Kain satin yang berada di atas meja dilipat dan dimasukkan kedalam plastik. Alhamdulillah, sudah hampir setahun dia bekerja di butik yang awalnya bukan miliknya. Tapi sekarang, butik ini sah menjadi miliknya sendiri.
Telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Butang hijau ditekan lalu Dayla membuka pembesar suara. Telefonnya diletakkan di atas meja. "Assalamu'alaikum dina? Awat hang call aku ni? Ada apa-apa ke?" ujar gadis itu sambil tangannya giat membersihkan kain yang berantakan di atas lantai.
"Jom makan?" kata Ardina di atas talian.
"Makan? Dekat mana? Aku nak siapkan kerja aku sekejap, lepastu baru boleh pergi makan. Kau dah gerak ke?" Soal Dayla. Semua barang yang dikemasnya tadi diletakkan di atas rak.
"Aku nak pergi Cafe bakal tunang kau tu. Kau okay ke? I mean aku tak kisah. Kau okay atau tak. Aku tetap nak pergi. Biar aku tilik dulu lelaki itu sesuai dengan kau ke tak" terang Ardina.
Itulah tujuan yang sebenarnya. Dia mahu tahu juga, siapalah yang berjaya menambat hati sahabatnya itu.
"Boleh tak?" tanya Ardina lagi. Ini mesti Dayla tengah fikir sampai tak ingat dia sekarang ada di atas talian.
"Oh! Boleh lah! Aku nak jumpa adik aku juga nanti. Naik kereta siapa?"
"Kereta siapa? cafe tu bukan dekat dengan Butik kau ke? Nyanyuk apa kau tengah-tengah hari ni? Kau sihat tak?" duga Ardina. Bukan ke semalam Dayla yang memberi semua informasi tentang Aathif. Kerja dimana, umur berapa. Sekarang ini dia yang lupa pula?!
"Eh? Betul juga eh. Okay lah jumpa nanti. Bye Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam" butang merah ditekan. Dayla terus siap-siap mengemas pakaiannya. Tudung dirapikan. Dia memandang ke arah pantulan dirinya yang berada di cermin.
Lipstik yang berada di dalam beg tangannya diambil lalu disapu diatas bibir. Selang beberapa minit dia termenung melihat dirinya sendiri.
"Kenapa pula aku pakai lipstik ni?" bekas lipstik dicampakkan ke atas meja. Niatnya mahu ke Cafe untuk bertemu dengan adiknya. Ataupun sebenarnya sebab orang lain?
Argh!
Pintu dibuka. Belum apa-apa lagi beg tangannya ditarik-tarik. Dayla menjeling kearah gerangan yang menarik beg tangannya itu. Ardina melirik kearah salah seorang pekerja di situ.
Dayla menggelengkan kepalanya. Dia faham apa yang disampaikan oleh sahabatnya itu. Niat Ardina hanya ingin mencari lelaki yang bernama Aathif.
"Along! Eh kak dina?!" jerit Ayyan. Bukan dia tak kenal dengan kawannya kakaknya itu. Kalau boleh setiap hari pasti Dayla akan berbicara tentang gadis bernama Ardina.
"Dah besar dah Ayyan. Result spm bila? Kalau Ayyan dapat keputusan okay, kak dina belanja gitar satu! Nak?"
Dayla sudah tak tahu nak buat apa. Dia hanya mengeluh. Ardina betul-betul menganggap adik-adiknya seperti adik kandungnya sendiri. Sebab itu lah..
"Nak!"
"Tak payah!" telinga kanan adiknya itu dipiat lembut. Sebab ini lah dia tak berapa gemar sangat kalau kawannya itu selalu belanja adik beradiknya. Takut apa? Takut naik lemak! Nak gitar baru konon. Habis itu yang dekat rumah nak buat apa?!
"Sakit lah Along! Dah kak dina yang nak belanja kan. Angah okay je lah" jawab Ayyan jujur. Orang nak belanja, kita onz je lah!
"Dina. Jangan nak belanja budak ini. Gitar kat rumah tu ada. Bukan nak dipakai. Buat perhiasan je" perli Dayla.
"Sorry kalau menyampuk tapi kalau boleh, nak berbual tu tolong duduk dulu."
"Eh Ya Allah sorry." terus Ardina duduk di kerusi yang berada di penjuru. Selang beberapa minit dia memandang kembali wajah orang yang menegurnya. Matanya terus tertumpu kearah Dayla.
