Jarinya mula bergerak. Matanya pula melihat kekiri Dan kekanan. Entah apa Yang dicari pun dia tidak tahu. Yang dirinya tahu sekarang ini ialah dia akan ditemu duga di kedai Butik berhampiran dengan rumahnya. Jam dinding dilihat. Jarum panjang menunjukkan lagi sikit mahu pukul 12 tengahari.
"NurDayla Hanna."
"saya"
"Puan sudah panggil. Cik Dayla boleh ikut saya" Katanya tanpa basah basi. Dayla hanya mengangguk tanda setuju. Kalau dia tidak mahu sah-sah lah dirinya menolak untuk bekerja disitu. Terus Dayla bangkit mengikuti jejak langkah wanita dihadapannya.
"Puan Aurora. Cik Dayla sudah sampai"
"Suruh dia masuk. Fatin. Awak boleh keluar lunch awal. Biar saya seorang di sini." Arah Puan Aurora. Fatin mengangguk lalu meninggalkan Dayla bersama Wanita dihadapannya itu. Walaupun wajah wanita dihadapan Dayla itu ditutupi dengan purdah, wanita itu tetap cantik dipandang. Matanya yang tiba-tiba mengecil menunjukkan bahawa wanita itu sedang tersenyum ketika ini.
"Dayla. Sudah bersedia ke belum?"
"Cik Maiyyah! Dayla belum berani lah nak ambil tempat Cik Maiyyah ni. Kenapa tiba-tiba saja? Banyak lagi yang berpengalaman dalam bidang ni tapi kenapa pilih Dayla?" soal Dayla tanpa ragu-ragu. Betul. Sekarang ini dia sedang berbicara dengan wanita yang amat dikenalinya. Maiyyah ataupun dikenali sebagai Aurora Sumaiyyah. Pemilik Butik yang dia akan bekerja selepas ini.
"Siapa kata?"
"Hah?"
Suamiyyah tersenyum melihat anak saudaranya.
"Siapa kata Dayla tak boleh ganti tempat Cik Maiyyah? Kalau Dayla rasa Dayla tak boleh habistu apa guna belajar sampai tahap degree dalam bidang fesyen tapi takut macam ni? Dayla. You have to believe yourself. Cik Maiyyah pun sekarang sudah tua. Malas sikit" Kata Suamiyyah. Jujur, sejak 10 tahun dia mendirikan butik ini semua berjalan seperti yang diharapkan. Sekarang usianya mencecah 32 tahun. Walaupun usianya Agak tua untuk memiliki zuriat lagi tapi ini semua kehendak Pencipta. Dirinya sekarang mengandung anak keempat dan sekarang ini sudah mencecah 9 bulan.
"Cik Maiyyah rasa lepas bersalin ni Cik Maiyyah terus nak duduk rumah. Pakcik kamu itu pun sudah tak kasi Kerja lagi. Biarlah dia kerja seorang" Ujar Suamiyyah lagi. Dayla mengeluh.
"Okay. Dayla boleh buat tapi kasi Dayla minta izin dengan Abi boleh? mama sudah izinkan. Sekarang ini tinggal Abi seorang saja." Soal Dayla.
"Boleh. kalau macam itu Dayla nak lunch dengan Cik Maiyyah ke? Pakcik Naufal sudah tunggu di hadapan"
"Tak apalah. Dayla nak ambil adik-adik balik sekolah. Kalau Cik Maiyyah sudah tak boleh jalan. Cuti sajalah. Nanti Dayla tolong tengok-tengok kan dekat sini sebelum Abi izinkan untuk kerja." terang Dayla. Takut pula dengan keadaan Makcik nya sekarang ini.
"Dayla pergi dulu. Assalamu'alaikum"
"Waalaikumsalam"
Matahari sudah tegak atas kepala. Kelibat adik-adiknya masih lagi tidak kelihatan. Mata dipejamkan seketika. Pintu juga dikunci. Takut pula ada perompak nanti.
Tidak lama kemudian cermin tingkap diketuk seseorang. Dayla membuka matanya. Dia mengeluh sendiri."lambat" lock kereta dibuka.
"Sorry Along. Cikgu lambat keluarkan sebab esok cikgu bagitahu ada tusyen" ujar lelaki yang baru saja memasuki kereta. lengan baju biru yang panjang dilipat kemas. Tali leher dibuka lalu diletakkan didalam beg sekolah.
"Angah. Mana adik mu seorang tu?" soal Dayla tidak puas hati. lelaki itu menggelengkan kepala tanda tidak tahu.
"Mana Ayyan tahu. Dia tak bagitahu apa-apa pun pagi tadi." ujar Ayyan.
YOU ARE READING
Hati ada Cinta [OG]
Short StorySIBLINGS SERIES 1🌷 "Mata buta ke?" "Excuse me?" "Ouh. celik lagi rupanya" pertama kali NurDayla Hanna berjumpa dengan pemilik kedai kopi yang berada di sebelah butiknya sudah macam anjing dan kucing. Nak dikatakan sakit hati ada juga. "Saya sudah...