Bab 6

17 2 0
                                    

[p/s: kalau typo atau sebagainya, maaf lah yerr]


Dayla berdiri di sisi jalan raya. Menunggu lampu pejalan kaki bertukar menjadi hijau. Jam sudah menunjukkan pukul 12 setengah hari dan sekarang ini adalah masa untuk makan tengahari. Dilihat kearah sisi kanannya. Kelihatan seorang lelaki yang sepertinya mahu melintas juga.Tongkat sentiasa disisi lelaki itu untuk memudahkan dirinya berdiri.

Kakinya bukan patah.

Namun kaki belah kanannya tiada. Baju lusuh yang dipakai dan juga beg besar yang di gendong menunjukkan lelaki itu tiada hala tuju.

lampu mula bertukar menjadi warna hijau. Dayla masih ragu-ragu untuk berjalan. Dapat dilihat lelaki yang berada di sebelahnya masih terkial-kial untuk melintas jalan. Orang sekeliling sedikit pun tidak menolong. Dirinya pula seorang perempuan. Perasaan ragu untuk menolong akhirnya timbul.

"apa punya manusia lah! bukan nak ditolong orang ni. aku dah lah perempuan" ujar Dayla didalam hati.

"Abang. Mari saya papah."

"Eh tak apa. Aku ni kuat lagi"

"Tak apa. Abang nak lintas jalan kan? Mari saya tolong papahkan.Tak pun saya gendong abang"

"Aku ni berat. Beg aku lagi berat. Kau tak payah tolong aku. Aku ni kotor."

"Tak apa. Beg tu.."

"Bagi saya tolong bawa kan beg tu." Akhirnya Dayla bersuara. Lagi beberapa saat untuk lampu bertukar merah. Beg yang digalas oleh lelaki itu diambil. Dan lelaki itu dipapah lalu dibawa melintasi jalan. Sampai saja di seberang, lelaki itu hanya tertunduk.

"Terima kasih tolong aku"

"Sama-sama"

Kedua orang lelaki yang berada dihadapan Dayla bersalaman. Dirinya hanya mampu terdiam. Seorang jejaka muda dan seorang lagi jejaka yang sudah berusia.

"Cik pun. Terima kasih. Aku pergi dulu." Lelaki itu mengambil beg yang dibawa Dayla tadi. Dayla hanya melihat pemergian lelaki itu.

Ah! dia terlupa sesuatu!

"Encik!" Terus Dayla berlari kearah lelaki yang di tolonginya tadi. Lelaki yang berada di belakangnya ditinggalkan begitu saja.

"Kau nak apa? Aku ada tinggal barang ke?Atau aku ada terambil barang kau?" Soal lelaki itu. Hampir saja dia mahu duduk di atas simen namun sempat Dayla menghalang.

"Bukan. Encik tak tertinggal barang dan Encik tak ambil barang saya. Cuma saya nak bagi encik ini. Encik fikir lah yang mana baik dan yang mana buruk. Hanya ini saja yang saya dapat tolong." Satu kad dihulur. Lelaki itu mengambil nya dengan baik.

"Saya pergi dulu. Assalamu'alaikum."

"Waalaikumusalam"

Terus Dayla berlari menuju ke tempat tadi. Tempat dimana dia meninggalkan jejaka muda tadi. Lelaki itu hilang.

"Mana dia pergi?" Dayla menyoal dirinya sendiri.

"Dayla!"

"Kak Fatin. Buat apa dekat sini?"

"Buat apa? Cari awak lah Cik NurDayla Hanna. Kata tadi nak pergi Family mart tapi ni kenapa dekat sini? Cari siapa?" soal Fatin. Dari jauh dia memperhatikan kelakuan Dayla. Seakan mencari sesuatu.

Dayla mengeleng.

"Tak cari apa-apa lah. Jom. kita tak payahlah pergi family mart." Terus tangan Fatin ditarik lembut.

°°°°

Cawan yang berisi Coffee itu diletakkan diatas meja bersama cake coklat yang sudah dipotong kemas. Tidak ketinggalan secalit senyuman di bibir.

Hati ada Cinta [OG]Where stories live. Discover now