Perut yang terasa tidak selesa disentuh. Mata giat memandang ke kanan hingga ke kiri dinding. Untuk kali pertamanya dia berasa Agak gementar.
"Ya Allah sakitnya perut aku. Rasa nak pergi tandas tapi tak tahu nak buat apa. Aku rasa aku dah nak mati"
"Kenapa pula kau sakit perut ini? Kau takut ke macam mana? Orang lain punya fashion show tapi kau pula yang takut macam apa! Encik Aathif Bakhtiar, kau ni macam orang nak berakad nikah saja!" Kata Hifzan. Dilihat Aathif yang dari tadi tidak senang duduk.
"Orang kalau gementar memang macam ini eh? Jangan kau terberak sudah lah Thif. Tak fasal-fasal habis baju Melayu tu kotor terkena taik kau!" gurau Aqeel. Aiden hanya menggeleng kan kepalanya. Sudah muak dengan peragai kembarnya yang suka bergurau tak kenal tempat.
Tok! Tok! Tok!
"Boleh masuk?"
"Masuk lah" Ujar Aiden yang leka memandang dirinya di cermin. Boleh tahan kacak juga! Tapi kenapa tak ada orang mahukan dia?
"Sudah siap ke? Lagi 10 minit korang semua kena keluar. Majlis pun dah nak mula. Semua okay?" Soal Dayla. Dilihat jejaka-jejaka tampan dihadapan. Baju Melayu yang lengkap bersamping. Ditambah dengan songkok. Indah betul ciptaan mu Ya Allah.
"Kita semua okay. Cuma lelaki tak berapa kacak ni hah yang takut. Macam nak kena nikah paksa" ujar Aqeel lagi. Tak habis-habis dengan gurauan tak seberapanya.
"Qeel. Sudah-sudah lah tu" Hifzan menepuk bahu Aqeel yang berada di sebelahnya.
"Awak okay tak ini? Nak ubat ke?" Soal Dayla Agak risau. Nanti kalau Aathif ini pengsan tiba-tiba masa majlis macam mana? Sudah dia yang rasa bersalah. Aathif membetulkan suaranya.
"Saya okay. Sikit je." Kata Aathif. Walaupun perut macam nak meletup tapi depan gadis itu dia mesti kena pura-pura tidak ada apa-apa. Kena nampak macho!
"Bukan tadi ada yang kata rasa nak mati ke?" Amir berkata dengan suara perlahan namun dapat ditangkap oleh Abangnya. Terus mulutnya ditutup Aathif. Malu lah kalau Dayla dengar!
"Maaf"
Masing-masing menoleh. Melihat seorang staff yang berdiri tegak di belakang Dayla. Sambil menyelak helaian kertas pada tangannya.
"Semua sudah siap ke? Sebab kita kena bergerak kebelakangan pentas sekarang." ujar staff wanita itu. "Semuanya sudah siap. Sekejap lagi kita orang keluar" terang Dayla. Terus pandangan tertumpu kepada para jejaka semula.
"Ready?"
Hampir 3 jam majlis perasmian pengeluaran baju Melayu dan baju kurung bagi butik Miss.Su, Akhirnya semuanya telah berjaya hingga ke akhirnya. Hifzan, Aqeel dan Aiden mengambil keputusan untuk pulang awal. Aathif dan Amir pula masih duduk di kerusi.
"Aku nak pergi jumpa Ayyan sekejap. Bosan lah dekat sini dengan kau bang." terus lelaki itu bangkit dari kerusi yang ia duduki lalu pergi meninggalkan abangnya keseorangan. Aathif melihat sekelilingnya. Terus matanya terarah pada susuk yang amat dikenali. Dia bangkit lalu berjalan kearah gadis itu.
"Seorang?"
Dayla terkejut akibat ditegur secara tiba-tiba. Terus dipandang lelaki disebelahnya. "Iya. Saya seorang. Tengah tunggu Abi saya ambil. Ayyan pula entah mana hilang" terang Dayla. Hari ini Ayah tercinta yang menghantarnya. Mungkin tahu majlis sebegini akan habis lambat.
