"Tiga orang?! Mana nak cari? Kenapa dah seminggu baru nak cakap dengan Dayla!" sedikit bengang diwajah gadis itu sekarang ini. Fashion show untuk tiga hari lagi memerlukan tiga orang model lelaki. Kak Fatin baru saja memberitahu dirinya sekarang. Mana nak cari?!
"Kak Fatin lupa. Tapi kan Dayla sendiri yang nak keluarkan baju Melayu itu minggu ini. Kak Fatin dah bincang dengan sesetengah orang untuk jadi model kita tapi dia orang semua tolak" terang Fatin. Rasa bersalah pula kerana lupa tentang perkara sepenting ini.
Melihat wajah Fatin yang serba salah membuatkan Dayla berasa lebih serba salah.
"Tak apa. Dayla tak marah Kak fatin pun. Tak apa. Biar Dayla yang cari model itu. Tapi betul ke kita hanya nak tiga model saja?" soal Dayla serius. Kan nanti dah dapat tiga rupanya nak lebih.
"Untuk fashion show nanti, kita dah sediakan enam baju Melayu yang akan kita keluar kan nanti." terang Fatin.
"Sempat ke tiga orang tu nak tukar baju? Fashion show ini kita kongsi pentas dengan Butik lain kan?" Tanya Dayla. Kalau ada enam baju dan model kita hanya ada tiga, mana sempat nak menukar baju.
"Betul juga. Untuk model perempuan semua dah siap." Kata Fatin. Dayla mengangguk. Kalau bagi model perempuan, dia sendiri sudah tahu. Semuanya sudah perfect!
"Nak minta tolong siapa eh?" gumam Dayla didalam hati. Cepat fikir Dayla! Guna kan otak yang ada dekat kepala kau ini!
"Adik Dayla tu.."
"Wait! Ya Allah Kak Fatin. Dayla tak pernah terfikir yang Dayla ada adik lelaki! Terima kasih! Dayla pergi dulu!" beg tangan diambil lalu dia meninggalkan Fatin yang terpinga-pinga.
"Ummi yakin. jodoh anak ummi ni dengan si cantik manis tu"
Terus kepalanya di geleng kuat. Kata-kata Puan Hasmah malam tadi terngiang-ngiang dikepala nya. Puan Hasmah mahu Aathif berkahwin. Kenapa tiba-tiba? Nak kata belum ada menantu, sudah ada dua orang. Ini kes nak tambah menantu ke apa?
"Nak ke dia? Tapi ummi pun suka dekat dia" Aathif bercakap dengan diri sendiri. Terus dia menyandarkan badannya di kerusi. Dia berfikir sendirian di penjuru dinding.
"Kau tengok abang kau tu. Fikir apa?" soal Ayyan. Dia berbisik kepada Amir yang sibuk menyusun kek.
"Oh. Ummi suruh dia kahwin dengan pilihan ummi. Itu yang macam itu kut" Terang Amir. Dia ada ketika Puan Hasmah menyampaikan hasratnya. Ayyan mengangguk ngerti.
"Siapa perempuan itu?" soal Ayyan.
"Entah Aku-"
"Angah!" bergema suara seorang gadis yang baru saja masuk kedalam Cafe itu. Sampaikan terkejut Aathif yang dari tadi sibuk mengelamun sendiri.
"Kenapa terjerit macam kena rasuk ini?" Ujar Ayyan. Malu dibuatnya. Nasib lah tiada pelangan waktu ini. Dayla hanya tersengih memandang adiknya.
"Ice coffee satu. Oh. Lepastu Along nak cakap dengan angah sikit. Amir pun." terus dia duduk di meja paling hadapan dengan pintu. Bukan apa, senang nak balik nanti.
Aathif berjalan ke arah dapur. Mendekati Ayyan yang giat membuat air buat kakaknya. "Kenapa dengan kakak Ayyan itu?" soal Aathif.
"Katanya ada yang nak dibincangkan." terang Ayyan.
"Kalau macam itu ayyan pergi lah. Biar abang yang buat." kata Aathif. Ayyan hanya mengangguk. Ditarik tangan Amir yang menunggu nya dari jauh. Aathif pelik.
"Amir sekali?" gumam nya didalam hati.
Selang beberapa minit Aathif berjalan kearah Dayla sambil membawa Ice coffee berserta cake berperisa coklat.
"Ini semua gila!" jerit Ayyan tiba-tiba. Nasiblah tak tergolek dulang yang dibawa Aathif. Terus dulang itu diletakkan di atas meja. "Apa yang gilanya?" Soal Aathif.
"Kak Dayla nak Amir dengan Ayyan jadi model untuk fashion show butik kak Dayla nanti" terang Amir. Kalau disuruh Ayyan tak apalah. Adik sendiri. Ini dengan dia sekali yang kena!
"Boleh lah eh? Amir. Angah. Nanti kakak upah kau berdua. Boleh lah!" pujuk Dayla. Ini saja jalan yang ada.
