Bab 16

7 0 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 5 setengah petang. Suara kanak-kanak Yang lincah bermain di taman permainan mula kedengaran. Tak dilupakan ibu bapa yang sibuk melihat gerak geri anak mereka sambil menghirup udara yang segar. Begitu dengan seorang gadis yang tersenyum melihat gerakan daripada budak-budak di situ.

Selang bebrapa minit, skrin telefonnya dilihat. Dia mengeluh sendiri.

"Mana dia ni." gumam gadis itu sendiri.

"Ya Allah!  Ardina!" jerit seseorang lalu duduk disamping gadis itu. Muka tak puas hati diberikannya. "Assalamu'alaikum." ujarnya dengan mulutnya yang mencebik.

"Ya Allah dina. Aku minta maaf lah. Tadi tiba-tiba ada supplier datang kilang. Dia nak jumpa aku. Sebab itu lah aku lambat. Sorry tau" lengan dina dipegangnya.

"Kau Dayla, kalau kau buat hal lagi aku tak nak balik Malaysia terus. Biar kau tak ada kawan dekat sini." Dina menyilangkan tangannya.

"Jangan nak mengada. Kau baru balik Malaysia semalam kan? Tak akan lah kau nak tinggalkan aku dekat sini seorang lagi. Tak baik betul!"

Ardina. Lebih tepat lagi Humairah Ardina. Kawannya dari sekolah rendah sampai lah sekarang. Waktu usianya 10 tahun, ibu bapanya terpaksa berpindah ke luar negara. Dan dia hanya dapat bertemu dengan sahabatnya ini pada waktu cuti panjang sahaja.

"Tahu kau takut. Lagipun aku nak bagitahu kau ni. Papa dengan Mama aku nak pindah Malaysia balik!" jerit Irdina gembira. Lantak lah orang lain nak duk perhatikan mereka berdua.

"Betul ke! Kalau macam itu kau boleh lah selesaikan masalah aku ini" terang Dayla. Kalau dia sendiri yang fikir, boleh pecah kepalanya. Jadi, mari kita serabutkan fikiran kawan sehidup semati yang dah balik Malaysia ini!

"Masalah apa?"

Dayla mengeluh sedikit. "Ada orang nak masuk meminang aku. Tapi aku tak tahu lah nak terima atau tak" jujur Dayla. Itulah yang ada di kepalanya sekarang. Nak terima lelaki bernama Aathif ataupun tidak? Argh! Tak tahu lah!

"Kau kenal tak lelaki tu? Korang kena kahwin paksa ke? Pakcik Daiyan suruh? Ke kau kenal lelaki itu dekat social media?" soal Ardina. Dayla menggelengkan kepalanya. Ardina mengerutkan keningnya. "Sudah tu apa? Kau tak cintakan dia?" soal Ardina lagi.

Kali ini Dayla tetap menggelengkan kepalanya. Cinta? Pertama kali dia melihat Aathif menolong orang tua yang mahu melintas jalan, di situ lah hatinya mula menyukai lelaki itu.

"Dia suka kau tak?"

"Kau ingatkan tak yang aku video call kau? Masa itu aku bagitahu yang butik aku ada fashion show kan? Masa itu lah dia lamar aku" terang Dayla. Tak lama kemudian kepala Dayla diketuk.

"Auch! Sakit lah!" benggang Dayla. Tiba-tiba ketuk kepala orang pula! Dia ingat kepala kita ini bawang ke nak main ketuk-ketuk pula!

"Padan muka! Itu pun tak boleh fikir ke? Kau suka dia dan lelaki tu pun suka kan kau kan? Sudah itu? Terima je lah! Yang kau lambat sangat ni kenapa? Kena caras perempuan lain baru kau tahu!" jawab Ardina.

"Tapi betul ke dia jodoh aku? Kalau bukan macam mana?" soal Dayla lagi. Kalau Aathif bukan jodoh yang Allah tetapkan macam mana? Ardina menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Apa guna solat istikharah cik NurDayla Hanna binti Mohammad Daiyan Haider. Kau tak solat istikharah ke? Cari petunjuk itu Dayla." kata Ardina.

Dayla terkedu. Betul juga!

"Kalau aku tak mimpi apa-apa macam mana? Maksudnya dia bukan jodoh aku lah kan?" tanya Dayla lagi. Sekarang ini fikirannya betul-betul buntu.

"Ya Allah Dayla, jawapan bagi solat istikharah kau tu bukan setakat dari mimpi je. Kadang-kadang jawapan bagi solat istikharah kita tu, ada dekat ibu bapa kita sendiri, ada dekat dalam hati kau itu" terang Ardina.

Hati ada Cinta [OG]Where stories live. Discover now