"Nak tumpang saya ke?"
"Hah? Saya tumpang awak?" Dayla seakan-akan ingin memproses apa yang Aathif sedang bicarakan sekarang. Dia nak hantar aku balik?
"Iya lah sayang"
Terus gadis itu memandang kearah dinding. Mamat ini sudah kenapa tiba-tiba panggil dia sayang pula! Seakan rama-rama terbang di perutnya.
"Dayla. Nak saya tumpang kan awak tak?" soal Aathif lagi. Dia tahu gadis cantik manis dihadapannya ini dengan malu. Ya Allah comel nya!
"Tak. Tak payah lah. Rasanya Abi saya pun dah nak sampai kut. Lagi satu. Tak payah nak bersayang sangat lah" Ujar Dayla. Walhal dalam hati hanya Allah saja yang tahu macam mana.
" kenapa? Nampak macam awak suka saja saya panggil awak sayang" kata Aathif.
"Mana ada saya suka. Saya tak cakap pun yang saya suka awak panggil saya sayang? Lagi pun kita bukan ada apa-apa ikatan pun. Tak manis kalau awak cakap macam tu. Apa yang orang fikir nanti bila diorang dengar" terang Dayla.
"Kalau macam itu jom lah kahwin" Tanpa basah basi Aathif berkata sedemikan. Dayla memandang wajah Aathif seakan terkejut dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu.
"Awak ni dah kenapa?" Dayla seakan bengang dengan apa yang dikatakan oleh Aathif sebentar tadi. Dia ingat senang ke!
"Kenapa apa ya? Sudah itu yang saya nak. Saya nak kahwin dengan awak. Will you marry me?" Aathif memandang redup mata gadis bernama NurDayla Hanna itu.
"Aathif"
"Iya sayang"
"Jangan main-main lah!" marah Dayla.
"Ya Allah saya tak main-main. Saya sayangkan awak. Dari awal perkenalan kita sampai ke hari ini. Izinkan saya untuk menjadi imam awak Dayla?" Dengan hati yang tenang Aathif meluahkan perasaannya kepada Dayla.
"Saya-"
"NurDayla Hanna"
"Abi"
Sebelum Encik Daiyan menghulurkan tangan, Aathif terlebih dahulu menundukkan kepala lalu menyalami tangan lelaki itu. "Awak cakap apa tadi?" Encik Daiyan mahu Aathif mengulangi apa yang dikatakan lelaki muda itu tadi. Betul. Dia sudah mendengar apa yang anaknya dan lelaki itu bual kan tadi.
"Saya. Izinkan saya menjadi imam untuk anak pakcik" Terang Aathif. Hati mula berdegup laju.
"Yakin boleh jadi imam? Betul kamu nak nikah dengan anak pakcik? Solat cukup lima waktu tak?" walaupun Aathif yang tengah disoal siasat tapi Dayla yang berada di sebelah Encik Daiyan yang cuak ketika ini.
"Cukup pakcik Insyaallah dan saya yakin yang saya mampu untuk jadi imam untuk anak pakcik" Itu saja yang dikatakan oleh Aathif. Mata memandang sekejap kearah Dayla tapi dihalang oleh Encik Daiyan.
"Tak payah pandang-pandang. Esok hari Ahad kan?"
Aathif memandang keatas lalu dia menganggukkan kepalanya. Betul lah esok hari Ahad tapi kenapa dengan hari Ahad?
"Jumpa esok. Datang rumah pakcik. Nak bagi ujian sikit. Along jom balik. Angah dah dalam kereta. Balik dulu. Assalamu'alaikum"
"Waalaikumsalam"
YOU ARE READING
Hati ada Cinta [OG]
Short StorySIBLINGS SERIES 1🌷 "Mata buta ke?" "Excuse me?" "Ouh. celik lagi rupanya" pertama kali NurDayla Hanna berjumpa dengan pemilik kedai kopi yang berada di sebelah butiknya sudah macam anjing dan kucing. Nak dikatakan sakit hati ada juga. "Saya sudah...