🥀Capter 2

52 2 0
                                    

  Empat buah motorcycle superbike tiba di satu tempat yang dipenuhi oleh masyarakat Malaysia. Waktu yang hening memberi ketenangan kepada mereka yang berbual sesama rakan-rakan mereka.

Empat gadis melangkah masuk ke dalam restoran tersebut. Mata-mata yang memandang mereka dibiarkan sahaja. Sapa yang tak pandang, kalau pelanggan restoran itu dipenuhi dengan jejaka-jejaka terhangat di pasaran.

"Welcome, girls!" Sambut salah seorang pelayan di restoran itu.

Mila cuma menundukkan kepala dan mereka menuju ke meja yang kosong.
Pelayan itu membontoti sahaja empat gadis tersebut.

"Order? " tanya pelayan itu. Selepas meletakkan buku menu dia atas meja mareka.

"Later" kata sepatah oleh salah seorang gadis di situ, Sarah.

"Nanti kita orang dah pilih makanan, saya panggil balik okey" kata ramah Iesya. Iesya memandang pelayan tersebut. Pelayan itu cuma mengangguk kepala banyak kali dan beredar dari meja itu.

"Kau ini, tak payah nak dingin sangat boleh?" Tegur Iesya kepada kawannya. Sarah cuma menaikkan matanya ke atas sahaja. Menyampah.

"So! How?" Tanya Sarah dan matanya menatap wajah gadis yang berada di depannya.

Lysa mendiamkan diri dan jejari cuma memainkan watak di telefon bimbit sahaja. Tidak berkenan untuk menjawab soalan kawannya.

Sarah mengetap gigi dan menatap Mila dan Lysa saling berganti.

"Memang kau orang berdua tak nak cakap apa-apa ke?" Geram nada Sarah apabila tak ada seorang pun menjawab persoalannya.

"Apa?, kau nak tahu apa" balas Mila dan membalas penatapan kawannya.

"Kemarin kau langsung tak angkat call kita orang. Kenapa eh? " tanya Sarah dan mahukan penjelasan dari Lysa.

"Macamlah kau tak kenal boss aku ini, keras kepala! " jelas Mila.

"Aku tak nak dengar dari mulut kau! Aku nak dengar dari mulut dia! " bengang Sarah apabila orang lain yang jawab.

"Lower your voice, Sarah" mendatar suara Lysa membalas. Sarah menyandarkan badannya di kerusi itu. Tenangkan diri.

"Kau dah kenal aku lama Sarah, benda itu basic, macam sebelum ini aku tak pernah buat" macam biasa suara mendatar Lysa membuatkan tiga gadis itu mengetap bibir mereka.

"Kita orang risau, Lysa. Kami mati akal nak jawab semua pertanyaan Papa tahu tak? " kesal nada Sarah. Pelbagai jawapan mereka hadap dari Dato Emier. Antaranya 'semua okey ke? ' 'mana Lysa pergi? ' 'kenapa Papa call dia tak angkat? ' 'kenapa morning ride dia lama sangat? '. Risau sahaja nada Dato Emier masa itu.

"Now you see me, I'm okay right? " Lysa membuka lengannya dengan lebar. Untuk menunjukkan dia baik-baik sahaja.

Sarah mengeluh sahaja dengan perangai Lysa. Macam-macam betul sikap minah ini.

"Okaylah, sekarang kita enjoy okay! Lupakan lah jelah pasal tu and let's make this night special day, okay! Waiter! " semangat Iesya memanggil pelayan itu. Pelayan itu datang dengan senyuman.

  Jejaka itu memusingkan kepalanya ke kiri. Cantik jugak. Dia menyedut minumannya dengan straw.

"Wei, tengok group tepi kita ini. Cun doh! HAHAHHAHA. " kata seorang jejaka di situ, Firaz.

Daiyyan memusingkan kepalanya kebelakang. Matanya nampak gelak tawa gadis-gadis disitu. Dia memusingkan balik kepalanya dan

Pak!

𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓Where stories live. Discover now