🥀Capter 5

31 5 0
                                    

  Vroom vroom!

Lysa selamat sampai di rumah mereka. Lysa bercadang untuk merehatkan badannya di rumah itu kerana rumah itu paling dekat dari tempat kerjanya.

Buka sahaja pintu rumah utama, pandangan pertama Lysa adalah kawan-kawannya yang sedang duduk di ruang tamu rumah itu.

"Hey! Duduk sini" ajak Iesya selepas perasan kehadiran Lysa yang berada di belakangnya. Mereka cuma memakan kuaci sambil melayan cerita yang tengah ditayangkan.

"Layan cerita apa? " tanya Lysa. Layan semacam aje dia orang ini?.

"Entah lah, apa entah tajuk dia" balas Mila.

"Aku Kahar, kapla high council" suara garau Iesya kedengaran.

Lysa memandang pelik pada kawannya. Asal dia ini? Terencat ke apa?

"Tak! Kan ada dia kata macam itu, jadi aku ikut lah" jelas Iesya selepas perasan pandangan pelik kawannya. Haih addicted betul

"Hmm, nak keluar ke malam ini" Sarah bertanya kepada kawannya. Mana lagi mereka nak keluar selain keluar ambik angin. Ride lah apa lagi.

"Tak payahlah, aku nak rehat sahaja malam ini" kata Lysa sambil mengeliatkan badannya. Kebelakangan ini, badannya tidak cukup berehat dan malam ini sahaja waktu baliknya awal. Kalau tidak memang lewat lah balik.

"Okay lah, aku naik dulu"

Lysa mengorak langkah naik ke atas dan menuju ke biliknya. Dalam fikirannya cuma ada bayangan katil sahaja.

Buka sahaja pintu, kaki Lysa langsung pergi kearah katil dan merehatkan tubuh badannya dengan menyandar tubuhnya di kepala katil. Lysa mengambil telefon bimbitnya di dalam beg tangan.

"Bad date, patutlah" ketawa sinis Lysa kerana baru perasan tarikh pada hari ini. Tarikh yang membuatkan dirinya berubah. Tarikh yang membuatkan keluarganya hancur. Tarikh yang membuatkan dirinya nekad untuk tidak mempercayai sapa-sapa dan tarikh yang membuatkan dia tidak tahu langsung apa maksud erti 'Mama'.

Ya Mama. Mama. Disebabkan 'dia' kehidupan keluarganya hancur begitu sahaja kerana 'dia'. Lysa menahan sahaja tubir air matanya dari jatuh. Dia tidak patut ingat tarikh itu. Hatinya sakit apabila mengingatkan perkara itu.

"Don't be so weak, Lysa" katanya untuk mengingatkan dirinya jangan sesekali menampakkan dirinya lemah. Sikap itu dia tanamkan dalam dirinya. Tak akan menunjukkan sikapnya itu.

"Just let it go " kata seseorang di muka pintu. Lysa memalingkan kepalanya untuk melihat siapa gerangan yang berada di permukaan pintu biliknya.

"Boleh aku masuk? "

"Masuklah"

Iesya masuk ke dalam bilik dan melaburkan punggungnya di sisi katil. Iesya memandang lama wajah Lysa, tenang sahaja balasan wajah Lysa dengan pandangan kawannya.

"Just let it go"

Sunyi

"Aku tak nak kau sakit, Lysa.. "

"Aku tak akan titiskan air mata aku untuk orang macam dia"

Keras dan beku sahaja balasan dari Lysa. Mukanya tegang apabila memandang wajah kawannya.

"Kau perempuan Lysa, kau patut lepaskan semuanya. Jangan sesekali pendam. Ia akan menyakitkan kau" tegur Iesya kepada kawan baiknya.

"Lagi satu, kau patut memaafkan. 'Dia' itu syurga kau. Ingat itu! " Iesya mengingatkan kawannya tentang perkara satu itu.

𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓Where stories live. Discover now