Bab 2

98 4 6
                                    

"Aathif!"

"Hifzan! kenapa terjerit-jerit ini? Ada masalah ke? Bisnes kau tak okay ke? kau kena rompak ke? farmasi kau terbakar ke?" soal Aathif gelisah. Hifzan yang baru sampai terus duduk di meja kosong.

"Tak ada apa-apa. Bisnes aku okay saja. Aku cuma nak oder ice latte je. Roti ada tak?" soal Hifzan dengan senyuman manisnya. terserlah lesung pipit yang berada di pipi kirinya itu. Aathif merenung sahabatnya itu. Mahu saja dia bagi satu penumbuk kepada temannya itu.

menjerit macam kena rasuk hantu walhal cuma nak order saja!

"Buat aku terperanjat saja lah. Ingatkan farmasi kau terbakar je apa tadi. Baru nak acah-acah hero"

Hifzan gelak.

"Farmasi aku okay je tapi perut aku ini je yang tak okay. Tolong cepat sikit eh buat tu. Sudah lah farmasi tu adik aku yang jaga seorang. Entah apa-apa lah dia buat nanti" terang Hifzan. Lebih tepat lagi Hifzan Naqeeb.

Selang beberapa minit Aathif kembali dengan pesanan yang dipesan sahabatnya itu.

"Ambil ini. Semuanya 30 ringgit"

"Aathif. hehe. aku hutang dulu lah. lupa bawa wallet. Nanti malam aku bayar. kita lepak macam biasa. okay?" Hifzan mengambil makanannya dan terus bangkit dari tempat duduknya.

"Selamat lah kau ni kawan aku. Kalau ada lima orang macam kau ni mahu bangkrup aku! Kau boleh balik. Aku nak sambung kerja." Aathif menghalau Hifzan. Tak cukup dengan halau tangannya mula membuka pintu kedai. Menyuruh rakannya keluar dengan segera.

"Ya Allah Aathif. Kau lah kawan paling tak guna yang aku kenal setakat ini. Sampai hati kau layan customer kau macam ini. Customer nombor satu lah thif! ingat itu!" cukup dengan perkataan itu membuatkan Aathif meluat.

"zaman sekarang dah tak ada customer always right. Lagi-lagi yang macam kau." terus tangan Hifzan ditarik kasar. Hifzan kini sudah berada di luar Cafe. Belum sempat berkata apa-apa Aathif sudah menutup pintu.




Jam menunjukkan pukul 5 setengah petang. Dayla menghembus nafas lega. Cepat betul masa berlalu walaupun dirinya pertama kali bekerja. Terus kertas yang berselerak di atas meja disusun rapi. Bila melihat hasil kerjanya untuk projek yang seterusnya membuatkan hatinya berdebar-debar. Tak sabarnya!

"Dayla dah nak balik?"

"Kak Fatin. Haah Dayla nak balik. Kak Fatin tak balik?" soal Dayla. beg tangannya sudah tersangkut di bahunya.

"Nak balik lah ni. Lepas kita tutup kedai ini kita pergi Cafe dekat sebelah nak? Kek Coklat dia sedap tau! Roti pun ada juga." Ajak Fatin.

Dayla berfikir. Nak ke tak?

"Boleh lah." terus dia setuju. Kalau petang-petang ini dapat makan Roti panas-panas ditambah pula americano panas sedap ni! Tapi tak tahu pula kedai sebelah wujud. Mungkin buta barangkali.

Sampai saja dihadapan Cafe terus Fatin memberhentikan langkah Dayla.

"kenapa kak?"

"Kak Fatin lupa nak kunci pintu butik. Dayla masuk dulu lah. Nanti kakak dah kunci pintu terus datang sini. Jangan pergi mana-mana tau!" terus Fatin berlari kearah butiknya yang berada di sebelah.

"Assa-"

"Mata buta ke?"

"Excuse me?" Dayla begang tiba-tiba. Baru masuk sudah dikatakan buta. Kenapa dengan Mamat ni?

"Ouh. celik lagi rupanya.  Tak nampak signboard dekat depan? Cafe ini dah tutup. Kalau nak beli esok sajalah ya. Sila keluar" Arah Aathif. Paling pantang kalau ada yang tiba-tiba masuk. Walhal signboard punya lah besar dekat depan tu!

Hati ada Cinta [OG]Where stories live. Discover now