"Cinta sudah berputik ke Along?"
Kepala digelengkan beberapa kali. Muka ditampar kuat. Sudah kenapa dengan adiknya sorang ini. Bila masam muka disuruh berbaik. Sudah berbaik dikatakan pula bercinta. Tak faham lah!
"Apa yang digelengkan kepala banyak kali tu Along?" Amira mendekati kakak sulungnya. Dari tadi dia perasan yang kakaknya itu asik menggelengkan kepalanya.
"Angah lah!" ujar Dayla bengang.
"kenapa dengan angah? elok je adik nampak angah main gitar dekat balkoni atas" soal Amira pelik. Elok saja dia melihat abangnya bermain dengan gitar kesayangan di balkoni atas rumah mereka. Dayla mengerutkan keningnya.
"Main gitar malam-malam? nak panggil hantu ke apa? Nanti Abi marah baru tahu. Tengok sajalah nanti" ujar Dayla. waktu siang tak mahu pula main gitar. Dah malam buta baru nak dipetik tali gitar tu!
"Hah mengumpat!"
"Angah! Terkejut adik!" Sergahan Ayyan berjaya membuatkan si bongsu terkejut. Dayla hanya menjeling kearah adik lelakinya itu. Nasib lah tak terbaling buku nota yang dipegang amira. Kalau tak nanti ada yang kena makan buku!
"Main sergah orang pula. Nak adik dengan along mati kejung ke dekat sini? Kenapa ke sini? kena marah dengan Abi lah tu. padam muka!" Lidah di jelir kearah adiknya.
"Along"
Dayla kaku. Dilihat Puan Allysha mencekak pinggang melihat kearah mereka bertiga. Dayla hanya mempu tersengih.
"Maaf. Kenapa mama tak tidur lagi? Abi mana? Dah pening kepala dengan peragai satu-satunya anak lelaki dia ini ke?"
"Abi dekat dalam bilik. Tengah baca surat khabar. Biar dia. Nanti mata tu rabun sibuk bising kenapa mata dia kabur. Padahal diri sendiri cari penyakit! Ini mama nak cakap sikit. Esok sekolah angah ada buat majlis tingkatan 5. Sekali dengan majlis restu ibu bapa. dua minggu lagi kan angah nak spm" terang Puan Allysha.
Kepala digaru.
"Sudah itu?" soal Dayla pelik.
"Mama dengan Abi tak dapat datang lah. Ada hal mustahak nak kena buat esok. Along boleh gantikan tempat mama tak?" Si ibu menyampaikan hasratnya. kepala diangguk. Dayla dengan senang hati mahu pergi ke sekolah adiknya.
"Boleh je. Lagipun kan esok cuti. Butik tutup sebab esok barang banyak nak masuk" terang Dayla. Esok butik tutup disebabkan banyak barang akan di restock baru. Kalau buka nanti takut sempit pula. Pelanggan pula akan berasa kurang nyaman. sebab itulah Dayla membuatkan keputusan untuk tutup saja butik.
"maaf sebab mama menyusahkan Dayla" Rasa kasihan pula Puan Allysha melihat anaknya. Tak pernah berkata tidak jika untuk suruhan dari nya atau pun Abinya. Takut pula jika anak sulungnya itu tiada masa untuk berehat.
"Eh tak apa. Lagipun budak nakal ni kan tanggungjawab Along jugak!" Terus lengan diletakkan dileher ayyan. Bagaikan mahu bergusti mereka berdua di situ. Amira sudah menggelengkan kepalanya. Sudah masak dengan peragai kakak dan abangnya. Pertengkaran mulut berlaku. Puan Allysha sudah pening kepala. Amira sudah berganjak dari tempat duduknya untuk menuju ke katil.
Baru selangkah menuju ke pintu, suara Encik Daiyan bergema di seluruh pelusuk rumah.
"Along! Angah! dah pukul 11 malam masih nak memekak lagi?! Nak tidur luar ke malam ni?!"
"Itu. Abi dah bising dah tu! Along pun satu. bilik Abi depan tu je. tak kan dah lupa. kau berdua ni memang nak kena tidur luar macam dulu-dulu kan?" Puan Allysha mula berceloteh di malam hari.
"Puan Allysha! sudah-sudah lah tu bual dengan anak-anak. Sekarang ni masa untuk tidur!" sekali lagi Encik Daiyan menjerit. Puan Allysha membuat riak muka tidak puas hati. Dayla sudah tergelak melihat raut wajah mamanya itu.