"Kita tolong lah kakak kau ini Ayyan. Kesianlah. Kau tak kesian dekat kakak kau ke? Aku boleh je. Setakat berjalan pusing satu dua kali." Ujar Amir. Terus bersinar mata Dayla apabila Amir berkata begitu.
"Terima kasih Amir. You are the Best! Angah! Along tak kira, mu kena ikut juga! Nak atau tak nak! Muktamad!" arah Dayla. Aathif yang ada di situ masih terpinga-pinga.
"Amir. Sudah mesej dorang ke?" soal Dayla tiba-tiba. Makin berkerut wajah Aathif. "Dah waktu lunch. Nanti diorang sampai" terang Amir.
"Sekejap. Tengah berbual pasal apa ini? Tak faham lah. Siapa yang nak datang waktu tengahari ini? Kenapa tak ada siapa pun yang bagitahu? Ada orang tempah Cafe kita ke?" soal Aathif bertubi-tubi.
"Assalamu'alaikum"
Aathif memandang gerangan yang datang secara mengejut. "Eh Aqeel? Aiden? Buat apa dekat sini?" soal Aathif pelik.
"Ramai nya dekat sini? Ada jamuan makan-makan ke?"
"Hifzan?" makin pelik dibuatnya. Ada meeting apa pula ini?
"Kenapa Amir? Panggil kita orang untuk datang sini. Ada misi penting ke? Abang kau nak kahwin ke?" kata Aqeel. Mahu mengusik Aathif.
"Ini hah. Kak Dayla nak jumpa" Terang Amir. Jejaka-jejaka Malaya semua memandang sesama sendiri. Dayla? Mahu berjumpa dengan mereka? Terus kerusi ditarik ke arah meja yang diduduki gadis itu.
"Dayla nak jumpa abang-abang kacak macam kita orang ini sebab apa? Dah jatuh cinta dengan salah seorang ke?" ujar Aqeel.
"Kau kacak?" Aathif membuat muka meluat. Memang wajah Aqeel kacak pun.
Tapi Aathif Bakhtiar lagi kacak!
"Haah aku kacak. Kawan-kawan aku semua kacak belaka" Terus dia tersengih sendiri. Bab memuji diri sendiri Aqeel nombor satu. Tak Ada sesiapa Yang boleh kalahkan dia dalam soal memuji diri sendiri ni.
"Sudah lah itu. Saya ajak korang semua datang sini bersebab." terang Dayla.
"Sebab? Sebab apa?" tanya Aiden lembut.
"Kalau boleh, saya nak korang semua jadi model baju Melayu untuk butik saya. Boleh minta tolong tak?" Dayla menyampaikan hasratnya untuk kedua kalinya. Memang ini saja jalan yang ada.
"Kami?! Jadi model?!" Jawab Hifzan Agak terkejut.
"Boleh lah. Hanya untuk acara fashion show nanti." kata Dayla lagi.
"Bila itu Dayla? Kalau kita orang tak ada perkara penting boleh je kita orang tolong. Tapi kena bagi tahu awal lah." ujar Aiden. Dia memang tidak ada masalah jika tiada hal mustahak. Hafiz Aiden memang seorang yang suka membantu.
"Sabtu ini?" Dayla tersengih memandang wajah jejaka tampan di hadapannya.
"Malam ke pagi? Kalau pagi tak boleh. Aku bangun je dah pukul 10 pagi. Mandi setengah jam. Nak keluar rumah mesti kena termenung dulu." Mula lah Aqeel bercerita tentang rutin hariannya setiap hari.
"Fashion show ini malam. Lepas Isyak. Tapi kena datang sebelum Isyak lah. Tempat rehat untuk para model, Dayla dah sediakan. Lelaki dengan perempuan sememangnya asing. Tidak bercampur" terang Dayla serius. Bab lelaki dan perempuan sangat dititik beratkan olehnya.
"Bagus lah. Kalau macam itu saya okay je. Yang lain?" Jawab Hifzan. Tiada sebab untuk dia menolak. Aqeel dan Aiden pun ikut bersetuju untuk membantu gadis kecil molek itu. Dayla memandang Amir.
"Amir betul-betul nak tolong kak Dayla kan?" soal Dayla lagi. Gadis itu betul-betul mahukan kepastian. Anggukan Amir membuatkan dirinya berasa lega.
"Saya tak termasuk kan?" Soal Aathif tiba-tiba.
"Eh! Awak sekali!"
"Apa?!"
YOU ARE READING
Hati ada Cinta [OG]
Short StorySIBLINGS SERIES 1🌷 "Mata buta ke?" "Excuse me?" "Ouh. celik lagi rupanya" pertama kali NurDayla Hanna berjumpa dengan pemilik kedai kopi yang berada di sebelah butiknya sudah macam anjing dan kucing. Nak dikatakan sakit hati ada juga. "Saya sudah...