Aisyah masih termenung memikir apa yang diperkatakan oleh anak kecil itu.Anak dia tidak setaraf?
"Aisyah sayang taknak makan kee?Termenung je."kata Mummy sambil mengusap bahu menantunya.
Aisyah tersentak.Dia mengukirkan senyuman pada Mummy.Dia mengeleng perlahan.Rasa tiada selera mahu makan tika ini.
"Aisyah ada masalah?"soal Mummy.
Laju kepala Aisyah mengeleng.Dia tidak mahu sesiapa tahu apa yang dia rasa.Cukuplah dia yang rasa.Datin Rahima hanya mengganguk dan pergi.
ADAM POV
Apabila dengar apa yang diperkatakan oleh anak kecil itu Adam tidak rasa Aisyah akan ceria seperti sebelum ini.
"Kau okey ke?Jangan nak buat muka kat majlis orang."kata Adam.
Aisyah hanya memandang dia dan termenung semula.Mereka berada di luar dewan hotel.Aisyah memandang langit yang hitam tanpa ada cahaya daripada bintang.
"Tak de apa.Saya mintak maaflah sebab tu saya keluar.Awak masuklah."kata Aisyah pada aku.
Dia turut memandang langit yang hitam itu.Selepas itu,mata memandang wajah cantik milik Aisyah.Wajah yang sangat indah dipandang.Wanita yang sedang membawa anaknya walaupun bukan kerelaan dirinya sendiri.
"Kau fikir pasal budak tu kata?Kau jangan risau lepas saja kau lahirkan anak tu dia akan jadi setaraf sebab aku yang jaga bukan perempuan miskin macam kau."kata Aku.
Aisyah tersenyum sambil memandang dia.
"Awak kena ingat satu Adam walau apapun awak buat pada anak tu,awak tak boleh tukar siapa yang mengandung serta melahirkan dia.Saya sedar taraf kita sangat berbeza tapi saya masih ada maruah.Jangan risau lepas saja melahirkan anak awak ,saya sendiri akan minta cerai pada awak."kata Aisyah.
"Saya perempuan miskin,kolot,bodoh dan murah ni dah penat untuk berjuang dan saya sendiri akan meletakkan jawatan sebagai isteri awak selepas saja saya melahirkan anak awak."sambung Aisyah sambil tersenyum tawar dan melangkah pergi.
Aku hanya memandang pemergian Aisyah sudah masuk semula ke dalam dewan.Dia buntu antara Aisyah atau Mira.Dua-dua adalah wanita yang dia sayang dan cinta.Antara sayang dan cinta mana yang lebih tinggi?Sudah tentu cinta!
"Aku takkan pernah suka dan cintakan Aisyah.Wanita murah macam kau tak layak mendampingi aku."kata Adam sendirian.
Dia membetulkan kotnya dan masuk semula ke dalam dewan.
END ADAM POV
Dalam perjalanan Aisyah hanya diam saja.Lagu yang bermain di corong rodio itu sangan memberi impak padanya.
"Tak mau kehilangan,tapi lelah berjuang"
Ayat yang dia rasa paling dekat padanya.Dia tak mahu kehilangan Adam dan anaknya tapi apakan daya dia penat untuk mempertahankan cintanya pada Adam.
Lamunan dia tersentak apabila Adam berdehem.
"Esok kau ada chek-up baby kan?Pukul berapa?"soal Adam.
"Sembilan."jawab Aisyah sambil memandang langit semula.
Adam hanya mengganguk.Sedar tidak sedar mereka sudah hampir sampai.
"Esok Adam taulah baby ikut jantina Mummy ke Daddy dia.Kalau laki mungkin macam Adam kot."kata Daddy.
"Tak kira laki ke perempuan Daddy Adam okey je.Asalkan dia duduk dengan Adam."balas Adam sambil bermain telefonnya.
Aisyah terdiam.Salah ke kalau anak mereka tinggal dengan dia?Salah ke perempuan miskin jaga anak kandung sendiri?Mati ke budak tu?
YOU ARE READING
𝙰𝙳𝙰𝙼 𝙰𝙸𝚂𝚈𝙰𝙷 [𝙾𝙶]
Action[Series Vol.3] "Saya dah lama sukakan awak..." Adam Leo Rizky- Seorang lelaki yang sangat tegas dan dingin.Dia juga anak tunggal dari hasil perkahwinan Baba dan Mummynya.Diminati oleh semua wanita diluar sana.Sengan wajah yang tampan dan bermata bir...