"Bising pula bapak korang tu. Sudah lah. mama nak masuk bilik dulu. jangan tidur lambat." terus Puan Allysha pergi meninggalkan mereka. Begitu juga dengan anak bongsunya.
"Nanti mesti Abi yang kena bebel dengan mama. Siapa suruh jerit tak ingat jiran sebelah" ujar Ayyan.
"shut! nak kena tidur luar ke?!" bengang Dayla. Ayyan pun satu. Cakap sudah lah kuat! macam Abi dia juga!
"HAHA! teringat angah masa kita kena duduk luar tu. Siapa suruh main dekat taman sampai tak ingat dunia. Adik lah ni! sibuk nak main buai. Tahu-tahu jatuh. lepastu kita yang kena marah dengan Abi" Ayyan sudah membuka cerita lama.
Dayla tergelak. Masih terngiang-ngiang dalam ingatannya bila mereka berdua terpaksa tidur di luar rumah. Waktu itu mereka masih tinggal di rumah lama mereka. Dayla berusia 13 tahun, Ayyan pula sudah berumur tujuh tahun. Amira pula masih lima tahun.
Amira meronta-ronta mahu mengikuti kakak dan abangnya pergi ke taman. Encik Daiyan hanya membenarkan saja kerana jarak taman permainan tidak jauh dengan rumah mereka asalkan mereka pulang tepat pada waktunya. Nak dijadikan cerita Amira pula tidak mahu pulang. jam sudah menunjukkan pukul enam setengah petang. adiknya itu Ingin meneruskan untuk bermain. Dayla yang sudah penat memujuk terus mendukung adik bongsunya itu lalu terjatuh. sepatutnya mereka hanya boleh bermain sampai pukul lima petang saja. Tapi disebabkan amira, semuanya jadi huru-hara!
Balik saja dari taman permainan Puan Allysha sudah membawa anak bongsunya yang sudah menangis tak henti-henti. Encik Daiyan pula sudah bercekak pinggang menunggu di pagar rumah mereka.
"Masa tu kita kena duduk depan pintu rumah. sampai pukul 7 malam. Lepastu Abi terus panggil suruh mandi lepastu solat."
mereka berdua gelak bersama-sama.
"Masa nak mengaji tu lagi lah. Punya takut nak pandang muka Abi sampai baca alif ba ta pun tergagap-gagap!" tambah Ayyan. Itulah memori yang paling tidak bisa mereka lupakan.
"kepada kakak dan abangku yang sangat dicintai, Abi cakap sekejap lagi Abi jalan tengok bilik sorang-sorang. Sesiapa yang tak tidur lagi boleh tidur dekat bilik air bawah. sekian terima kasih" Amira menyampaikan ucapan si ayah dan berlalu pergi.
"personal assistant Abi dah datang. jadi kita kena tidur." Ayyan yang duduk di atas lantai terus bangkit untuk kembali ke biliknya. Dayla sudah menutup lampu bilik. Terus badan terbaring di atas katil. Mata mula kabur. Lama kelamaan Dayla nyenyak tidur dibuai mimpi.
"Angah"
"Apa lagi? Nanti Abi datang lah" jantung Ayyan sudah berdegup kencang. Takut-takut Encik Daiyan akan menyergahnya.
"Kau tahu tak kenapa Abi dengan mama tak dapat datang esok?" soal Dayla.
"Bukan tadi mama dah cakap, esok mama dengan Abi ada hal. Mungkin pergi rumah kebajikan kut?" terang Ayyan. Cepat-cepat Dayla menggelengkan kepalanya.
"Bukan"
"Habistu?" soal Ayyan pelik.
"sebenarnya kau ni anak angkat. Along ambil kau dekat tong sampah nyonya hujung taman ni. Maaflah sebab Along baru bagitau tentang hal ini. Dan sebab itulah mama dengan Abi kurang beri kasih sayang dekat kau" kata Dayla dengan muka sedihnya.
"Along!"
"Okay sorry! Haha! Sudah. Pergi tidur nanti Abi datang" di halau adiknya itu lalu pintu kamar ditutup. Pasti esok pagi gadis itu akan menadah telinga asbab perkara tadi. Bersedialah! HAHA!
YOU ARE READING
Hati ada Cinta [OG]
Short StorySIBLINGS SERIES 1🌷 "Mata buta ke?" "Excuse me?" "Ouh. celik lagi rupanya" pertama kali NurDayla Hanna berjumpa dengan pemilik kedai kopi yang berada di sebelah butiknya sudah macam anjing dan kucing. Nak dikatakan sakit hati ada juga. "Saya sudah...