..... "

Duk!

"Aduh! Hei tak nampak orang ke?! " tanya lelaki itu yang menjadi mangsa langgar bahu.

Firaz mengusap bahu yang kena langgar tadi dan meniup bahunya.
Dia memandang tajam kearah Lysa.

"Maaf" kata maaf dari Lysa.

"Huh! Sudah lah langgar orang lepastu minta maaf pun tak ikhlas! " perli Firaz.

"Fi....raz.. " tegur staff di situ.

Lysa memandang tajam lelaki itu dan memandang staff disebelah Firaz.

Staff itu cuma meneguk air liur sahaja dengan pandangan tajam oleh majikannya.

"Hmm....maafkan saya, Miss. Dia tak sengaja lagi pun dia staff baru, Miss. Nama dia Firaz, under Encik Mazam" kata staff itu juga memperkenalkan Firaz kepada majikannya.

"And Firaz.... Let me introduce you a CEO of Royal Base, Miss Elysa Elyana" staff itu memperkenalkan boss nya kepada Firaz. Staff itu cuma menayangkan senyumannya sahaja. 'Harap-harap Miss tak marah aku' getis staff itu.

Bicara staff itu cukup membuatkan Firaz berdiri keras di situ dan sempat dia meneguk air liur kerana mata Lysa asyik memandangnya dari tadi. Mata Lysa beralih memandang name tag staff itu.

"Razak, can you tell to Encik Mazam that I want to see him after lunch. Before I come back to my room, make sure he will be there. Can you? " arah Lysa kepada pekerjanya. Suara Lysa cukup membuatkan Razak mennganggukan kepalanya banyak kali.

"Baik Miss" balas Razak dan menundukkan badannya.

Lysa dan Mila mengorakkan langkah ke tempat yang mereka rancang. Selepas sahaja mereka berdua beredar, Razak memandang Firaz dengan wajah bengang

"Maafkan saya, Encik Razak. Saya tak tahu" perlahan sahaja Firaz meminta maaf. Selepas perasan wajah tegang Razak.

"Lepas ini, jangan ulang lagi. Kalau terlanggar sapa-sapa terus minta maaf walaupun bukan kita yang langgar dia. Tapi jangan jadi pijak kepala pulak. Nasib baik angin Miss Lysa baik tadi, kalau tidak memang hari pertama kau kerja memang dah kena bahan dengan pekerja lain" kata Razak dan selitkan teguran kepada Firaz. Firaz cuma menganggukkan kepala sahaja

"Sudah lah, kau tak pergi lunch lagi kan? Aku naik atas dulu" kata Razak dan mengorak langkah ke lift untuk pergi ke ruang kerjanya.

Firaz melangkah kaki ke meja makannya. Kasyan tersentak disebabkan kerusi sebelahnya ditarik kasar.

𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓Where stories live. Discover now