"Aathif?" soalnya ingin tahu.
"Ya. Saya Aathif." jawab Aathif. Anak matanya memandang kearah Dayla. Kali terakhir dia bertemu dengan gadis itu waktu dia berbicara soal ingin melamar gadis itu.
Sejak itu bayang Dayla tidak dilihatnya.
"Humairah?"
Ardina memandang ke luar lalu memandang kembali gerangan yang menegurnya. "Aqeel?" Ardina menyoal Aqeel kembali.
"Ingatkan awak tak ingat saya tadi." kata Aqeel dengan senyum di bibirnya. Ardina hanya tersenyum nipis.
"Awak sihat ke?" Aathif memandang anak mata Dayla. Tatapan yang diberikan sangatlah memberikan getaran di hati gadis itu.
"Sihat Alhamdulilah." ujar Dayla dengan senyuman.
Mata Aathif tidak berkelip memandang Dayla. Seperti ada magnet di mata mereka yang membuatkan mereka memandang satu sama lain.
"Ehem!"
Dayla memandang ke arah lain. Begitu juga dengan Aathif.
"Tak payah nak mata bertemu mata sangat lah. Dayla, kau kata kau setuju dengan.."
"Dina!" jerit Dayla. Terus lengan Ardina ditarik lalu dibawa ke luar Cafe. Memang aku nak cili kan je mulut cik Ardina ni!
"Aduh sakit lah. Apa pasal main tarik-tarik tangan aku ni. Tak sempat aku nak bagitahu." ujar Ardina tanpa rasa bersalah. Nak aku ketuk je gadis bernama Ardina ni.
"Itu lah masalahnya! Aku memang setuju tapi aku tak cakap dengan dia lagi. Aduh! Malu lah aku macam ni! Mesti dia sekarang dah ketawa kan aku" luah Dayla. Mesti sekarang Aathif sudah bertanya kepada adiknya Ayyan.
"Lah kau tak bagitahu lagi ke? Hehe.. Maaf lah. Tak apa, jum kita masuk balik. Kau jujur je lah yang kau terima dia." terang Ardina.
Gadis itu menjeling kearah sahabatnya. Dia fikir senang ke?! Tadi bertentang mata pun habis gementar hatinya. Inikan lagi nak cakap yang dia setuju.
"Sekarang ini nak buat apa? Sebelum itu aku minta maaf. Kau tahu lah aku ni kan terlalu jujur." Ardina menyampaikan ucapan maafnya. Dayla berfikir seketika.
"Jom kita balik. Makan dekat rumah aku" ajak Dayla.
"Mama kau masak apa?"
"Banyak cekadak kau tanya mama aku masak apa. Kau dah bocorkan rahsia aku lepastu nak tanya mama aku masak apa. Nanti dekat rumah, aku gorengkan kau telur je! Jom" ditarik kembali tangan Ardina.
Situasi di dalam Cafe pula lain ceritanya. Masing-masing dah mengkerumuni satu-satunya adik lelaki NurDayla Hanna. Aathif pula sudah berada tepat dihadapan Ayyan. "Betul ke Ayyan? Kakak Ayyan setuju ke?" soal Aathif.
"Entah" jawab Ayyan sepatah. Terus bahunya ditepuk Aqeel.
"Macam mana boleh kau tak tahu? Kau kan tinggal serumah dengan kakak kau. Ke kau lari rumah?" kata Aqeel. Apa punya adik lah.
"Tak tahu. Along tak bagitahu apa-apa pun. Abang Aathif pergi lah call Along. Tanya sendiri. Ayyan tak masuk campur hal abang dengan kakak." Terang Ayyan. Nak tahu betul ke tak pergi lah tanya tuan badan sendiri. Kenapa nak tanya dia pula?
"Nanti lah" jawab Aathif.
"Nak tanya sambil dating lah tu" perli Aqeel. Terus kain lap dicampakkan kearah Aqeel.
Sibuk je!
YOU ARE READING
Hati ada Cinta [OG]
Short StorySIBLINGS SERIES 1🌷 "Mata buta ke?" "Excuse me?" "Ouh. celik lagi rupanya" pertama kali NurDayla Hanna berjumpa dengan pemilik kedai kopi yang berada di sebelah butiknya sudah macam anjing dan kucing. Nak dikatakan sakit hati ada juga. "Saya sudah...